Di saat entri ini ditaip hujan sedang lebat mencurah di luar.Suara kanak-kanak menjerit keriangan membuatkan saya menjenguk melalui tingkap yang bersebelahan dengan katil.Saya memerhati.Lebat tapi sekejap cuma.Seketika kemudian hujan turun lagi.Sejak awal pagi bumi Irbid kebasahan.Musim sejuk hampir ke penghujung,cuti saya pon hampir tamat.Tinggal 5 hari saja lagi.huhu.
Dah lama saya tak mencoret di sini.Ingatkan waktu cuti inilah nak mengemas segala, internet connection yang mcm siput menjadi batu penghalang.Lagipon 10 hari pertama cuti saya tiada di rumah.=P.Saya ikut trip 'Jelajah Jordan' selama 5 hari 4 malam.Kemudian 4 hari 3 malam seterusnya saya dan kawan-kawan meneruskan pengembaraan ke Syria As-Syam.=).
Serius.Sangat seronok memenuhi cuti dengan berjalan di bumi Allah.Melawat tempat-tempat bersejarah.Tinggalan umat terdahulu.Makam-makam nabi Allah,kubu-kubu pertahanan di zaman ke gemilangan Islam,qasr-qasr(istana) di tengah padang pasir Al Harrah,tinggalan zaman Rom,Rom-byzantine,Umawiah,Uthmaniyyah dan banyak lagi.Seronok membeli-belah sakan di suk(pasar)Hamidi di tengah-tengah kota Damsyik(Damascus).Merupakan pasar terpanjang di Syria.Berjalan di pasar mencari barang sambil memerhati gelagat manusia memang menghiburkan.Benar kata ustaz orang Syria cara bercakapnya lembut seperti bernyanyii kadang-kadang.haha.Ya,ada seorang kanak-kanak yang saya jumpa.Sungguh dia bercakap seperti bernyanyi ritmanya.Tapi tak semua pon begitu.
Berjalan selama hampir 4 jam tidak terasa sehinggalah tiba masa untuk kembali ke tempat bermalam.Lenguh betul kedua kaki berdiri untuk menawar harga.Sengal rasa kaki kerana setiap kedai cuba untuk disinggah dan setiap benda cuba dibelek.hehe.=P.Sebelum tu kami berkesempatan bersolat di Masjid Umawi.Luas.Terdapat di situ makam kepala Saidina Hussein dan makam Nabi Yahya 'Alaihissalam.Berhampiran dengan Masjid Umawi terdapat Masjid Abi Darda' dan makam pahlawan hebat Salahuddin Al-Ayubi.Ini kisah di Syria.
Sepanjang 'Jelajah Jordan' kami melawat banyak tempat.Antara makam yang kami ziarah,makam Nabi Yusha' dan Nabi Shuaib 'Alaihissalam.Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik tapi saya takkan tulis sekarang.Nanti-nanti mungkin.Saya cuma mahu cerita pengalaman penjelajahan Kota Petra yang tak dapat saya lupakan.Kota Petra dipercayai adalah tinggalan kaum Tsamud kaum Nabi Salleh yang dianugerah oleh Allah kemahiran memahat gunung untuk dijadikan tempat tinggal dan sebagainya.Kemudian kerana menolak da'wah Nabi Salleh mereka telah diazab Allah dengan gempa yang dahsyat.Nau'zubillah.Tatkala melihat Khazneh(Treasury) yang menjadi kebanggaan Jordan itu dengan dua mata sendiri.Terpana seketika.Mata dibuka seluas mungkin.hehe.(yela punya mata sepet).Rasa kerdil.Hebat benar ilham Allah kepada manusia-manusia itu.Gambaran realiti terakam hanya dalam minda.Kamera sebanyak mana pon pixelnya tak mampu menandingi mata kurniaan Allah.Alhamdulillah.
Pengembaraan di Wadi Rum yang menjadi kegilaan para pemanjat gunung membuatkan saya rasa seperti berada di Afrika Selatan.hehe.Dengan menaiki pacuan empat roda kami merentasi padang pasir antara gunung-ganang yang berunjuran.Melambung-lambung kami semua dibelakang,angin kuat menerjah kami hampir menerbangkan saya.haha.=P.Kelihatan unta-unta yang berkeliaran di sepanjang perjalanan menambahkan lagi rasa itu.=)Gunung-ganang yang unik menggamit pemandangan.Terdapat pasir tiga warna putih, pink dan kemerah-merahan(humaira').Saya ada ambil sedikit pasir yang humaira'tu. Haa...batu berwarna-warni Kota Petra pon saya ada.Tapi sikit je,takkan la saya bawa balik Treasury kot.=P.
Okeylah rasanya saya nak cerita sampai sini je.Kalau cerita semua tak tahu bila akan berhenti.Mungkin akan sambung lainkali.Terima kasih Allah atas peluang itu.
Nota kaki 1:makam-makam yang wujud semuanya tidak rajih atau sahih(benar)ada jasad di dalamnya kecuali milik Nabi Muhammad S.A.W kekasih Allah.terdapat nabi atau para tabi' dan tabi' tabiien yang mempunyai banyak makam dan di tempat yang berbeza.makam itu boleh jadi tempat persinggahan atau apa-apa peristiwa yang berkaitan dengan mereka di situ.
Nota kaki 2:beza zaman Rom dan Rom-Byzantine ialah Rom-Byzantine adalah Rom selepas penerimaan Kristian.Nota kaki 3:baby-baby arab semua comel.geram.nak picit je pipi mereka.=)
2 komen:
dayah...aku amat2 tringin nak pg sana..
nanti bawak la aku g jln2 kat joden.,..hehe
tunggu aku~
to nadhirah:
nad.
insyAllah,ade rezeki
aku bwk ko g jenjln
pusing2 jordan.wee~
yela!aku tunggu ni.
Post a Comment