18.7.12

Semalaman

suatu malam lalu,

jujurnya sudah lama tak merasa seperti malam itu.kalau dulu waktu-waktu selalu menulis selalu saja merasakan sebegini.

bila peristiwa itu berlaku sewaktu diperselisihan, dilihat pada wajahnya, menyerbu masuk satu perasaan luar biasa sayu.luar biasa sebak.perlu meneruskan perjalanan tapi tak dapat menahan diri dari terus-terusan melihat dirinya.sampai di atas escalator masih liar mata mencari-cari mana pergi susuk tubuh itu.terlalu ingin tahu apa jadi padanya.telalu ingin menyelam hatinya.terlalu ingin katakan padanya 'Islam muliakan semua'.terlalu ingin menyamankannya dgn 'Allah melihat kita pada iman dan takwa sayang', 'berbahagialah kerana kamu muslim.moga Allah bersamamu setiap ketika'...

semalaman berlegar di fikiran.hanya pada Tuhan diserah untuk melindunginya.moga dunia ini suatu hari nanti maruah setiap insan walau siapa pun dia berada pada kedudukan selayaknya.

"...sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."49;13

"...
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela"-quoted

sehingga nanti..

18.5.12

Masak layu

Petiklah buah itu ketika mengkal,
agar tidak merosak pohonnya
agar tidak masam sebalik manis warna.
Jangan di tunggu hingga meranum.
Jangan juga dipetik ketika masih hijau.


Daie, murabbi.
Manusia bersederhanalah.


P/s: :') mega u r back.

Suriah;Kerana Perlu

Lewat video-video kesakitan,
Lewat foto-foto kezaliman,

Gambaran kenangan berganti-ganti
terpapar di skrin ingatan.
Kenangan 3 tahun lalu
sungguh negeri itu damai padanya.
Menyelak lembaran sejarah di tanahnya
di dalam kota penuh kaya kisah-kisah.
Terlalu hartawan dan pemurah buat
pencinta mahu mengkaji.

Lorong-lorong besar kecil
mesra menyapa.
Menghembus bayu dari laut
semangat Salahuddin.
Meniup angin gemilang
naungan Umayyah.

Mungkin aku yang tak melihat
atau tak terlihat 3 tahun lalu
disebalik aman sejahteranya ia
tapi sekurang-kurang ketenangan yang terlihatkan.

Dustalah aku tak mahu ia kembali
seperti kali terakhir aku meninggalkannya.
Sekurang-kurang.

Tapi
apa masih mahu lena berselimut
sedang hukum Tuhan diinjak-injak sang pimpinan?!
Apa masih kepingin harta dunia
jika pahala yang mahu dihadiahkan?!
Apa masih kempunan pada keselesaan
kalau yang dijanjikan itu syurga?!
Andai itu takdirnya kemenangan abadi
apa masih mengharap fana dunia ini?!

Saudaraku bersabarlah.
Tuhan ceritakan cinta.
Tuhan janjikan syurga.
Dia anugerahkan jalannya,
tapi memang tak mudah
sudah yang dijanji tiada di dunia.
Alangkah beruntung kalian,
selagi agamaNya mahu ditinggikan.

Alangkah beruntung kita,
selagi hidup
agamaNya terus diperjuangkan.



6.41am 19/05/12
seluas kasih mega