Assalamualaikum wbt.
*tiada dalam peta:Jordan.lokasi bwh Syria*
Exams dah habis.Semester 2 tahun pertama saya tamat officially hari ini.cewah.=).Alhamdulillah.Alhamdulillah atas pinjaman nyawa dan kesihatan sepanjang tempoh ini.Syukurlah dengan setiap nikmat yang dikurniakan selama hidup kita.Moga dijauhkan dari termasuk golongan yang rugi kerana lupa untuk bersyukur.Nau'zubillah.
MENJEJAK KEGEMILANGAN EMPAYAR TURKEY UTHMANIYYAH
Wah.Esok!Ye, esok la(tak caye lak.hari y dinanti-nanti telah tiba)Dalam pukul 2 petang hari Jumaat 19/06/09 Trip Turkey Summer akan bertolak dari Irbid menuju ke destinasi utama iaitu ISTANBUL yang akan mengambil masa kira-kira 36 jam dengan menaiki bas.Dari Jordan kita akan merentasi bumi Syria dan barulah sampai Turkey.Hoyeah.
Tak tahu apa perasaan sekarang.Blurr.Beg nak kena kemas.Nak bawa berapa bijik baju pon tak decide lagi.Satu apa pon tak kemas lagi.Bilik pon kena kemas.Baju-baju kena diuruskan.Help me(ada sape-sape yang nak tolong tak ?Upahnya.Boleh ikut saya.Pengangkutan, beg yang dikemas.pandai2 la sedia space)=P.
Lagi satu nak kena search tentang Turkey.Tak seronoklah nanti pergi sana tengok-tengok je.Tangkap-tangkap gambar then pergi tempat lain ulang perkara sama dan begitulah seterusnya sampai habis trip.huh.Bosan.Oleh itu, perlulah kita search tentang tempat yang akan dilawat supaya bertambah ilmu di dada.Kembara anda juga akan jadi lebih bermakna.Nenek saya cakap feel dia lain bila pergi satu tempat yang atleast kita tahu serba sedikit tentangnya.Anda akan lebih menghargai.
Oh ya.Saya juga perlu belajar Turkish sikit.Atleast yang basic.Kan?hee~(^_^)
Sedikit tentang Turkey.Merupakan sebuah Eurasian country.Eurasian=mixed europian and asian(saya baru tahu fakta ini.huu~)Terbahagi kepada Asian Turkey 97% dan Europian Turkey 3% dipisahkan oleh Selat Bosphorus, Laut Marmara dan Dardanelles.
Teringat waktu cuti akhir tahun tingkatan empat saya ada membaca sebuah novel yang tajuknya Rona Bosporus oleh Zaid Akhtar yang dibeli semasa Perkampungan Penulis Muda di sekolah.
review:
"Hidup, walau di bawah langit mana pun, penuh rona - pedang uji buat menentukan darjah kematangan insan, apatah insan muda remaja.
Afham dan Amal Hayati, dua siswazah Jordan yang tidah pernah bertemu juga sama-sama belum bersedia kembali ke tanah air membawa hati dan tekad ke Turki, sebuah negara dua benua yang dipisahkan oleh selat kecil indah, simbolis - Bosphorus - yang pancarona, terlalu!
Melanjutkan pengajian, menebarkan ilmu di madrasah, bertemi Emine, Ilhan Yakin, Erfan mereka terpanggil mengambil peranan demi mempertahankan prinsip dan tanggungjawab.
Rona Bosphorus - kisah anak Malaysia di perantauan rencam rona rindu dan ceria, rona dura dan bahagia; gemilang rona sejarah, semarak rona insaf."
Tanpa sangka, saya bakal merentasi Selat Bosphorus yang pernah satu masa dulu hanya saya bayangkan dalam minda keindahan ronanya.=)
Ya Allah, semoga perjalanan ini menambahkan iman dan taqwa dan bukanlah sesuatu yang sia-sia.amin.
nota 1:mohon doakan keselamatan kami.
nota 2:40:82
nota 3:tak sabar nak guna pixie my baby.wee~
nota 4:panjang jugak entri kali ni.huu~
17.6.09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
bestnyew!!!!!
nk ikowt!!!
hehe.
aku dah balik.
best sgt.
nanti aku post gambar ek.
rindu turkey~
Post a Comment