Terasa ingin menulis.Menulis tentang sesuatu yang selama ini hanya saya perhatikan.Terbukti bahawa pembacaan memberi impak yang besar terhadap cara berfikir seseorang.'aku buku aku'memetik tajuk sajak nukilan seorang insan yang saya suka akan cara penulisannya.Tertarik sungguh saya dengan tajuk itu.Apa yang dibaca pasti akan mempengaruhi seseorang kalau tidak banyak mungkin secebis itu ada.Ini hanyalah pandangan peribadi.
Bercakap tentang pembacaan,terfikir saya akan cara penulisan yang mampu membuat pembaca bersama merasai apa yang dirasa penulis ketika itu.Cara penulisan yang bersahaja amat menarik perhatian saya.Dari teknik penceritaan yang mudah tapi hidup tersirat sebuah hikmah yang jelas tanpa memerlukan ayat yang panjang berjela.Saya sangat terkesan dengan tulisan-tulisan sebegini.Mengajak kita berfikir tanpa disuruh mahupun dipaksa.Mungkin sebab ini juga saya sangat sukakan sajak-sajak atau apa-apa saja jenis puisi.Bait-baitnya ringkas tetapi mendalam maksud dan erti.Mengajak kita untuk berfikir dan terus berfikir.Dan setiap orang akan mentafsirkannya dengan cara yang tersendiri.
Suka saya kaitkan dengan hidup kita sehari-hari,untuk menegur atau menasihati seseorang pelukah kita menegur secara terus?.Benar ada ketikanya perlu,tapi bagi saya cukuplah dengan beberapa patah perkataan yang ringkas dan padat.Maksud yang ingin disampaikan itu mungkin lebih halus senang menusuk ke jiwa dan lebih dalam kesannya.Tapi awas tak semua orang berkesan dengan cara ini.Bijak sungguh cara orang-orang dulu menggunakan bahasa.Pantun,gurindam,cerita-cerita rakyatdijadikan medium.Tanpa kita sedar puisi yang indah itu terkandung sindiran yang sungguh bermakna.Hal ini tak dapat dinafikan lagi sebab Al-Furqan iaitu kalam Allah sendiri menggunakan teknik penceritaan kisah-kisah umat terdahulu untuk memberikan pengajaran kepada umat seluruh alam.
Sejak kebelakangan ni,saya rasa ingin mempelajari bahasa-bahasa lain.Tapi saya masihperlu memantapkan lagi bahasa yang saya ada sekarang.InsyAllah kalau ada rezeki dan peluang tidak akan saya lepaskan.Ini juga adalah antara impak dari pembacaan saya kira.Membaca entri,artikel dan pandangan di blog-blog banyak mempengaruhi dan mendidik saya supaya menghargai bahasa.
Nota kaki 1:terasa macam menulis karangan Bahasa Melayu la pulak.
Nota kaki 2:saya dah mula cuti semesti hari ni.gembira.=)
0 komen:
Post a Comment