Assalamualaikum wbt.
"Tiba-tiba dalam pekat malam, tidur aku terganggu dek denting yang tidak mesra gegendang telinga.
Bunyi itu buat aku resah lalu bangun dan menoleh ke arah kiri.
Dalam keadaan sedikit di bawah sedar dengan mata yang masih belum kembali fungsi optimumnya aku terlihatkan suatu benda hitam menjulur masuk melalui tingkap bilik aku yang betul-betul bersebelahan dengan katil.
Aku tenyeh mata dan kebil berberapa kali.
Aku lihat benda itu sedang gigih cuba mengeluarkan barang dari atas meja belajar.
Masa itu hanya jiwa yang kurang paniknya mampu mengawal otak supaya berfikir dengan sejahtera.
Aku ligat berfikir tindakan yang patut.
Selalunya idea-idea yang bernas akan keluar bukan pada masanya, mungkin beberapa jam selepas kejadian, mungkin juga esok.
Setelah hati meronta untuk berbuat sesuatu sekurang-kurangnya.
Aku ketuk cermin tingkap dengan kuat(kuat la sangat~)
Dengan harapan si benda hitam akan terkejut sedikit dan terus melarikan diri.
Malangnya...si benda hitam bertindak lebih berani bila mendapati aku menyedari
kegigihannya mengeluarkan barang itu.
Si benda hitam bertindak menarik langsir dan bercakap sesuatu yang aku tidak faham kerana gagal fokus.
Sebenarnya aku yang tak mahu dengar.
Terlalu cuak.
Adrenaline dirembes dengan banyak.
Jantung berdegup persis pelari pecut 100 m.
Macam-macam dalam kepala, mungkin.Atau semata ketakutan.
Tiba-tiba terasa semacam dalam filem.
Apabila babak si heroin diganggu watak hitam dan si hero ada masalah untuk menepati waktu.haha(ada ke?)
Kemudian, aku ketuk lagi dan terus mendiamkan diri bersandarkan dinding.
Ia bertindak menarik langsir itu untuk melihat aku.Cis kau, si benda hitam!
Aku keraskan diri bersandar pada dinding menyepit langsir di antaranya.
Setelah beberapa ketika,
*senyap*
*bunyi sliding window ditutup*
*aku masih macam patung lilin yang nampak real tapi sebenarnya adalah memang patung*
Aku cuba kumpul kekuatan.
Merangkak mengutip semangat yang bertaburan di lantai.
Aku gagahkan kaki dan terus buka langkah menuju bilik kawan di sebelah.
Lalu mereplay cerita di atas."
Lappy saya hampir jadi korban.Alhamdulillah tiada apa-apa kerugian ataupun kecederaan.Cuma trauma yang berbekas dihati.huhu.
Telefon bimbit saya sebenarnya betul-betuuul sebelah lappy.Tapi Allah dah hijab dia dari terpegang benda tu.Alhamdulillah selamat.Begitu juga ceritanya dengan purse(takde duit)saya yang terdampar dengan tenang atas meja.
p/s:entri dah compse lama tp malas nak publish.
p/s:kebahagiaan saya belajar atas meja menghadap jendela(jendela!klasiknye perkataan ni)kesayangan dah diragut.geram betul kat si benda hitam tu.ringaaaaan je kaki ni.hissh.
p/s:kepada akhawat di bumi Irbid ni, kalau ada apa-apa kecemasan sila terus hubungi jkk keselamatan dan kebajikan ye.simpan jangan tak simpan nombornye.kan dah bagi kat email.saye masih tak simpan.ape ni?
Showing posts with label kisah. Show all posts

7.8.09
2.7.09
Terkilan
Assalamualaikum wbt.
'one leera'
'one leera'
Suara nyaring seorang makcik tua menarik pandangan saya ke arahnya di ketika saya sedang keluar dari pintu pagar itu.
Dia melambai-lambai menunjukkan barang yang dijeritkan 'one leera'.Saya melihat ke arahnya.Melihat juga pada barang yang dilambai-lambaikannya itu.
Dia duduk di tepi jalan berhadapan dengan pintu pagar.Di depannya terhampar tikar lusuh yang menempatkan beberapa barang jualan yang disusun rapi.Kain kecil jarang bersegi tiga berwarna terang yang saya tak tahu apa fungsinya.
Tiba-tiba terbit rasa simpati yang sangat.Kelihatan dhaif.Dia bersungguh mencari rezeki halal dengan tulang empat kerat sendiri dan tidak meminta-minta seperti yang lain.
Ikutkan rasa mahu saya hampiri dia berikan 'one leera' ambil barang itu dan berlalu dengan rasa lega.Tapi sebaliknya yang berlaku, saya melepasinya begitu sahaja sambil memikirkan apa saya nak buat kalau saya beli itu.
Beberapa ketika selepas itu, masih terngiang-ngiang suara nyaringnya melaung 'one leera' pada saya.Tak tahu kenapa tapi saya rasa terkilan sangat sebab gagal menjernihkan matanya yang penuh pengharapan.Mungkin jika saya membelinya ia akan jadi 'one leera' dia yang pertama buat hari itu.huu~
Ya, saya terkilan.Apalah sangat nilai 'one leera' tu hidayah...
nota 1:'leera' adalah mata wang turki.
nota 2:saya hanya mampu berdoa agar dia Allah kurniakan rezeki yang lebih.
nota 3:ajarkan aku jadi uthman bin affan si dermawan~

30.6.09
Majlis perkahwinan & karpet
Assalamualaikum wbt.
Bangun dari tidur terus buka laptop.Kemudian buka blog yang mesti jenguk setiap hari(baru juga la jumpa blog tu).Berderai air mata pagi-pagi buta.Teresak beremosi di pagi hari ini.Syahdu.Sungguh, kasih sayang ibu terhadap anak memang tiada tandingan.Tak kiralah anak itu istimewa ataupun sempurna.Ajaib yang amat kasih ibu rupanya.huu~
Semalam menguruskan perihal bakal rumah sewa kami.Alhamdulillah dah jumpa dengan yang dekat dan berkenan di hati.Semalam juga menguruskan kerja ukur-mengukur untuk memasukkan karpet di seluruh rumah.(banyak berkomunikasi dgn arab semalam.ada juga la gaya itik dan ayam kadang2)Warna pilihan kami ialah pink.haha.Saya sebenarnya bukanlah peminat fanatik pink pun tapi karpet itu berjaya buat kami memilihnya untuk menjadi sebahagian dari rumah kami.
Kemudian kami pergi kedai barang elektrik untuk melihat-lihat mesin basuh, dapur dan peti ais juga perabot seperti katil.Oh, tak sangka kami melakukan perkara-perkara yang tak pernah dibuat sendiri(di Malaysia mana campur sangat urusan rumah, mak ayahlah orang kuatnya)Sebelum ini mesin basuh di rumah saya itu pun tak berapa pandai sangat nak guna.hehe.Lihat, sekarang saya sudah pandai membeli mesin basuh.hoho.
Tahniah, congratulation, alf mabruk
Selepas itu, petangnya saya menghadiri majlis perkahwinan instructor laboratory biology masa semester pertama dulu.Meriah dan indah sangat.Majlis ini istimewa kerana jemputannya adalah perempuan sahaja termasuk pelayan dan jurukamera kecuali pasangan pengantin.Mestilah lelaki kan.huhu.
Aturcara majlis ini mudah sahaja.Ada tari menari, acara potong kek dan sesi bertemu dengan pengantin.Terkejut.Apabila tiba masa kami ingin meminta izin untuk pulang kerana sudah agak lewat, Miss Asiah mengajak kami menari dahulu bersamanya.haha.
'weh mane aku reti menari.dabkah(sejenis tarian tradisi arab)apatah lagi.malulah.dahlah tengah2 dewan tu'
Kami dengan malu-malu kucingnya pergilah ke tengah dewan itu(tak menari pon.pusing-pusing je.haha)bagi meraikan instructor kesayangan kami ini.Seronok juga.Unik.Dalam tradisi arab mereka akan adakan 3 haflah(majlis)bagi sesebuah perkahwinan.Pertama haflah khitbah(majlis pertunangan).Kedua haflah wada'(majlis perpisahan)diadakan pada malam sebelum haflah zawaj di rumah pengantin perempuan atau dewan atau hotel.Berlangsung setelah tempoh yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.Kalau buat kat rumah, tempat jemputan perempuan dalam rumah dan lelaki dalam khemah luar rumah.Yang kami hadiri ni haflah zawaj(majlis perkahwinan)yang merupakan kemuncak bagi ketiga-tiga majlis tersebut.Jadi, secara rasminya pengantin perempuan menjadi hak milik mutlak si suami.
Rasa gembira kerana miss masih mengingati kami.Dia juga kelihatan sangat gembira dengan kehadiran kami.Cewah.Perasan pulak.(^_~)
nota 1:semoga Miss Asiah dan suami bahagia sampai ke anak cucu.hehe.teringin nak buat majlis macam tu.boleh??=P
nota 2:penat memang penat.baru tahu banyak betul yang perlu diuruskan untuk berpindah rumah.tidaklah sesenang mulut merancang.
nota 3:di sini aku belajar jadi dewasa~

18.5.09
Musim Panas dan Aiskrim
Assalamualaikum wbt.
Fuuh...alhamdulillah sampai rumah akhirnya.Kat luar tu panas betul.Bila dah sampai rumah rasa macam tak nak keluar sampai bila-bila(ada unsur hiperbola).Ini baru 33 darjah celcius.Hidayah tolong.Tolong jangan merungut tak tentu pasal dengan kepanasan.InsyaAllah ada hikmahnya.
Alhamdulillah hari ni hari akhir 2nd exam bagi 2nd semester.Exam practical ni memang menguji emosi la saya rasa.Menguji tahap kecuakkan anda dan menilai tahap ingatan anda dalam masa singkat(memandai je).Itulah, kalau cuak dan panic tak bertempat macam mana nak jadi doktor.Macam mana nak bekerja kat emergency department nanti.Satu kesilapan kecil saja boleh buat melayang nyawa insan tak bersalah.Jadi, latih diri anda supaya tenang dalam setiap tindakan dalam apa jua situasi ya.Mula dari sekarang okay.
Tadi dalam perjalanan pulang dari jaamiah saya singgah pasar.Beli barang-barang keperluan dapur yang dah ketandusan(terasa mcm isteri solehah).hehe.Dari jauh saya dah nampak kedai2 menjual aiskrim.Erm...memang sinonim la dengan cuaca terik tapi tak sedar yang diri tu batuk tak berapa nak elok lagi.
Saya pun meninjau-ninjau aiskrim dari tempat display tu seperti orang yang dah 7 tahun tak makan aiskrim.Ala...aiskrim yang di'scoop' tu.Si pekedai hanya memerhatikan tingkah saya dari dekat.Tunjuk punya tunjuk, perhati baik punya kat tempat display tu akhirnya dengan tak semena-mena saya mintak aiskrim diluar tempat display, yang dalam kon(y murah sebenarnya)=P.Semangat pakcik tu gelakkan saya okay.Saya pun nak tergelak sbb dengar gelak dia.ahahah.(^_^)

nota 1:merepek je hari ni.
nota 2:hello, final exam histo tinggal 2 mmg je lagi.berusaha!usaha sungguh-sungguh.
nota 3:nak pergi jauh dari alam realiti sekejap.salam.
p/s:gambar asikrim tuh nampak tak tempting langsung la pulak.huu~

12.5.09
Buat Bunda Dari Anakanda
Assalamualaikum wbt.
Melihat lambakan entri sempena hari ibu di blog-blog membuatkan saya rasa ingin mencoret tema berkaitan juga.Pada mulanya terasa tak mahu, biar saja tercoret dalam hati tapi tangan tetap gatal.
.....................................................................................
'kalau ikutkan rasa macam tak nak bagi je dia pergi'-emak-
saya terdengar emak berbual di telefon dengan adiknya(mak tam)
'rasa hati nak suruh dia belajar kat sini je'-emak-
saya terdengar pula perbualan emak dengan ayah di dapur.
Ini sehari dua sebelum berangkat ke Jordan.Saat itu hanya sebak yang menyelubungi.Tak mampu saya luahkan tapi di dalam saya menjerit sekuat hati.
'kalau mak rasa macam tu, *&%# rasa berkali2 ganda perkara yang sama'
'*&%# tak nak pergi mak!'
'aku tak mahu hari itu menjelang.aku harap ada keajaiban akan berlaku'
'masa, tolonglah berdetik seperlahan mungkin.aku mahu lama dengan emak.kalau boleh kau berhenti terus.aku mahu bersama selamanya'
Saya faham betapa beratnya hati dia untuk melepaskan saya pergi seperti beratnya hati ini mahu meninggalkan dirinya.Bermacam perkara bermain di kepala masa itu.
....................................................................................
Buat bunda ratu hati anakanda:
Selamat hari lahir mak.(11 Mei)
Selamat hari ibu, mak.
Rindu sangat kat mak.
Rindu nak peluk mak.
*nanges*
Mak, maafkan segala salah silap anak mak ni.
Masa kecik saya jahat.
Pernah buat mak menangis sebab malas bangun untuk mandi di pagi hari untuk ke sekolah @ tadika.Penat mak kejut saya.huu~
Kalau tak dapat barang yang saya nak mulalah muncung sepanjang hari(nenek cakap sampai boleh simpul muncungnya).Merajuk dengan mak.Bercakap pun dalam nada mahu tak mahu je.huu~
Mak jarang marah saya.Saya tak pernah dipukul.Tapi sekali kena tegur terus terasa hati.Senyap.huu~
Masa tu saya masih belum berfikir guna akal.Si anak sering tak mengerti tindakan si ibu.Setiap perkara yang mak buat semuanya bersebab.Dia tahu yang terbaik untuk kita dengan naluri yang telah Allah campakkan dalam hati setiap insan bergelar ibu.

Ketika ini, kalau boleh ingin saya terbang sekarang juga untuk mendakap emak yang jauh di sana.Wahai burung, adakah yang sudi meminjam sayap buatku bertemu ibu?
Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan kasih sayangmu padanya.Berkatilah hidupnya Ya Allah.Letaklah dirinya dalam perlindunganMu.
Allah, berilah aku peluang untuk berbakti padanya yang tak mungkin aku gelar ini membalas jasa, kesempatan untuk menghadiahkan bahagia seperti mana bahagia yang dia beri padaku malah lebih dari itu dan masa untuknya seperti perhatiannya buat aku dulu, kini dan selama.
mahu aku.
dia tahu.
yang aku.
amat sayang,
dirinya itu.
nota 1:masa kecik2, xdela kecik sgt saya tidur peluk mak(blushing)'nak lOk''nak lOk'mak selalu ajuk saya masa kecik bila minta dipeluk.
nota 2:dulu sampai darjah bape ek saya tak ingat,makan pun bersuap.mak y suap tiap petang balik dari sekolah.sampai hari ni mak masih lagi cerita kisah dulu2.rindu nak suap saya agaknya.heheh.

18.4.09
Hari Gembira
Assalamualaikum wbt.
Malam tu, saya dah tidur. Tiba-tiba bella datang bilik dengan gaya ala-ala penjual barang kosmetik, tutup lampu, kejut saya dan tutup mata saya.Saya adalah blurr mamai masa tu.Dia pun bawa saya pusing-pusing kat tangga dan sekitar sakan.Perkara sama berlaku pada ijan cuma bezanya tika itu ijan sedang membuat popia untuk program esok hari bukannya tidur macam saya.haha.
Lepas tu kami ditolak dengan ganas masuk satu bilik yang menyeramkan.Jeng.Jeng, Jeng(macam ni ke nak tulis bunyi, cam buruk je)
Penutup mata dibuka....
'suprise!!!'mereka.
'arrr!!'saya sambil menutup muka.
Saya dan ijan disembur sejenis bahan kimia yang tak merbahaya.Orang panggil benda tu apa ya?Alaa...yang macam salji dan sesuatu yang panjang-panjang bewarna hijau.hehe.habis rambut dan seluruh badan kami diselaputi benda itu.(@_@)
'happy birthday to you....(sampai habis) sanah helwah ya....(sampai habis)'mereka.
Sambutan hari lahir yang ke-19 ini adalah yang paling bermakna bagi saya.Serius.Terima kasih semua yang sudi bersusah payah mengadakan suprise party malam tadi.Saya hargainya dengan hati.(^_^)
Saya berkongsi tarikh lahir dengan Ijan, kawan saya.Jadi semalam adalah 2 in 1 party.Terima kasih maryam, dayat, ain, ira, arfie, uchu, adeq, anje, dayah, mizah r, mizah f,izzah, nuha, bella, rahmah, gee, dila, achik, anis, yuni, skin, suha, farah, along, k.long dan ramai lagi.Siapa-siapa yang namanya tertinggal boleh tinggalkan pesanan kat kotak komen ye.=P
Pagi 18 April tu dalam perjalanan ke program miniclinic saya dapat panggilan dari mesir.Nad, terima kasih kerana masih ingat hari lahir aku.cewah.Aku tunggu hadiah dari ko.Jawab exam elok-elok.
Tak lupa juga buat semua yang mengirimkan ucapan melalui medium yang pelbagai, di sini saya ingin mengucapkan terima kasih, maaf zahir dan batin.(cam ucapan hari raya je).
nota 1:kek-kek dan makanan malam tu semua home made.sedap okay.jangan tak tahu.kalau ada sesiapa nak buat tempahan boleh hubungi saya.=P
nota 2:you all gave me assurance that i'm right where i belong.
p/s:'malam tu agak emosi.mereka buat hati terasa haru.sayang kamu semua dengan sangat.'~saya~

11.4.09
Nantikan...& Kisah Semalam
Assalamualaikum wbt.
Hari ni saya buat kerja gila.(tak la gila sangat sikit je kot.huhu)Saya ambil risiko besar.Tak tahu la betul ke tidak tindakan tu.Beraninya saya.InsyAllah, kata orang besar risiko manis natijahnya tapi besar jugak la kesannya kalau natijah tak seperti yang dijangka.Mengharap yang terbaik, saya tawakal.InsyAllah dipercayai.Ya Allah berkati usahaku.Nantikan ya hasilnya.*wink*
*ini kisah semalam*
Fuuh...sangat puas semalam bersukan.Sukan pre-karisma(malas nak terangkan skrg.nnti2 la.lgpun bukan ada org y nk faham.sbb mana ada org bca blog nih).Sukan ni asingkan boys and girls.Ala-ala tertutup gitu, seronok.Banyak acara yang dipertandingkan.Saya lepas gian main ping-pong sungguh-sungguh.Alhamdulillah dapat sumbang 2 pingat emas untuk group purple bagi ping-pong single dan beregu.Group purple dapat tempat pertama lebih 3 mata je dari group orange yang menduduki tempat kedua.Cayalah purple.Diam-diam ubi berisi, diam-diam purple dapat nombor 1.=P
Lepas tu, saya tak sangka setelah berapa tahun ek?erm...sejak sekolah rendah dalam darjah 4 ke 5.Cuba kira berapa tahun.Saya masuk acara lompat tinggi setelah sekian lama saya tinggalkan.haha.Saya masih ingat dan masih boleh melakukan gaya fresbie tu rupanya.Banyak lagi gaya lompat lain tapi tak berapa saya berkenan contohnya gaya gunting.Setakat ni dua itu je yang saya dapat ingat semula.Saya tak menang pun acara tu sebab dah keras kot dah tak boleh lentik macam masa muda-muda dulu.=P.Perlulah banyak praktis kalau nak lompat dengan tinggi dan bergaya.(^_^)Y
Semalam juga kami bergambar sakan okay.Macam-macam aksi ada.Aksi terlarang pun ada.Jangan tak tau.hehe.Begolek-golek kami atas rumput palsu tengah padang di stadium terbuka JUST sambil menyaksikan acara balapan.Saya gembira sangat ada kawan yang sporting macam kamu semua!Saya sayang kawan-kawan saya.Nanti ada masa saya kongsikan gambar.Sampai sini dulu.
heart's whisper 1:antara kelebihan bersukan dapat kenal ramai orang dengan lebih dekat.suka saya beregu ping-pong dengan k.tiqah.k.faezah adalah sangat sempoi, sporting dan teror main ping-pong.hihi.
heart's whisper 2:otot-otot saya mengalami trauma.

heart's whisper 2:i'm craving for it!i should get one asap at least before i go to turkey this coming 2nd semester break.huhu.insyAllah.(berangan saja.exam byk lagi hidayah oi!).
heart's whisper 3:i don't care with others words as long i know what i'm doing is right on His path.
p/s:semalam merasa guna digital slr(kepunyaan k.syamin).haha.perasaan?oOh...coOl!
6.4.09
Seharian
Assalamualaikum wbt.
Pagi saya dimulakan dengan air coklat yang tumpah berderai di atas meja.Banjir besar melanda akibat mug dilibas buku anatomy yang tebal tu.Saya baru je minum seteguk, setelah tumpah seteguk je yang tinggal.huhu.Sedih betul tapi saya mengelap tumpahan dengan tenang gitu.cet.(sampai sekarang saya masih lagi terbau-bau susu coklat di sekitar meja belajar saya ni)
Tadi saya sebak gembira atas kejayaan seseorang.Bangga saya dengan dia.Harap boleh jadi sepertinya.Akan saya kembali ke Malaysia sebagai seorang doktor dalam masa 5 tahun lebih lagi.Moga diri sentiasa kuat.
nota tangan 1:cukup.hidayah, pergi belajar anatomy tu.kata nak jadi doktor hebat.
nota tangan 2:doakan.daa~
p/s:tajuk dan pendahuluan entri bajet macam nak tulis sepanjang hari jer.hua2.

16.3.09
Penyeluk Saku
Assalamualaikum wbt.
Tak tahu kenapa rasa nak letak tajuk tu.Mungkin kesan tindakan saya meletakkan purse dalam saku jaket yang saya pakai, saya pun terfikir, sangat mudah kalau ada penyeluk saku yang nak mengambilnya.Tapi saya tetap biarkan saja ia di situ dengan aman, cuma sesekali saya menjeling untuk memastikan ia masih selamat.Sebab apa saya tak simpan di tempat yang sudah pasti selamat?Sebab instint kuat mengatakan purse itu akan selamat.Saya ni memang.Suka berimaginasi lebih.Kadang-kadang berimaginasi melampau.=)
Penat mental la hari ni.Emosi sikit pagi tadi.Kena beralih tempat duduk je pun boleh bergenang dua mata.Tiada sesiapa yang bersalah dalam insiden pagi tadi tu.Tak rasa apa-apa tapi entahlah saya sendiri pun tak faham.Itulah saya cakap perempuan ni pelik sikit tapi istimewa.
Tadi saya nampak burung-burung kecil terbang dan mendarat.Comel.Ada dua kaki tapi ia tak berjalan macam manusia.Burung tu lompat-lompat.Ralit mata memandang burung-burung tu.Comel sungguh.
Nota kaki 1:ini apa yang berlaku hari ini.saya percaya pada kata hati.saya yakin ia adalah petunjukNya.
Nota kaki 2:nanti saya akan simpan purse di tempat yang pasti selamat tak mahu jadi mangsa penyeluk saku.
Nota kaki 3:ini entri mengarut a.k.a merapu.=P ayat tunggang-langgang.

26.2.09
Hari ini kau datang riang
Assalamualaikum wbt.
Hari ini saya keluar dari rumah berseorangan untuk menuju ke jaamia'h.Buat pertama kalinya.hehe.Dari pintu rumah lagi saya sedar yang saya tak punya duit kecil untuk menaiki coaster(sejenis pengangkutan awam seperti van tapi jauh lebih besar ) dan bas.Hanya memerlukan 55 Qirsh.Saya ada 20 dinar saja duit yang paling kecil nilainya dalam purse.20 dinar sekeping=2000 Qirsh.huhu."Orang coaster tu mesti tak ada duit baki kalau awal-awal pagi macam ni"saya bermonolog dalaman.haha.
Dalam berjalan menuju jalan besar(tempat tunggu coaster) saya singgah di sebuah kedai roti.Tak lapar pun sebenarnya.Saya beli satu roti bernilai 25 Qirsh dengan harapan dapat baki duit kecil.hehe.Tak logik sungguh bayar dengan 20 dinar.Maaf la pakcik saya memang ada itu saja.Kecewa,dia suruh saya bayar kemudian.Kira hutang dulu la tapi tak masuk buku 555.Sendiri mau ingat,okay.
Saya pun pergilah menayang muka di tepi jalan dengan sekeping 20 dinar di tangan.Buat muka kasihan sikit supaya pemandu coaster simpati dan berhenti untuk menumpangkan saya.haha.Tak perlu pun sebenarnya.Saya tunggu coaster tapi teksi-teksi pula yang banyak meng'hon' saya.Pelawa naik.Saya pun buat muka blurr dan buat-buat tak nampak tanda tak mahu.=P
Fikir punya fikir setelah coaster yang di nanti tak muncul-muncul saya tahan teksi memandangkan duit besar di tangan ni.Setelah sampai destinasi saya pon tanya'3indak furotoh?'(ada duit kecik?).'Bastanna.'(jap) pakcik teksi tu jawab.Korek punya korek ada rupanya duit kecil.Hoyeah!. Saya pun menyerbu bas dengan rasa lega ada duit kecil.Bayangkan kalau pakcik teksi atau pakcik coaster atau pakcik bas suruh saya hutang juga.Susah la saya nak bayar nanti.Banyak kerja pulak la.huhu .
Awal-awal dulu saya agak terkejut juga bila singgah kat sebuah kedai ni saya tak punya duit kecik(asyik-asyik takde duit kecik je,bukan la kaya mana pon.hehe) pakcik tu suruh saya bayar kemudian.Sedangkan saya tak kenal pun pakcik tu,apatah lagi dia.Sure la dia tak kenal saya.Rumah saya pun bukannya dekat dengan kedai tu.Jauh.Kemungkinan untuk tidak lagi ke kedai tu memang tinggi.=P
Kesimpulannya,bila orang percaya pada kita jangan pula kita cuba menghilangkan kepercayaan tu.Bukan senang nak dapat kepercayaan orang ni tau.Kan?Bila dah berhutang bayar la balik,okay.=)
Nota kaki 1:saya rasa pekedai-pekedai yang begini hanya berserah pada rezeki dari Allah,kalau hutang itu dilangsaikan adalah rezeki untuknya.Kalau tidak dia halalkan saja kot.Sebagai sedekah mungkin.hehe.Teori sendiri.
Nota kaki 2:tajuk takde kaitan dengan cerita.=P.
Nota kaki 3:gembira.parcel dah selamat sampai rumah.alhamdulillah.mak dan ayah suka tengok gambar-gambar yang dipos tu.saya pon suka sebab mak ayah gembira.
Nota kaki 4:ini penting.dah 6 bulan saya menetap di Jordan ni.setengah tahun tu.selamat ulangbulan rakan-rakan seperjuangan.=).

18.2.09
Kebencian vs kecintaan
Saya tak merokok dan tak akan merokok.Saya allergy dengan asap rokok.Pening.Loya.Semua ada.Saya sangat tak suka orang merokok.Noktah.huhu.Terutamanya yang merokok tak kena tempat!
Situasi 1:
Di dalam teksi yang dipasang pendingin hawanya kerana hujan.
Tingkap tertutup rapat itu sudah pasti.
Situasi 2:
Di tempat-tempat awam yang berpendingin hawa.Tempat yang tak berpendingin hawa tu usah cerita la.huh.
Situasi 3:
Di dalam bas di jaamia'h (universiti), bas menuju ke jaamia'h, bas pulang dari jaamia'h.Grrr...(tahan kebengangan)
Situasi 4:
Di tangga-tangga dan cafe' jaami'ah.
Banyak kali saya dan kawan saya menaiki teksi kemudian si pemandu merokok.Kawan saya yang sangat tidak tahan lalu membuka tingkap penumpang belakang.Bila si pemandu tu sedar dia pon jeling-jeling kat kami di belakang.
"eh ko pehal?nak cari gadoh ke?ko ingat bau asap rokok ko tu wangi sangat?kami kat belakang ni mati kelemasan karang sape nak tanggung.hish, tak puas hati betul la!"saya merungut dalam hati je.=P(tak pandai nak susun ayat arab sebenarnya,kalau pandai pun macam la berani sangat nak cakap.huh)
Kesimpulannya semua tempat mereka nak merokok.Tak tahu nak cakap apa,memang dah jadi macam salah satu keperluan hidup bagi mereka untuk merokok.Kalau tak merokok mati.Geram.Orang yang tak bersalah macam saya dan ramai lagi sebenarnya menjadi mangsa.Pulang dari jaamia'h habis pakaian berbau asap rokok.Geram lagi.Itu belom kira kesan terhadap kesihatan orang sekeliling.Geram lagi dan lagi.Paling menjengkelkan bila ternampak perempuan yang merokok.Apa nak jadi la...
Lagi satu yang saya tak suka,buang sampah merata-rata.Sampah sebesar-besar alam mereka buang di depan khalayak tanpa ada secebis pun rasa bersalah.Kesian tukang sapu sampah tak pernah usaha mereka dihargai.Malah menambah beban sedia ada.Menjaga kebersihan itu sebahagian dari iman bukan?Jadi apa yang kamu buat?Tolong kutip sampah bertaburan di tepi jalan?.Jangan harap.Tunggu sampai kucing bertanduk pun kau tak akan jumpa.Yang ada hanyalah manusia yang tugasnya membersihkan kawasan sekitar bandar.
Peristiwa di satu pagi:
'Saya sedang duduk di dalam bas menunggu bas penuh.Melihat keluar dari dalam bas melalui tingkap lalu terlihat akan seorang pemuda kacak dan rakan-rakan sedang makan makanan ringan sambil berborak rancak(dan merokok semestinya), setelah habis dengan selamba badaknya dia melepaskan plastik makanan itu ke bumi.Di depannya sedang terbongkok-bongkok seorang pakcik tukang sapu sampah mengutip sampah berhampiran dengan mereka.Dikutipnya plastik makanan tadi dengan rasa apa di hati saya tak tahu.Tapi yang saya tahu ketika itu saya sangat merah menahan kebengangan.huh.Tong sampah pakcik tu depan mata mereka saja.'
Nota kaki 1:didiklah anak-anak anda dari kecil supaya menjaga kebersihan ya.
Nota kaki 2:Jamana(lu'lu'ah kabirah/big pearl)my new friend.Jordanian.She's very beautiful.Amani.Palestinian.Also my new friend.
Aisha.Somalian.My new friend too.=)
Nota kaki 3:ketinggalan zaman ke kalau tak suka tengok orang permpuan merokok?
14.2.09
Tersingkap sebuah sirr
Assalamualaikum wbt.
Rasa geli hati sungguh hari ni.Perasaan bercampur baur jugak la sebenarnya.Dia tunggu saya.Biar betul,tak pernah saya tahu pun.Tak bagi apa-apa hint macam mana saya nak tahu.Hish, pelik sungguh.Lepas tu cakap saya tak tunggu dia,dia je yang tunggu saya.Dia cakap lagi dah tunggu saya lama sangat.Lain kali bagi tahu la awal-awal senang nak bicara. Saya tak kisah cuma kesian dia tunggu saya sorang-sorang tanpa saya tahu dia sedang menunggu.
Kalau ini betul-betul benar.Saya cuma ingin ucap satu.Saya minta maaf buat kamu tunggu.Dan saya akan cakap jangan tunggu kalau nak cepat.Sebab saya memang tak boleh masa sekarang.Saya tak bersalah sebab saya tak tahu.Tapi dalam hati tetap ada rasa tu.huhu.Moga kamu jumpa yang sebaiknya.
Okay,yang lepas biarkan berlalu bawa konklusinya saja ke depan.Jangan biarkan dirimu diselubungi misteri.haha.Our deepest regrets are words unsaid and things undone. So, say whatever you thought wisely and do whatever good things you want to do. Without any doubt.okay?.
Nota kaki 1:yakinlah hati masa yang kamu ada mmg cukup untuk jalankan semua tanggungjawab.kenapa nak ragu-ragu lagi.syuh2...syaitan berambus kau.saja nak bolak-balikkan hati manusia!huh.
Nota kaki 2:tiada kontroversi di sini.ya Allah jauhkanlah aku dari tindakan 'trend menghilangkan rasa berdosa'.taknak.

15.1.09
Rindu Dengan Sangat
Assalamualaikum wbt.
Dada terasa penuh.Nafas mula tersekat di kerongkong.Bahang kehangatan terasa di seluruh muka.Kolam mata tak dapat dibendung lagi.Saya peluk emak erat-erat,saya menangis bagaikan anak kecil yang tak mahu ditinggalkan.Saya menangis dan memeluk seperti mana ketika saya dan emak di lapangan terbang Kuala Lumpur dahulu di saat ingin berlepas ke Jordan.Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.
Dahsyatnya saya menangis sehinggakan saya terasa panas dan tersedar.Oh,ada air mata mengalir di pipi.Mimpi.Saya bermimpi.Setelah terjaga dari tidur,kerinduan yang amat kepada emak, ayah dan keluarga tetap menekan dada.Saya terus menangis dan menangis(di bawah selimut)=).
Inilah kali kedua saya bermimpi akan keluarga saya sejak berada di sini.Saya memang jenis yang kurang bermimpi.Memang boleh kira la berapa banyak kali saya mimpi,itupun sangatlah susah nak ingat semula dengan jelas.Sebelum ini saya bermimpi balik kampung dan berjumpa dengan saudara-mara(peristiwa-peristiwa selanjutnya sudah tak berapa ingat.lihat.hihi).Rindu dengan sangat.
Saya bangun dan duduk atas katil dengan dada yang masih sebak dan mata yang masih bergenang.Setelah reda saya bersiap-siap untuk ke universiti.Dalam melangkah menuju ke universiti tertanya-tanya saya pada diri"pernahkah aku menangis begitu sekali kerana rindu pada kekasih Allah?""selalukah aku menangis sedahsyat itu kerana rindu dan takut kepada Dia?".Insaf.
Nota kaki 1:mungkinkah mimpi sampai menangis adalah tindak balas fisiologi badan untuk mengeluarkan adrenalin yang berlebihan?=)(cuak exam final kot.hehe)
Nota kaki 2:rindu pada keluarga.(ini fakta bukan main-main)=P.

Saya baru saja pulang ke Malaysia,tiba-tiba saya dipanggil menyertai satu program(ala-ala kem) cuma 3 hari sahaja tp rasa sangat sedih apabila tiba waktu untuk emak meninggalkan saya disitu.Sudahlah baru saja sampai tiba-tiba ada saja aktiviti yang akan mengurangkan waktu saya dengan keluarga.Saya pun tak pasti apa agaknya tujuan program itu diadakan.Tambahan lagi, peserta-peserta yang terlibat seperti tidak peduli dengan kehadiran saya.Terasa keseorangan.Itu saya kesalkan juga.Rumah yang sangat saya rindu masih belum sempat saya jejak.
Dahsyatnya saya menangis sehinggakan saya terasa panas dan tersedar.Oh,ada air mata mengalir di pipi.Mimpi.Saya bermimpi.Setelah terjaga dari tidur,kerinduan yang amat kepada emak, ayah dan keluarga tetap menekan dada.Saya terus menangis dan menangis(di bawah selimut)=).
Inilah kali kedua saya bermimpi akan keluarga saya sejak berada di sini.Saya memang jenis yang kurang bermimpi.Memang boleh kira la berapa banyak kali saya mimpi,itupun sangatlah susah nak ingat semula dengan jelas.Sebelum ini saya bermimpi balik kampung dan berjumpa dengan saudara-mara(peristiwa-peristiwa selanjutnya sudah tak berapa ingat.lihat.hihi).Rindu dengan sangat.
Saya bangun dan duduk atas katil dengan dada yang masih sebak dan mata yang masih bergenang.Setelah reda saya bersiap-siap untuk ke universiti.Dalam melangkah menuju ke universiti tertanya-tanya saya pada diri"pernahkah aku menangis begitu sekali kerana rindu pada kekasih Allah?""selalukah aku menangis sedahsyat itu kerana rindu dan takut kepada Dia?".Insaf.
Nota kaki 1:mungkinkah mimpi sampai menangis adalah tindak balas fisiologi badan untuk mengeluarkan adrenalin yang berlebihan?=)(cuak exam final kot.hehe)
Nota kaki 2:rindu pada keluarga.(ini fakta bukan main-main)=P.
7.1.09
Jangan diucap Selamat Tinggal
Assalamualaikum wbt.
"next week will be our last class and we'll say goodbye to each other.insyAllah"dr. hussein.

Tiba-tiba saya rasa sebak tp sikit je,emm...mudah betul hati tersentuh.Kadang-kadang saya sendiri pon tak faham kenapalah mudah sgt mata ni bergenang.Malahan sekecil dan semudah mana pon kata-kata atau tindakan seseorang tu mampu menyesakkan dada saya.Terasa jugak rimas bila dalam situasi tu.Kawan-kawan di sekeliling cool je,saya pulak emosi terlebih.Tapi itulah kelebihan seorang yang bergelar wanita dianugerahkan Allah airmata untuk dititiskan walaupun tanpa sebab yang nyata.Begitu jauh beza dengan kaum yang lagi satu tu.huhu.=P
Oklah,sebenarnya nak cerita yang semester pertama saya dah hampir tamat.huray.Tapi final exam sedang menanti dengan muka ceria.huhu.Banyak kena ulangkaji,saya kena ulangkaji betul-betul!Rasa sekejap pulak bersama rakan-rakan sealiran di kelas-kelas,namun memori bersama mereka tetap dekat di hati.hehe.
Pejam celik pejam celik dah hampir 5 bulan saya berada di Jordan,dah hampir 5 bulan saya menuntut di Jordan University of Science and Technology,dah hampir 5 bulan saya meninggalkan bumi bertuah Malaysia dan yang paling penting dah hampir 5 bulan juga saya berjauhan dengan keluarga.Pantas juga masa berlalu rupanya.Emm,rindu pada mereka.
Harapnya saya dapat melalui exam kali ni dengan jayanya. Mak, ayah, wan, saudara-mara, cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah, kawan-kawan doakan kami ya.;)
Nota kaki 1:tak sabar nak cuti semester.huray!pergi 'jelajah jordan'

Nota kaki 2:menanti-nanti saat masuk semester 2.tapi rasa cuak menanti tasjil(daftar jadual sem 2).are u ready for the battle friends?!heheh.
Subscribe to:
Posts (Atom)