12.5.09

Buat Bunda Dari Anakanda

Assalamualaikum wbt.

Melihat lambakan entri sempena hari ibu di blog-blog membuatkan saya rasa ingin mencoret tema berkaitan juga.Pada mulanya terasa tak mahu, biar saja tercoret dalam hati tapi tangan tetap gatal.

.....................................................................................

'kalau ikutkan rasa macam tak nak bagi je dia pergi'-emak-
saya terdengar emak berbual di telefon dengan adiknya(mak tam)

'rasa hati nak suruh dia belajar kat sini je'-emak-
saya terdengar pula perbualan emak dengan ayah di dapur.

Ini sehari dua sebelum berangkat ke Jordan.Saat itu hanya sebak yang menyelubungi.Tak mampu saya luahkan tapi di dalam saya menjerit sekuat hati.

'kalau mak rasa macam tu, *&%# rasa berkali2 ganda perkara yang sama'
'*&%# tak nak pergi mak!'

'aku tak mahu hari itu menjelang.aku harap ada keajaiban akan berlaku'
'masa, tolonglah berdetik seperlahan mungkin.aku mahu lama dengan emak.kalau boleh kau berhenti terus.aku mahu bersama selamanya'

Saya faham betapa beratnya hati dia untuk melepaskan saya pergi seperti beratnya hati ini mahu meninggalkan dirinya.Bermacam perkara bermain di kepala masa itu.

....................................................................................

Buat bunda ratu hati anakanda:

Selamat hari lahir mak.(11 Mei)
Selamat hari ibu, mak.

Rindu sangat kat mak.
Rindu nak peluk mak.

*nanges*

Mak, maafkan segala salah silap anak mak ni.

Masa kecik saya jahat.
Pernah buat mak menangis sebab malas bangun untuk mandi di pagi hari untuk ke sekolah @ tadika.Penat mak kejut saya.huu~

Kalau tak dapat barang yang saya nak mulalah muncung sepanjang hari(nenek cakap sampai boleh simpul muncungnya).Merajuk dengan mak.Bercakap pun dalam nada mahu tak mahu je.huu~

Mak jarang marah saya.Saya tak pernah dipukul.Tapi sekali kena tegur terus terasa hati.Senyap.huu~

Masa tu saya masih belum berfikir guna akal.Si anak sering tak mengerti tindakan si ibu.Setiap perkara yang mak buat semuanya bersebab.Dia tahu yang terbaik untuk kita dengan naluri yang telah Allah campakkan dalam hati setiap insan bergelar ibu.

.....................................................................................

Ketika ini, kalau boleh ingin saya terbang sekarang juga untuk mendakap emak yang jauh di sana.Wahai burung, adakah yang sudi meminjam sayap buatku bertemu ibu?

Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan kasih sayangmu padanya.Berkatilah hidupnya Ya Allah.Letaklah dirinya dalam perlindunganMu.

Allah, berilah aku peluang untuk berbakti padanya yang tak mungkin aku gelar ini membalas jasa, kesempatan untuk menghadiahkan bahagia seperti mana bahagia yang dia beri padaku malah lebih dari itu dan masa untuknya seperti perhatiannya buat aku dulu, kini dan selama.

mahu aku.
dia tahu.
yang aku.
amat sayang,
dirinya itu.

nota 1:masa kecik2, xdela kecik sgt saya tidur peluk mak(blushing)'nak lOk''nak lOk'mak selalu ajuk saya masa kecik bila minta dipeluk.

nota 2:dulu sampai darjah bape ek saya tak ingat,makan pun bersuap.mak y suap tiap petang balik dari sekolah.sampai hari ni mak masih lagi cerita kisah dulu2.rindu nak suap saya agaknya.heheh.

10 komen:

almuhsineen said...

dayahhhh

isk3

sedih la bce entry dayah ni

nak join nanges ngn dayah skali la

megaa said...

to zulaikha:

huu~
semlm nanges sambil taip.
sebelum tu nanges sbb bce entri
kat blog org.hehe.

kalu zul nanges kite ade bahu untuk dipinjamkan.kalu kite nanges pinjam bahu zul.kalu dua2 nanges?pinjam bahu izzah r.=P

[sakuradila] said...

la..sayu la dayah..
*nanges jugak*
hihi...
wah,maen bahu2 lak kalian ni ye..
anyway,arigatou dayah sbb selalo teman dila wat mcm2 bende ne~

megaa said...

to dila:

hehe.
my pleasure.

Anonymous said...

Salam ziarah.
ish...ish,cian kat org yg duk jauh2 tu. lek2, xlame lg blk m'sia kan,blh la ketemu family yg dirindui.
~far...hana

megaa said...

to ~far...hana
wsalam.

hehe.
terima kseh kerana mengasehani.hik.

~far...hana y mna satu ni?(garu2 kepala)

Anonymous said...

owhhh ade byk fhana ek. ehmm nak ckp cane ek. ahaa 1st date kte kat spital tmelo.igt ak???

errr dayah,mengasehani tu no2.sbenanye nak bg korg jeles skit sbb ktorg cutiii skrg...7mg beb.

to dayah:moge tabah truskn pjuangan.. =)

megaa said...

to farhana:

dah agak n igt tp sje nak kepastian.
skrg dh sure.hee~

p/s:tak kire.tetap nak mengasehan no 1*wink*wink*.=P

arfie said...

dayah... sedeynyer.. da nangis da ni.. hoho.. apapun.. dayah, ingatla awak x sorang2 kat sini.. kita suma alami perasaan n pengalamn yg sama.. tq sebab ingtkn kt balik pasal jasa ibu..

megaa said...

haah.
kita kan ada sesama sendiri.(^_^)

moga ingatan kita pd jasa ibu n ayah jd pedoman berakhlak dan beramal.mcm org kata 'sejuk perut mak mengandung'.=)