25.11.09

petik bersama

janji.
aku tak akan berhenti,
susun kayu-kayu,
bina tangga-tangga.
hingga sampai awan-awan.
sampai cecah bintang-bintang.
demi kamu.

akan sama-sama kita petik.
di satu hari.

nurhdyh
25/11/09

17.11.09

Entri bosan

Assalamualaikum wbt.


sumber:mr.google

Semester ni, kuliah start hari ahad sampai rabu.khamis, jumaat dan sabtu adalah hujung minggu*big grin*

Setiap hari kuliah akan mula pukul 8.15 pg dan habis pukul 11.15 pg kecuali hari ahad dan selasa saya akan pulang lewat kerana ada lab.setiap pagi keluar rumah dalam pukul 7.20 kerana perjalanan ke university dengan bas memakan masa lebih kurang 30 minit.

Masa yang paling dinanti adalah masa untuk pulang ke rumah.Perkara yang paling heaven bg saya adalah bila dapat duduk bermalas-malasan menghadap laptop dalam bilik ini setelah penat di university.dan pada malamnya dapat tidur dengan nyaman di katil yang menggoda dan esoknya bangun dengan ceria.

Kali ni, selang 2 hari adalah turn saya memasak makan malam untuk seisi rumah.kiranya okaylah.kalau dulu 2 orang je.jadi giliran selang sehari, sampai takda idea nak masak apa.

Hmm...begitulah hidup saya sehari-hari.hujung minggu dipenuhi dengan mcm2 aktiviti lain kecuali mggu exam.


p.s:okaylah.mari kita belajar.

p.s2:smlm ada lari-lari sikit masa nak keluar dari pintu lecture hall tu sebab nak kejar kwn yang pantas meninggalkan.sambil menolak pintu itu dengan sedikit terkinja-kinja hampir muka tersembam pd sorang arab guy dari arah bertentang.fuh...nasib tak kena.muka dia macam terkejut tengok keadaan sy y agak agresif masa tu.haha.lainkali behave youself okay hidayah.

p.s3:tadi masa naik tangga nak ke tandas.saja jalan laju2 lompat-lompat sikit takut terlewat untuk lecture seterusnya.sambil kasut mengeluarkan bunyi macam orang main basketball tuh.habis saja mendaki anak tangga terpandang bawah.ada orang sedang memerhati.duh.malu.

12.11.09

Pancake

Assalamualaikum wbt.

Okay, bertemu kita sekali lagi dalam rancangan iCIp-iCIp di blog ini!(baru first time sebenarnye slot ni.cewah.slot!konon:P)

Tiba-tiba rasa comel pulak perkataan icip-icip tu.Cuba kamu sebut banyak kali.Cuba.Icip-icip 3x.Comelkan.Macam anak ayam.Sebenarnya maksud icip menurut kamus dewan online adalah merasa masakan.

Hari ini saya nak berkongsi resepi pancake.Bukan resepi saya pun.Jumpa.Pancake ni sebijik macam qotoyif makanan arab yang popular masa bulan ramadhan.Tapi pancake dan lempeng tak sama rupanya.

Bahan:
125g tepung
1 tsp serbuk penaik
1 tbsp gula
1/2 tsp garam
1 biji telur
250ml susu segar
1 tbsp minyak/butter cair


Cara:
1. Campur bahan2 kering.
2. Campur bahan2 basah dlm bekas berasingan.
3. Campur (1) ke dalam (2) dan kacau hingga sebati.
4. Panaskan kuali leper, tuangkan satu senduk kecil adunan.
5. Tunggu hingga keluar gelembung2 kecil baru terbalikkan pancake tadi.
6. Biar hingga masak, siap utk dihidang.

* Hidang bersama butter dan honey.

Saya dah mencuba tapi tak ikut pun sukatan tu ikut cukup rasa sendiri je sebab tak tahu nak agak 125g tepung tu banyak mana.Mudah dan senang je nak buat(tak dinafikan guna mixflour pancake lebih senang tp kalau nak jimat dan malas nak pergi kedai buat lah sendiri).Ini hasilnya:

icip-icip
walaupun ada yang warnanya sedikit rentung.nama tetap nak beautiful:P

icip-icip
sedap dimakan bersama chocolate syrup, fruit jam dan apa-apa saja yang dirasakan sesuai.

p.s:dan boleh diadun bahan-bahan kering dalam kuantiti yang banyak dan simpan.bila rasa nak makan pancake bancuh saja.

p.s:tadi masa tgh tulis entri ni saya berym dgn nabilah.alhamdulillah dia sudah okay sedikit.semoga Allah beri kekuatan pdnya untuk hadapi ujian ini.thanks sudi share dgn aku.syg ko bella!

p.s:ingat tak di tv3 satu masa dulu ada rancangan masakan icip-icip?

p.s:selamat mencuba!(ayat wajib slot masakan)

7.11.09

Kembali ke negeri abadi

Assalamualaikum wbt.
Photobucket

Seminggu dua belakangan ini sudah beberapa kali menerima berita kepulangan insan-insan yang pernah muncul dalam episod hidup saya biarpun seketika biarpun hanya pada sekilas pandangan.Pulangnya mereka untuk selama-lama, menunaikan janji dengan pemilik agung.

Sakit, sihat, tua, muda bukan isunya.Bila tiba detik yang dijanji maka kembalilah kita pada Dia.Bagaimana caranya?Di mana tempatnya?Bila waktunya?Segalanya dalam pengetahuan Tuhan.Apa yang ada di dunia ini, apa jua kuasa yang dimiliki takkan mampu menangguhkan detik waktu itu tak mampu juga mempercepatkannya walau sekerdip kelipan mata.

Kematian adalah peringatan.Kematian adalah ruang muhasabah diri yang masih bernyawa.

Kadang-kadang kita semacam lupa dunia ini, kehidupan ini, hanyalah sementara.Kita lupa yang kehidupan sedang kita lalui adalah persinggahan semata-mata.Matlamat jangka panjang kita kadang kala tak menjangkau untuk kehidupan selepas persinggahan ini.

Mereka sudah.Bila pula akan tiba saat kita?

Bersediakah aku sekarang?!

p.s:al fatihah buat sahabatku izaifah bt jailani, ibu sahabatku siti nabilah bt adnan dan suami ustazahku ustzh nik hazifah.

30.10.09

Does anybody know what is the drug for homesickness?

I cant find it in my pharmacology textbook.*sigh*


i miss u when i am across the sea.
its too far.
its too long.
i cant even see your smile.
*sigh*
the smile that i miss the most.




i miss you being at my side.
i miss you mak.
i miss you ayah.

i miss home.......

ps:mohon doa utk kami yang bakal exam di sini.please.tq:)
ps2.i know.i sound childish.

29.10.09

Potret

Assalamualaikum wbt.

Takde benda nak tulis, cuma tiba-tiba teringat satu masa dulu saya pernah lukis sebuah potret.Potret ibu.Di rumah masa tu tengah cuti lepas SPM.Satu-satunya potret yang saya habis melakar seluruhnya.Selalunya hangat-hangat tahi ayam je saya ni:P

Saya juga sebenarnya tak rasa saya boleh melukis potret, tetapi disebabkan pengaruh dan dorongan seorang rakan saya mencuba.Dan saya rasa hasilnya okaylah.Lepas siap je terus tunjuk kat emak.Excited gila.Macam budak.

Emak gelak dan terkejut bila saya tunjuk potret itu.Saya tak pasti.Adakah emak rasa itu gambarnya ataupun tidak.haha.Tapi pada mata saya memang sebijik la.Tak macam potret-potret percubaan lain.

Hurm.....kat mana agaknya potret tu eh?Saya tak ingatlah saya letak kat mana.Sudahlah baru pindah rumah.Ada kemungkinan dah terbuang atau tertinggal di rumah lama.Harapnya ada lagi rindu sangat nak tengok semula titik peluh beberapa hari tu demi emak dan boleh nanti saya upload di sini:)

Kenapa saya tiba-tiba cakap pasal ini?Semalam dalam perjalanan pulang dari jaamiah saya terfikir dah lama saya tak melukis.Dulu hobi saya melukis, err tapi bukanlah pandai mana pun melukis.Harapnya lepas ni bolehla kembali aktif melukis di waktu lapang, activate sikit your right brain activity tuh...

19.10.09

Dari Mata Aku

Tadi,
petang.
Dalam perjalanan ke kelas quran.

Satu pemandangan buat aku tersenyum sendiri-sendiri.

:)

Di sebalik teksi kuning di depan rumah itu aku lihat ada beberapa orang anak lelaki berlari-lari anak.
Gelak tawa mereka hiasi suasana petang.

Tiba-tiba keluar seorang lelaki dengan tergesa-gesa sambil sebelah tangannya mengendong seorang bayi perempuan yang comel.

Kemudian ditariknya tangan salah seorang anak lelaki di depan rumahnya itu.
Tangannya dipegang dengan kemas lalu disepak-sepak punggung anak lelaki itu dengan kakinya yang berkasut beberapa kali sambil berkata sesuatu yang tidak jelas di pendengaran aku.
Dia usaha untuk melepaskan diri.
Namun,
sama sekali gagal.
Sedikit cemas.
Setelah itu ditariknya pula anak lelaki yang kedua.Lalu dilakukannya lagi perkara sama.





Dua anak lelaki tersebut berlalu dari lelaki tadi sambil mereka mengekek ketawa apabila dilepaskan.

Aku senyum.

Haha.gelak dalam hati seraya bermonolog...
'oh macam ni eh orang arab bergurau dengan anak.gila ganas'


Tapi aku dapat nampaklah pada sepak-sepak si bapa itu ada sesuatu.
Sesuatu yang kita panggil sayang dan kasih.
Aww.