23.4.09

Bercakap tentang ummah

Assalamualaikum wbt.
Tak perlu kita pandang jauh-jauh.Lihat saja pada realiti masyarakat di Malaysia tercinta hari ini.Kalau kita dengar berita dan ada usaha untuk ambil tahu tentang masyarakat kadang-kadang boleh bingung jadinya memikirkan.Ya Allah, apa dah jadi ni?Kenapa begini?Apa kejadahnya?


Ummah sedang tenat!


Sedarlah semua ummah kita sedang tenat!Penyakit wahan sedang melanda dengan agresif.Habis dimamah lahap organ-organ vital ummah.Penyakit wahan adalah cinta dunia sampai jadi hamba dan takut mati hingga jadi hamba dunia seolah akan hidup 1000 tahun.Tiada usaha sedia bekalan akhirat.


Cuba kita fikir di mana logiknya tingkah ummah sekarang.Contoh paling jijik seorang ayah merogol rakus anaknya, dijadikan hamba nafsu serakah(mungkin ini pun dah jadi biasa, astargfirullah)Anak menderhaka ibu bapa.Rasuah menyelimuti lapisan masyarakat.Kerosakan atas muka bumi.Remaja hidup bertuhankan nafsu.Tak usah diulas panjang, semua orang tahu hal ini agaknya.Itupun kalau hidup ada peduli.Selalunya kita hari ini hidup cuma untuk diri semata, tiada peduli dalam kamus.Belajar, berjaya, kerja, dapat duit, beli rumah besar kereta besar, kahwin, dapat anak, tua, pencen dan akhirnya hidup tenang bahagia selama-lamanya.


Oh!Terlalu stereotaip.


Hey, hey, bangunlah kawan.Takkanlah mahu jadi stereotaip sama.Ummah sedang perlu rawatan.Jangan ditambah penyakit.Jauh beza sungguh kalau dibanding hidup kita dengan Rasulullah yang hidup baginda hanya untuk ummah.Kita ada?.


'Sungguh, telah ada pada(diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(iaitu)bagi orang yang mengharap(rahmat) Allah dan (kedatangan)hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah(dlm masa susah dan senang)'~al-ahzab 21.



Antibody ummah terlalu lemah, teras dalaman utama dah goyah sebab tu jadi begini.Antibody itu aqidah.Bila aqidah mudah goncang, jadilah muslim hanya pada nama, kerana lahir dalam keluarga Islam dan bla..bla..bla.Sudahlah aqidah sedia macam tiang reput dimakan anai puluhan tahun ditambah pula dengan serangan godaan syaitan, idealogy menyesat, dan strategi yahudi.Ranap.


Sekarang bukan masa untuk cari siapa salah.Ibu bapa?Guru?Kawan?Artis?Pemimpin?.Argh, usah menunding jari!Lihat pada diri.Sekurang-kurangnya kita sedar akan hal yang berlaku ini.Cara nak selamatkan ummah ini hanya dengan islam.Hanya dengan islam.Islam itu mestilah yang syumul maksudnya sempurna.Bukan sebahagian islam dan sebahagian lagi kafir.Contoh bab kahwin dan harta ambil cara islam, bab pemakaian serta ahklak macam haram.Yang senang dan ada kelebihan saja mahu diangkat.


'wahai orang-orang yang beriman!Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu'~al-baqarah 208.



bersambung~

nota 1:saya sedang cuba.

7 komen:

arfie said...

mm.. betul tu.. klu nk selak satu2 kt akn rasa sesak nafas.. tapi pndapat peribadi, kt kena selalu gak fikir2 masalah masyarakat ni (termasuk diri ini).. klu bley jgn lupa yg kita suma ada shahadah yg perlu ditegakkn.. (meremang cakap psl ni)..kan?

p/s: saya juga sedang mncuba

megaa said...

syahadatul haq!(ya, meremang!)

istilahnya pelbagai, objektifnya sama.

tarbiyah dan da'wah.

semua yang ada tarbiyah dan juga sedang ditarbiyah sedang menegakkan syahadahnya dengan macam2 cara.~pandangan mujahadah.

mari bersama fikirkan masalah dan solusi.

p/s:pening kdg2 bila byk sgt istilah diguna pakai.sdgkan benda sama.perkara pokok iaitu hati.

megaa said...
This comment has been removed by the author.
fieqa said...

arfie n dayah!!..
rindu kamu berdua...!!!

thanks dayah for this post!...
sangat bersengat n sgt betul!!..

betul2...
itulah realti masyarakat skrg..
kefahaman Islam itu tidak ader dlm diri..(huk3.menasihati diri sendiri)

moga kita semua terus berada di jalan Allah,amiin!...

maybe bg golongan2 y berfikrah la ntok same2 bawa mereka y di 'luar' sane, ntok same2 masuk dlm golongan berfikrah..
huk3..cabaran itu sangat kuat..
kdgkala juge x mampu..
diri sndiri pon kdg x betul2..

tp insyaAllah,
selagi nilai mujahadah ader dlm diri,insyaAllah..=)

gudluck to all of you in the exam ya!!..

=)

megaa said...

betul.

jalan ni mmg susah.
cabaran2 mmg kuat.

kdg2 diri sendiri tersungkur juga.
tp kita cubalah islah diri hari demi hari.tarbiyah diri dulu.kan?

kalu bukan kita y mulakan nak harap siapa lg.

biar satu hari nnti satu dunia akan faham dan amal islam yang sebenar islam.amin.

nusaybah said...

alhamdulillah. penulisan sempoi tapi best je. teruskan mengolah berdasarkan kefahaman.

dayah, moga Allah beri kebaikan dunia akhirat.

megaa said...

to kak.iz a.k.a nusaybah:

insyaAllah.
sy tgh cuba utk memanfaatkan apa y ada.
huhu.

susah mmg susah.
moga terus thabat.=)
amin.