15.6.09

aku yang bertangankan kosong

takdirnya dia aku.
di masa itu.
meracau aku gusar.

tiada pasti.
apa yang aku punya.
apa yang ada.

hidup,
seakan sarat bakul berisi.
sedangkan,
hanya lompong memenuhi.

masa itu.
dunia bukan lagi milikan.
sudah habis waktu yang ada.
untuk pulang hanya pada angan.

janji bertemu dengan tuan.
adakah sedia?

bangunlah sayang.
penuhkan bakul dengan yang bukan sia.
kerana kau tak tahu bila.


nurhdyh
9.09p.m 15/05/09
Irbid, Jo

0 komen: