13.2.09

Belajarlah dengan hati

Assalamualaikum wbt.


Goal setting is the strongest force for human motivation. Set a goal and make it come true.-Dan Clark.


Tinggal sehari saja lagi sebelum saya memulakan sesi kuliah semester ke-2.Perasaan antara excited dan biasa-biasa saja.Rasa excited sebab akan mula belajar subjek-subjek baru yang sudah lebih menjurus kepada bidang perubatan berbanding masa di semester pertama dulu.Rasa biasa-biasa saja mungkin sebab cuti dah habis,lepas ni saya dah takda masa untuk tidak lagi serius dlm belajar.Teringat pesan seorang teman Arab yang saya jumpa di surau universiti.Dia berada di tahun dua dlm jurusan yang sama."to be a good doctor, you've to learn by heart especially in these preclinical years".Sungguh-sungguh betul dia pesan pada saya.


Belajar dengan hati.Ya,saya akan berusaha ke arah itu!Saya mahu jadi doktor yang hebat bukan yang biasa-biasa saja.Noktah.Selalu saya ingatkan diri perjalanan yang sedang dan bakal saya tempuhi nanti sebuah perjalanan yang sangat panjang malah penuh pula dengan mehnah dan tribulasi.Sebuah kembara ilmu perlukan banyak bekalan pengorbanan.Sudah pasti bukan pengorbanan yang biasa-biasa saja kalau mahu jadi yang luar biasa.Segala pujian hanya bagi Allah kerana Dia tunjukkan dan takdirkan saya di jalan ini.Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan pada hambamu ini yang jarang-jarang sekali bersyukur.Sering pula aku merungut dan mempertikai itu dan ini.Mata aku buta tak nampak nikmat menggunung hanya nampak dugaan sekecil atom.Astargfirullah.


Hari ni saya pergi Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia SeJordan (PERTAMA).Berlangsung selama 3 hari.'ke Arah Kematangan Ideologi Mahasiswa Muslim' diangkat menjadi tema persidangan kali ini. Saya ni matang tak?hehe.Saya kena belajar dua seni tu kalau nak jadi matang dan mahu menyumbang.Ganbatte-ne.=)


Nota kaki 1:"belajar rajin-rajin!".(nada bersemangat waja)nasihat kak Hetty dan kak Aqilah.Supaya tak menyesal di hari tua nanti.

Nota kaki 2:jangan jadi'sekoda'(sekadar).


0 komen: