18.5.12

Suriah;Kerana Perlu

Lewat video-video kesakitan,
Lewat foto-foto kezaliman,

Gambaran kenangan berganti-ganti
terpapar di skrin ingatan.
Kenangan 3 tahun lalu
sungguh negeri itu damai padanya.
Menyelak lembaran sejarah di tanahnya
di dalam kota penuh kaya kisah-kisah.
Terlalu hartawan dan pemurah buat
pencinta mahu mengkaji.

Lorong-lorong besar kecil
mesra menyapa.
Menghembus bayu dari laut
semangat Salahuddin.
Meniup angin gemilang
naungan Umayyah.

Mungkin aku yang tak melihat
atau tak terlihat 3 tahun lalu
disebalik aman sejahteranya ia
tapi sekurang-kurang ketenangan yang terlihatkan.

Dustalah aku tak mahu ia kembali
seperti kali terakhir aku meninggalkannya.
Sekurang-kurang.

Tapi
apa masih mahu lena berselimut
sedang hukum Tuhan diinjak-injak sang pimpinan?!
Apa masih kepingin harta dunia
jika pahala yang mahu dihadiahkan?!
Apa masih kempunan pada keselesaan
kalau yang dijanjikan itu syurga?!
Andai itu takdirnya kemenangan abadi
apa masih mengharap fana dunia ini?!

Saudaraku bersabarlah.
Tuhan ceritakan cinta.
Tuhan janjikan syurga.
Dia anugerahkan jalannya,
tapi memang tak mudah
sudah yang dijanji tiada di dunia.
Alangkah beruntung kalian,
selagi agamaNya mahu ditinggikan.

Alangkah beruntung kita,
selagi hidup
agamaNya terus diperjuangkan.



6.41am 19/05/12
seluas kasih mega

0 komen: