Assalamualaikum wbt.
"Tiba-tiba dalam pekat malam, tidur aku terganggu dek denting yang tidak mesra gegendang telinga.
Bunyi itu buat aku resah lalu bangun dan menoleh ke arah kiri.
Dalam keadaan sedikit di bawah sedar dengan mata yang masih belum kembali fungsi optimumnya aku terlihatkan suatu benda hitam menjulur masuk melalui tingkap bilik aku yang betul-betul bersebelahan dengan katil.
Aku tenyeh mata dan kebil berberapa kali.
Aku lihat benda itu sedang gigih cuba mengeluarkan barang dari atas meja belajar.
Masa itu hanya jiwa yang kurang paniknya mampu mengawal otak supaya berfikir dengan sejahtera.
Aku ligat berfikir tindakan yang patut.
Selalunya idea-idea yang bernas akan keluar bukan pada masanya, mungkin beberapa jam selepas kejadian, mungkin juga esok.
Setelah hati meronta untuk berbuat sesuatu sekurang-kurangnya.
Aku ketuk cermin tingkap dengan kuat(kuat la sangat~)
Dengan harapan si benda hitam akan terkejut sedikit dan terus melarikan diri.
Malangnya...si benda hitam bertindak lebih berani bila mendapati aku menyedari
kegigihannya mengeluarkan barang itu.
Si benda hitam bertindak menarik langsir dan bercakap sesuatu yang aku tidak faham kerana gagal fokus.
Sebenarnya aku yang tak mahu dengar.
Terlalu cuak.
Adrenaline dirembes dengan banyak.
Jantung berdegup persis pelari pecut 100 m.
Macam-macam dalam kepala, mungkin.Atau semata ketakutan.
Tiba-tiba terasa semacam dalam filem.
Apabila babak si heroin diganggu watak hitam dan si hero ada masalah untuk menepati waktu.haha(ada ke?)
Kemudian, aku ketuk lagi dan terus mendiamkan diri bersandarkan dinding.
Ia bertindak menarik langsir itu untuk melihat aku.Cis kau, si benda hitam!
Aku keraskan diri bersandar pada dinding menyepit langsir di antaranya.
Setelah beberapa ketika,
*senyap*
*bunyi sliding window ditutup*
*aku masih macam patung lilin yang nampak real tapi sebenarnya adalah memang patung*
Aku cuba kumpul kekuatan.
Merangkak mengutip semangat yang bertaburan di lantai.
Aku gagahkan kaki dan terus buka langkah menuju bilik kawan di sebelah.
Lalu mereplay cerita di atas."
Lappy saya hampir jadi korban.Alhamdulillah tiada apa-apa kerugian ataupun kecederaan.Cuma trauma yang berbekas dihati.huhu.
Telefon bimbit saya sebenarnya betul-betuuul sebelah lappy.Tapi Allah dah hijab dia dari terpegang benda tu.Alhamdulillah selamat.Begitu juga ceritanya dengan purse(takde duit)saya yang terdampar dengan tenang atas meja.
p/s:entri dah compse lama tp malas nak publish.
p/s:kebahagiaan saya belajar atas meja menghadap jendela(jendela!klasiknye perkataan ni)kesayangan dah diragut.geram betul kat si benda hitam tu.ringaaaaan je kaki ni.hissh.
p/s:kepada akhawat di bumi Irbid ni, kalau ada apa-apa kecemasan sila terus hubungi jkk keselamatan dan kebajikan ye.simpan jangan tak simpan nombornye.kan dah bagi kat email.saye masih tak simpan.ape ni?
7.8.09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 komen:
kpd ahli2 pbsj (persatuan basement se-jordan)~ slmt m'cekalkn hati.. t.care dayah!! sm0ga usaha+p'gntgn kte pd Allah meningkat ;)
angah!! ya allah cmtu ke crite nye..xtw pn..isk2
hurm menarik gk crite..cm adegan hollywood y separuh xjd..ha3
grau jep..:p
k jge dr..jgn lpe kunci tingkap stiap mlm.. n bce al mulk sblm tido k
daa~
salam..
angah..
alhamdulillah x de pape..
jge dri baik2 angah..
anje wish angah all d best..
tawakal kpd Allah..
(^_^)
even trlmbt nak komen gak.. Allah uji tuk sedarkn kite..hehe..
to ira:moga sentiasa cekal.insyaAllah~
hidup pbsj!teehee.
to k.long:haah.mcm tu le ceritenye.insyaAllah~
to anje:alhamdulillah.tq anje.baik, tawakal sepenuh hati~
to skin:betul2.kalu tak sebelum ni zone selesa je.peringatan dari Allah supaya lebih berhati-hati dan bykkan berdoa.insyaAllah~
baru je baca post ni...
seram sgt2 cz umai bc dlm kul3 lbh..
huhu...
takecare tau...
errr.
benda tu berlaku dlm kol 3 lebih la.
trauma dtg bile igt blk.huk3.takmo igt dah.
tq.
:)
p/s:kite letak sepenuh tawakal pd Allah lepas ambek sume langkah berhati-hati.
hati-hati lebih dik duduk basement nih...
insyaAllah~
p/s:ramai batch kteorg y dpt basement.huhu.
bilik kwn sebelah?
sapekah gerangan?
hahaha...
heheh.
rase2 tahu ke sape?
:P
Post a Comment