30.6.09

Majlis perkahwinan & karpet

Assalamualaikum wbt.

Bangun dari tidur terus buka laptop.Kemudian buka blog yang mesti jenguk setiap hari(baru juga la jumpa blog tu).Berderai air mata pagi-pagi buta.Teresak beremosi di pagi hari ini.Syahdu.Sungguh, kasih sayang ibu terhadap anak memang tiada tandingan.Tak kiralah anak itu istimewa ataupun sempurna.Ajaib yang amat kasih ibu rupanya.huu~

Semalam menguruskan perihal bakal rumah sewa kami.Alhamdulillah dah jumpa dengan yang dekat dan berkenan di hati.Semalam juga menguruskan kerja ukur-mengukur untuk memasukkan karpet di seluruh rumah.(banyak berkomunikasi dgn arab semalam.ada juga la gaya itik dan ayam kadang2)Warna pilihan kami ialah pink.haha.Saya sebenarnya bukanlah peminat fanatik pink pun tapi karpet itu berjaya buat kami memilihnya untuk menjadi sebahagian dari rumah kami.

Kemudian kami pergi kedai barang elektrik untuk melihat-lihat mesin basuh, dapur dan peti ais juga perabot seperti katil.Oh, tak sangka kami melakukan perkara-perkara yang tak pernah dibuat sendiri(di Malaysia mana campur sangat urusan rumah, mak ayahlah orang kuatnya)Sebelum ini mesin basuh di rumah saya itu pun tak berapa pandai sangat nak guna.hehe.Lihat, sekarang saya sudah pandai membeli mesin basuh.hoho.

Tahniah, congratulation, alf mabruk

Selepas itu, petangnya saya menghadiri majlis perkahwinan instructor laboratory biology masa semester pertama dulu.Meriah dan indah sangat.Majlis ini istimewa kerana jemputannya adalah perempuan sahaja termasuk pelayan dan jurukamera kecuali pasangan pengantin.Mestilah lelaki kan.huhu.

Aturcara majlis ini mudah sahaja.Ada tari menari, acara potong kek dan sesi bertemu dengan pengantin.Terkejut.Apabila tiba masa kami ingin meminta izin untuk pulang kerana sudah agak lewat, Miss Asiah mengajak kami menari dahulu bersamanya.haha.

'weh mane aku reti menari.dabkah(sejenis tarian tradisi arab)apatah lagi.malulah.dahlah tengah2 dewan tu'

Kami dengan malu-malu kucingnya pergilah ke tengah dewan itu(tak menari pon.pusing-pusing je.haha)bagi meraikan instructor kesayangan kami ini.Seronok juga.Unik.Dalam tradisi arab mereka akan adakan 3 haflah(majlis)bagi sesebuah perkahwinan.Pertama haflah khitbah(majlis pertunangan).Kedua haflah wada'(majlis perpisahan)diadakan pada malam sebelum haflah zawaj di rumah pengantin perempuan atau dewan atau hotel.Berlangsung setelah tempoh yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.Kalau buat kat rumah, tempat jemputan perempuan dalam rumah dan lelaki dalam khemah luar rumah.Yang kami hadiri ni haflah zawaj(majlis perkahwinan)yang merupakan kemuncak bagi ketiga-tiga majlis tersebut.Jadi, secara rasminya pengantin perempuan menjadi hak milik mutlak si suami.

Rasa gembira kerana miss masih mengingati kami.Dia juga kelihatan sangat gembira dengan kehadiran kami.Cewah.Perasan pulak.(^_~)

nota 1:semoga Miss Asiah dan suami bahagia sampai ke anak cucu.hehe.teringin nak buat majlis macam tu.boleh??=P

nota 2:penat memang penat.baru tahu banyak betul yang perlu diuruskan untuk berpindah rumah.tidaklah sesenang mulut merancang.

nota 3:di sini aku belajar jadi dewasa~

7 komen:

Anonymous said...

uit..
achik rase mjlis khitab la..
bukan khitam..
neway,enjoy ur new house k~

megaa said...

hohoh.
salah rupenye.

yang betul ialah haflah KHITBAH.

p/s:tq achik.enjoy yours too ya!=)

SaKINah said...

nak gk karpet..huhuhu

megaa said...

aik.
mafrusyah xde karpet ke?

kalu xde, belilah.
kamu kan org2 kayo.
hehe.

arfie said...

isk.. malunya bila teringat menari dengan kakunya kat tengah2 org Arab.. diorg da la mashi dalam bab dabkah mendabkah ni.. tp, xpe2 at least ada pengalaman.. +ve thinking..hehe

arfie said...

lg satu.. home sweet home.. moga rumah ini jadi wadah utk taqarrub ilallah...

megaa said...

tu la pasal.malu jue.huu~

ameen.bayti zinneera jannati.baituna zinneera jannatuna.=)