16.2.09

Penangan buku

atlas of anatomy and anatomy textbook of mine.=)
Assalamualikum wbt.


Gembira.Saya dah punya buku anatomi sendiri tapi lengan saya sakit semuanya kerana 2 buah buku tu.huhu.Berat sungguh.Lepas habis kuliah di jaamia'h(universiti)terus saya menuju ke kedai buku.Saya belek-belek sikit lepas tu terus bayar sebab semalam dah tengok.Saya teman kawan saya membeli buku-buku tu.Sengaja tak mahu beli sekali sebab semalam saya membeli beras 5kg.Bayangkan kalu saya bawa buku-buku tu dengan beras 5 kg.Mesti orang-orang di sekeliling akan simpati melihat saya.=P


Masa berjalan pulang dari kedai buku tadi angin sangat kuat.Dahsyat betul kain(skirt) ditiup angin menyebabkan saya berjalan tersekat-sekat.Hakikatnya skirt tu memang pun menyekat kaki untuk melangkah panjang walaupun tanpa angin kuat.huh.Habis tudung berterbangan menghalang pandangan sudah la dengan mengendong 2 buah buku tu lagi.Di tambah pula pasir-pasir yang berterbangan ditiup angin,pedih mata menahan angin dan pasir.Nasib baik ada cik bulu mata membantu.hehe.Rasa lega dah sampi rumah.Badan terasa penat melawan rintangan angin lebih-lebih lagi jalan menuju ke rumah saya agak berbukit sedikit.


Nota kaki 1:masa untuk berehat.



2 komen:

serikandi harapan said...

penah terasa sakit2 belakang lepas bawa kamus dorland's dan atlas netter..
sgt2 lah berat2 nye...

megaa said...

hehe...
serius berat.
hari ni tambah lg 4 buku.
sama je gedabak nye.
tp nasib baik blk naik teksi.
hee~
weh.
aku pon ade kamus dorland's.
tp bukan y illustrated tu.
beli y pocket jer,cousin die la.
=)