15.1.09

Rindu Dengan Sangat

Assalamualaikum wbt.



Dada terasa penuh.Nafas mula tersekat di kerongkong.Bahang kehangatan terasa di seluruh muka.Kolam mata tak dapat dibendung lagi.Saya peluk emak erat-erat,saya menangis bagaikan anak kecil yang tak mahu ditinggalkan.Saya menangis dan memeluk seperti mana ketika saya dan emak di lapangan terbang Kuala Lumpur dahulu di saat ingin berlepas ke Jordan.Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.

Saya baru saja pulang ke Malaysia,tiba-tiba saya dipanggil menyertai satu program(ala-ala kem) cuma 3 hari sahaja tp rasa sangat sedih apabila tiba waktu untuk emak meninggalkan saya disitu.Sudahlah baru saja sampai tiba-tiba ada saja aktiviti yang akan mengurangkan waktu saya dengan keluarga.Saya pun tak pasti apa agaknya tujuan program itu diadakan.Tambahan lagi, peserta-peserta yang terlibat seperti tidak peduli dengan kehadiran saya.Terasa keseorangan.Itu saya kesalkan juga.Rumah yang sangat saya rindu masih belum sempat saya jejak.

Dahsyatnya saya menangis sehinggakan saya terasa panas dan tersedar.Oh,ada air mata mengalir di pipi.Mimpi.Saya bermimpi.Setelah terjaga dari tidur,kerinduan yang amat kepada emak, ayah dan keluarga tetap menekan dada.Saya terus menangis dan menangis(di bawah selimut)=).

Inilah kali kedua saya bermimpi akan keluarga saya sejak berada di sini.Saya memang jenis yang kurang bermimpi.Memang boleh kira la berapa banyak kali saya mimpi,itupun sangatlah susah nak ingat semula dengan jelas.Sebelum ini saya bermimpi balik kampung dan berjumpa dengan saudara-mara(peristiwa-peristiwa selanjutnya sudah tak berapa ingat.lihat.hihi).Rindu dengan sangat.

Saya bangun dan duduk atas katil dengan dada yang masih sebak dan mata yang masih bergenang.Setelah reda saya bersiap-siap untuk ke universiti.Dalam melangkah menuju ke universiti tertanya-tanya saya pada diri"pernahkah aku menangis begitu sekali kerana rindu pada kekasih Allah?""selalukah aku menangis sedahsyat itu kerana rindu dan takut kepada Dia?".Insaf.


Nota kaki 1:mungkinkah mimpi sampai menangis adalah tindak balas fisiologi badan untuk mengeluarkan adrenalin yang berlebihan?=)(cuak exam final kot.hehe)

Nota kaki 2:rindu pada keluarga.(ini fakta bukan main-main)=P.

0 komen: