29.4.09

Dekat Walau Jauh

Dekat Walau Jauh

Bila dalam hati ada tuhan.

Sekecil benda yang kau lihat,
kau nampak tuhan.
Sesayup bunyi yang kau dengar,
kau dengar tuhan.
Sehalus perisa yang kau rasa,
kau rasa tuhan.

Bila dalam hati ada tuhan,
subhanAllah unik ciptaanNya.
MasyaAllah agung kuasaNya.

Bila dalam hati ada tuhan.
Setiap detikmu hanya dengan tuhan.

Dia suruh berfikir.
Supaya kau dekat walau kau jauh.

nurhdyh
10.40 a.m 29/04/09
J.U.S.T Irbid, Jordan.

nota 1:kelas embryology pg td buat saya berfikir.Allah, kompleksnya penciptaan manusia.

nota 2:we learn about gastrulation and neurulation in the 3rd week of human development.

nota 3:moga semakin kita kenal diri, semakin kita kenal penciptanya.insyaAllah.

9 komen:

nuramiliaz said...

dayah..suke r sajak2 dayah.. truskan bkarya~ iAllah,bmanfaat utk semua..


yg sjak musolla sdtna khadijah still x jmpe..sori erk

megaa said...

amy!
meninggalkan jejak wat petama kali kat disini.

hehe.

p/s:takpe.biar jela.nnti ada rezki kte sme2 dtg kisas g musolla amek feel.(^_^)

arfie said...

DEKAT WALAU JAUH?
sori.. tp kita macam kurang faham apa mksdnya.. bley jelaskn sikit x? takut salah faham plak karang^_^

megaa said...

biasanya sajak terserah pd pembaca ntok menafsirkan.

tp untuk arfie sy cuba:

dekat walau jauh.
biarpun kita tak nampak secara realiti,kita tak dengar bunyi secara zahirnya tp kita rasa akan kehadiran kuasa yang mengatur seluruh hidup kita.itulah Maha Suci Allah.

mksud di sini bukan nak mengatakan yang Allah itu jauh secara spiritual.tapi secara 5 deria rasa manusia.

cuba fikir contoh ini:
seorang bukan muslim bertanya kita 'macam mana kamu tahu tuhan kamu ada?'
kita pun lontarkan soalan'kau yakin ada angin?'
'ya'dia jawab.
'kau pernah nampak angin?'kita.
'tidak tp aku dpt rasa'dia jawab lg.
'seperti itula aku.aku rasa tuhan aku dimana jua aku berada.aku dekat denganNya biarpun tidak kelihatan atau jauh di mata kalian semua.hanya yang yakin akan merasa'kita.

caranya dengan mengaitkan segala benda y berlaku sehari-hari dengan penciptaNya.carilah hikmah disebalik sesuatu kecil mahupun besar.

p/s:tambahan.hehe.(perisa dlm ayat 6 dr atas)yang saya maksudkan adalah asam garam manis pahit kehidupan.(^_^)

megaa said...

to arfie:

kite menjelaskan ke?
atau menambh kekaburan?

nusaybah said...

best2. bila mata hati telah celik, semua benda nampak Allah sahaja.

Semoga Allah SAHAJA jadi illah kita. NO COMPROMY IN AQIDAH!

tgok kun fayakun minggu ni tau!

megaa said...

jiwa y hidup=mata hati y celik.

yeah!no compromy in aqidah.

nanti sy tgOk bila tuhan katakan jadi ye.(^_~)

arfie said...

faham3... perkara ni kena fikir skit kan? he2 thanx

megaa said...

to arfie:
my pleasure.

betOl.sy setuju.