24.8.09

Jom jadi hipokrit

Assalamualaikum wbt.


Tak soleh sungguhkan tajuknya entri ini, tapi jangan close tab dulu.


*jgn ckp meow ni hipokrit die betul2 happy cuma ada masalah senyum-depan-camera-selalu-fake:P*

Pernah tak?Ada masa kita terpikir kenapalah susah sangat nak jadi lebih baik.Sedangkan dalam hati memang cenderung ke arah perkara-perkara yang Allah suruh yang Allah suka benci perkara yang Allah larang.Tapi sebaliknya yang berlaku, perkara-perkara tersebut amatlah sukar untuk dizahirkan dengan perbuatan.

Untuk berubah kadang-kadang hipokrit itu perlu.

"pakai tudung memanglah wajib.tapi dia pakai tudung sebab tak nak orang pandang lain macam pada dia.tu tak ikhlas namanya kan?so whats the point?!"

Ada benarnya tentang hipokrit itu.Melakukan sesuatu syariat bukan kerana Allah tapi kerana manusia dan macam-macam lagi adalah salah satu definisi hipokrit.Definisi hipokrit yang saya tirutampal dari dictionary.com adalah seperti berikut:

1. a person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess, esp. a person whose actions belie stated beliefs.
2. a person who feigns some desirable or publicly approved attitude, esp. one whose private life, opinions, or statements belie his or her public statements.

Ya, ada sesetengah keadaan untuk merubah diri kita perlu hipokrit.Hipokrit juga perlulah sesuai pada tempatnya.

Biarlah untuk satu tempoh waktu kita rasa kita menipu diri sendiri.Kita kata kita bukan begini orangnya.Kita kata kita pura-pura soleh atau solehah depan orang ramai.

Perlu masa untuk berubah, bukan dengan sekelip dua kelopak mata.Kalau kita asyik cakap kita dah memang macam ni dah tak boleh nak buat apa, tanpa ada sedikit pun rasa atau usaha ke arah perubahan menuju kebaikan.Sampai bila kalau duduk saja?Takkan nak tunggu sampai turun malaikat dari langit untuk merubah kita jadi soleh atau solehah.Semua tahu benda ni mustahil(tidak jika dengan izin Allah)

Dalam tempoh kita hipokrit itu nanti akan sampai satu masa ia bukan lagi sebuah penipuan kerana satu hari hati kita secara rela bukan lagi paksarela melakukan sesuatu perkara baik yang selama ini dihipokritkan(ade ke perkataan ni?)

satu hari itu:
kita rasa tak sukalah pakai tudung tu,jarang dan singkat desis hati.sedangkan selama ini itulah tudung feveret kita.
rasa tak sedap hati bila tak baca al-quran satu hari.sebelum ini kita mengaji sebab kawan kita mengaji.kita jadi segan.

Rasa itu akan muncul.Kita perlu usaha.Mula-mula memang sakit dan banyak cabarannya tapi takkan kita mahu mengalah pada syaitan.

Paksa untuk kebaikan insyaAllah ikhlas akan datang mengiringi.Kalau tak paksa, tunggu keikhlasan datang, tanpa ada usaha untuk mengikhlaskan perbuatan, sampai bila-bila pun tak buat.

Kalau boleh "ma la yudraku kulluhu,la yutraku kulluhu"
'apa yang kamu tak boleh lakukan sepenuhnya, janganlah tinggalkan sepenuhnya'


Sikit-sikit lama-lama sempurnalah.insyaAllah.
:)


p/s:saya tahu ini mungkin tidak releven sama siapa-siapa.

p/s:mak kita belikan kain pasang untuk buat baju kurung@baju melayu raya.kita tak suka corak atau warnanya.kita kata terlalu retro.haha.tapi depan mak kita senyum dan cakap suka.pandai mak pilih.ini pun hipokrit.tapi orang kita panggil'jaga hati':)

11 komen:

arfie said...

dayah.. setuju.. hipokrit tu perlu.. cnth len: klu org datang umah x kan nak biar umah sepah je(even xsepah pun.. hehe)musti kt akan kemas kan?
hipokrit vs ikhlas.. sy pernah dengar ikhlas ada 3 peringkat:
1)istikhlas (pura2 ikhlas)
2)ikhlas
3)istiqamah
wallahua'lam

p/s: huhu terpanjg lak komen.. xpe.."tulis saja apa yang kamu mahu" hehe

nima said...

arfieeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!
arfiee bussuuuuuukkkkkkk!!!!!!!
huhuhh!! terasa ok.
org trus kmas tau bile arfie blik.
arfieeeeee!!
buat contoh mcm nak perli org eh.
pandai skrg..

almuhsineen said...

eley izzah?ade ke arfie kate cntoh itu kamu?ish3..orasan jek...dr org x tau trus tau...hahaha :p

...zUlaIkHA... said...

tajuk pun de soleh ke tak ek?

huhuhu...

tapi mang tu pun hakikatnyer...(^_^)

arfie said...

haha, dayah, sori menyebok kat blog awk nie..

hehe.. izzah, kt x kata pasal sesapa la.. huhu.. jgn salah faham.. ^_^

fieqa said...

salam ..
la, br prasan sei post nie.
post ni ke y ko kate, sal 'memaksa' tue..


ok..
aku setuju ngn kata2 kat post nie..
kdg2 mula2 dgn hipokrit n insyaAllah, moge ia end up dgn natijah y positif..

n pndpat ak kan dayah,
if somone tue buat kerana dia faham kenapa dia buat, insyaAllah xde masalah kan?..
so, first thing first, wateva pon,
kefahaman dalam melakukan apa jua perkara pon penting kan?..
meaning, especialy, dlm melaksnakan syariat Allah, klo dia fham knapa kena buat, so no point la jd hipokrit..
so, mybe hipokrit ni ley jd pd peringkat awal seseorang ntok berubah..
betol x?..hehe
so, orang2 y faham (termasuk kita) juga la y kene bg kefahaman itu kat orang laen, dgn izin hidayahNya..btul x?..
dunia skrg dlm kejahilan, dimana tugas dakwah itu tanggungjawab kita..

faham ke?..hehe..
sorry terbebel pnjg pulak..


p/s- afie!!..
rindu ngn awak..
awak x nak buat blog ke..ley berkongsi ape2 y nk dikongsi..=p

moge korang2 semua dlm rahmat Allah..
salam rindu dr aku..heh..=p

^_~..rindu dak2 omar..serius...rindu kekecohan omarian..huk3..sob2..

megaa said...

to arfie:
ye, istikhlas.
xpe je:)

to izzah:
hoho.ade org terase la pule dgn cth afi:P

to zul:
keterangan yang menambah bahan bukti perbuatan izzah selama ini.haha.

p/s:izzah gurau jek.

to ira:
mestilah ade.sbb dulu kawan kite
ckp background desktop kite tak soleh.tengok...wallpaper pon ade y soleh n tak.hehe.

to fieqa:betul, hal ini bg y kurang faham.sbb bende ni berlaku kat sini.masalahnye, usaha utk mencari faham tu takde malah menolak usaha y memberi faham.

bg y faham insyaAllah xde masalah cume dalam pelaksanaan mungkin ada masalah jue.huhu.aku insan lemah.

p/s:berat betul tanggungjawab bg y faham.kena belajar seni~

PuteriBonda Anis said...

nice post
for me..
kdg2, dlm berhiprokitla kita dapat mencegah diri kita dr perkara2 yg boleh dikategorikn sbgi maksiat..
cnthnyer cam dlm pergaulan kan..
takkanlah kita nak layan semua orang yg lain jantina dgn kita sama seperti cara kita melayani ibu bapa dan shabat baik kita..
tapi, sometimes, i was thinking..
salah ker klu tak semua orang yg lain jantina tahu siapa diri kita sebebnarnyer?
byk kali soklan camtue ditujukn pd diri..
for me..
biarlah orng2 yg benar2 layak shj yg dpt kenal saper kita sbenarnyer..
what do u think dayah?
salah ker pendapat aku nie?
nak dgr pendapt orng lain gak..

megaa said...

betul.

"salah ker klu tak semua orang yg lain jantina tahu siapa diri kita sebenarnyer?"

em.pada pendapat saya.mana ada salah.menjadi hak kita samaada nak memperkenalkan diri atau tidak kan?

lagipun tak semua orang dapat kenal seseorang sepenuhnya even suami isteri.ceh.tetiba teringat rancangan dato' fadhilah khamsah.(prenggan ni mcm xde kaitan)

kiranya bukan satu kesalahanlah kalau kita taknk terlalu mendedahkan identiti sebenar.

p/s:adakah saya menjwab soalan?mcm terpesong ja.

PuteriBonda Anis said...

haha
tak2
tak terpesong

X)

Misz Noni said...

saya sangat setuju. saya sangat tertarik. boleh saya kongsi link blog ini di blog saya? post ni macam ada kaitan jek ngan saya.