Assalamualaikum wbt.
fuh.lame tak berbelog.dah seminggu duduk rumah.seminggu tak sentuh internet.akhirnya sebiji broadband limited edition(limited edition la sgt~limited speed ada la rasanya.)menjadi tawanan.huh.
ramadhan dah melepasi separuhnya.macam mana dengan amalan anda sejak balik?jawab hidayah jawab.
*senyap sunyi*
tadi tolong mak sediakan dadih bagi pihak wan(panggilan untuk nenek)untuk moreh untuk hantar ke masjid di kampung.beruntunglah bagi sesiapa yang dalam bekasnya ada tiga ketul nata de coco yang saya letak semua dua ketul kecuali dua bekas.haha.
pelik.seorang wan saudara saya, nama dia tak masuk dalam senarai menyediakan moreh di kampung itu.saya tanya kenapa pada emak, emak cakap sebab pihak berkuasa kg. merangkumi masjid mendakwa katanya dia orang pembangkang.heh.sebab itu?kamu entah confirm ke tidak dia pembangkang, adakah hanya dengan melihat fizikal rumahnya yang usang sebab takda subsidi?
moreh vs politik kotor.hurh.tak padan langsung.
sudah la wan itu agak kurang berkemampuan(tp kalu setakat nak sediakan sedikit juadah buat moreh tu mampu la.anak saudara ramai nak tolong).pihak berkuasa kampung pula tak mahu beri bantuan sebab katanya dia pembangkang.eh, kamu curi-curi tengok kertas undi dia ya?
logiklah sikit.orang tua macam tu ada masa dan kudrat ke nak kempen sini sana?dia tak beri kesan langsung pada kamu.yang takut sangat tu kenapa?sehingga hak dia dipertikaikan.tunggulah bila hak kamu pula dipertikaikan bila sampai masanya.
politik.politik.bilalah nak jadi bersih.bilalah hidup kita semua nak aman sentosa.
p/s:saya kesali sikap anda en.broadband.sila berlaku adil.kawan nanti saya upload gambar lagi.
7.9.09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
luahan hati politik ye angah..
hua3
smart2..
haha.
achik.
sekali sekala perlu berpolitik secara sehat.
:P
y ni sehat ke??
hehe.. samaler.. internet umah probs.. rasa nak beli je broadband limited edition tuh.. huhu/.. iniler nasib org byg jarang pulang ke rumah..
Post a Comment