Assalamualaikum wbt.
Melilau dari blog ke blog merupakan hobi aku di waktu lapang.Di waktu tidak lapang pun juga sebenarnya(hanya yang mesti lawat setiap hari akan dikunjungi)Kalau tak baca coretan mereka rasa semacam kurang inspirasi.
Ada satu blog.Tulisan beliau indah.Bukanlah tentang yang indah-indah saja tapi suka dan duka yang diterjemahkan dalam bahasa yang indah meruntun jiwa, mengalirkan air mata(ape ni?tetiba)
Tulisan beliau ringkas tapi makan dalam beb(kata nenek)Rindunya pada anak yang sudah diambil Tuhan untuk dijaga sering menjadi coretan beliau.Mengajar aku erti kasih sayang ayah yang tak bertepi.Besarnya impak seorang insan kecil dalam hidupnya walaupun tak sampai sepurnama berkongsi kasih.Ertinya redha seorang hamba dengan ketentuan Pencipta.Cukup.
Ada lagi beberapa blog lain.Tulisan mereka sesuatu la wa cakap lu.Ketagih nak baca(ada yang menjadi faktor timbulnya minat terhadap puisi)Ada yang ketagih nak tengok hasil tangkapan mereka.Memang tak puas hati la kalau gambar asyik now loading....(y juga menyebabkan aku jatuh cinta dengan dunia fotografi)tapi jauh sangat lagi aku ni perjalanannya.
Huish.Besar juga pengaruh blog dalam hidup aku rupanya.Bukan pengaruh rakan sebaya saja ya.Tapi kalau pengaruh yang baik-baik baguslah kan?Kalau yang buruk tu kita ambil sebagai tauladan.
Memberi tahu ragam manusia yang mungkin tak aku berpeluang menemuinya.Makan dalam juga beb.I like~Ada yang menjadi hiburan di kala senja eh melilau.Terkekek gelak sendiri-sendiri.Kalau orang nampak(tanpa tahu perkara sbnr)ada la rasa nak cakap'gilo apo dak ni'
Banyak yang mengajar aku menghargai kehidupan.Memahamkan aku hakikat kehidupan masa akan datang melalui pengalaman-pengalaman.Banyak betul kemungkinan.Hurm....
Aku??Kenapa berbelog?Rasanya kalau kamu mahu cari sesuatu ilmu di sini dicadangkan pergilah ke blog lain.Aku bukanlah pandai menulis dan sebagainya.Aku cuma harap tulisan aku ada manfaat walau sedikit kepada diri atau orang lain(atau anak cucu di masa depan.hoho)Bagi aku menulis adalah terapi.Maklumlah miskin tak mampu nak buat terapi ikan, pergi spa ke apa bila tertekan, rimas atau terasa nak meluahkan.hehe.
Dan seperti yang tertulis dalam profile.::bertatih mengenal erti hidup dalam sebuah kembara.menulis bukan untuk apa-apa cuma sekadar mencoret memori dan pandangan peribadi.bukan juga untuk siapa-siapa melainkan buat tatapan diri::.
p.s:nak minta maaf sekiranya apa yang saya tulis selama ini ada menguris perasaan sesiapa atau macam tak berfaedah ja.
p.s lagi satu:dia kata.kalaulah manusia nampak malailat sibuk turun naik dari langit membawa amal ibadah hamba Allah di bumi pasti ramailah yang tak akan jemu memohon dari Allah.tapi itulah kita manusia bila dah nampak baru nak percaya, Allah rahsiakan untuk melihat siapakah yang sabar dan yakin dengan janji-janjiNya.ramadhan semakin hampir ke penghujung.surau dan masjid semakin lengang...
15.9.09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
salam syawal..maaf zahir dan batin!(^_^)
Post a Comment