Showing posts with label icip-icip. Show all posts
Showing posts with label icip-icip. Show all posts

25.3.10

Resepi pula

Assalamualaikum wbt.

P/s:Pula tu bukan makanan.ahaha.

Rahmah, hari tu kan awak ada minta resepi pizza(mentang-mentang baru beli furun elkahroba2.ceh)Saya segan sebenarnya.Pizza cikai je pon.Resepi pon telah di googled dengan kata kunci"resepi pizza mudah".Perkataan"mudah"jangan lupa.haha.

Tapi sebab awak, saya lampirkan resepi(telah diubahsuai sedikit sesuka hati sesedap rasa(kot))tersebut di sini ya.

Resepi ni katanya untuk 10 orang makan.Saya bajet-bajet sendiri jadi untuk makan 3 orang je.

KULIT PIZZA
* 500gm tepung gandum<---bajet ikut nak doh banyak mana
* 1/2 bungkus yis mauripan(kalau takda yis pergi kedai runcit lalu berkatalah kepada si pekedai"endak 5hamirah?")
* 1 Cawan air suam<---kurangkan ikut sukatan tepung
* 1/2 cawan minyak masak<---pon sama
* Garam secukup rasa
INTI PIZZA
* 6 Keping Daging burger(dilenyek)<---2/3 keping pun cukup.banyakkan kalau doh banyak
* 1 Tin Tomato puree<---2 sudu
* 1 Tin Marshroom (dihiris nipis)<---5 biji
* 2 Biji bawang besar(dipotong dadu)<---1/4 bawang
* 6 hot dog (dihiris)<---1
* Lada hitam serbuk, Oregano(pebenda ni?tak tahu.jadi saya mengabaikan kewujudannya), garam, gula secukupnya.
* Mozarella cheese ikut suka banyak mana
* Nenas<---potong kecil-kecil

Cara-cara

1. Untuk kulit.Gaul tepung bersama yis + garam + air suam uli hingga menjadi doh(uli bersungguh ok)
2. Masuk minyak dan uli lagi hingga sebati dan tak melekat di jari jemari biarkan doh naik sedikit uli lagi dan canaikan di atas dulang yg telah gariskan dgn butter dan ratakan sedikit tepung sebagai pelincir.ngeh2.
3. Untuk inti.Daging buger + tomato puree + mushroom + bawang besar + lada hitam + garam + gula + Oregano(tiada).Gaul sebati.
4. Letakkan inti di atas kulit pizza dan ratakan.Tabur hot dog dan cheese kalau nak letak nenas ke lada benggala ke...letak saja diatasnya...bila kulit dah naik sedikit bolehlah bakar dengan suhu 190"c selama 20 min(tambahla kalau nampak macam tak masak lagi atau suka yang rangup-rangup ke).
5. Okay.Pizza siap!

Tak dilupakan di sini saya kepilkan bersama gambar pizza cubaan kedua.Yang first buat tu jadi giant pizza.Tak berapa nak normal:P


sebelum.kurus dan putih.


selepas.kembang dan gelap.

12.11.09

Pancake

Assalamualaikum wbt.

Okay, bertemu kita sekali lagi dalam rancangan iCIp-iCIp di blog ini!(baru first time sebenarnye slot ni.cewah.slot!konon:P)

Tiba-tiba rasa comel pulak perkataan icip-icip tu.Cuba kamu sebut banyak kali.Cuba.Icip-icip 3x.Comelkan.Macam anak ayam.Sebenarnya maksud icip menurut kamus dewan online adalah merasa masakan.

Hari ini saya nak berkongsi resepi pancake.Bukan resepi saya pun.Jumpa.Pancake ni sebijik macam qotoyif makanan arab yang popular masa bulan ramadhan.Tapi pancake dan lempeng tak sama rupanya.

Bahan:
125g tepung
1 tsp serbuk penaik
1 tbsp gula
1/2 tsp garam
1 biji telur
250ml susu segar
1 tbsp minyak/butter cair


Cara:
1. Campur bahan2 kering.
2. Campur bahan2 basah dlm bekas berasingan.
3. Campur (1) ke dalam (2) dan kacau hingga sebati.
4. Panaskan kuali leper, tuangkan satu senduk kecil adunan.
5. Tunggu hingga keluar gelembung2 kecil baru terbalikkan pancake tadi.
6. Biar hingga masak, siap utk dihidang.

* Hidang bersama butter dan honey.

Saya dah mencuba tapi tak ikut pun sukatan tu ikut cukup rasa sendiri je sebab tak tahu nak agak 125g tepung tu banyak mana.Mudah dan senang je nak buat(tak dinafikan guna mixflour pancake lebih senang tp kalau nak jimat dan malas nak pergi kedai buat lah sendiri).Ini hasilnya:

icip-icip
walaupun ada yang warnanya sedikit rentung.nama tetap nak beautiful:P

icip-icip
sedap dimakan bersama chocolate syrup, fruit jam dan apa-apa saja yang dirasakan sesuai.

p.s:dan boleh diadun bahan-bahan kering dalam kuantiti yang banyak dan simpan.bila rasa nak makan pancake bancuh saja.

p.s:tadi masa tgh tulis entri ni saya berym dgn nabilah.alhamdulillah dia sudah okay sedikit.semoga Allah beri kekuatan pdnya untuk hadapi ujian ini.thanks sudi share dgn aku.syg ko bella!

p.s:ingat tak di tv3 satu masa dulu ada rancangan masakan icip-icip?

p.s:selamat mencuba!(ayat wajib slot masakan)