16.4.09

Istimewa

Assalamualaikum wbt.

Suatu hari dalam perjalanan balik dari jaamiah(universiti)saya berselisih seorang insan yang buat hati saya tersentuh dan buat saya rasa betul-betul bersyukur dengan apa yang saya miliki.Insan itu sempurna rupa parasnya, lengkap anggota kecuali keadaan kedua-dua upper limbsnya(tangan) yang agak not well developed.Diagnosis saya dia mengalami kekurangan itu sejak lahir lagi.(*_*)


Berjalan elok sempurna macam rakan-rakan sebayanya bagaikan tiada apa yang kurang pada dirinya.Kagum.Ya Allah, selama ini aku selalu merungut dengan apa yang aku miliki selalu tak bersyukur dengan apa yang Allah beri.Sedangkan ramai lagi insan-insan lain yang lebih kekurangan.Bersyukurlah wahai manusia, kau terlalu sempurna penciptaanNya.Kekurangan itu hanya secebis dugaan dariNya buat insan-insan istimewa.


Ada satu hari ketika saya dalam bas, saya duduk dibahagian yang agak hadapan.Saya nampak seorang lelaki yang agak kurang sempurna fizikalnya naik.Si konduktor bas seakan berusaha membantunya, tatkala dia menghulurkan syiling untuk membayar tambang.Si konduktor menolak dengan baik.Kiranya dia boleh naik free la.


Tapi si lelaki tu tetap berkeras nak bayar tambang.Sampai macam nak menangis wajahnya.Mungkin dia tak mahu naik bas free kerana belas kasihan orang melihat keadaannya.Ibrahnya pada saya, layanlah mereka sama seperti kita layan orang lain supaya mereka rasa tiada yang kurang.Mereka mahu buktikan yang mereka mampu untuk berdikari sama.Tetapi bukanlah bermaksud tidak membantu jika mereka dalam keadaan memerlukan.~


nota 1:belajar dari kehidupan adalah suatu yang mampu menjadi muhasabah bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran.

nota 2:ibadah sunnah dan lafaz kalimah alhamdulillah adalah antara uslub syukur.

2 komen:

PuteriBonda Anis said...

ya Allah..
ha'ah ek..
kdg2, kta terlepas dr melihat perkara2 macam nie..
astghfirullah..
nice post..

~insaf~

megaa said...

betul.
kdg2 perkara2 kecil
y selalu kta terlepas pndg
nilah mampu beri kesedaran.

~insaf juga~