25.3.10

Resepi pula

Assalamualaikum wbt.

P/s:Pula tu bukan makanan.ahaha.

Rahmah, hari tu kan awak ada minta resepi pizza(mentang-mentang baru beli furun elkahroba2.ceh)Saya segan sebenarnya.Pizza cikai je pon.Resepi pon telah di googled dengan kata kunci"resepi pizza mudah".Perkataan"mudah"jangan lupa.haha.

Tapi sebab awak, saya lampirkan resepi(telah diubahsuai sedikit sesuka hati sesedap rasa(kot))tersebut di sini ya.

Resepi ni katanya untuk 10 orang makan.Saya bajet-bajet sendiri jadi untuk makan 3 orang je.

KULIT PIZZA
* 500gm tepung gandum<---bajet ikut nak doh banyak mana
* 1/2 bungkus yis mauripan(kalau takda yis pergi kedai runcit lalu berkatalah kepada si pekedai"endak 5hamirah?")
* 1 Cawan air suam<---kurangkan ikut sukatan tepung
* 1/2 cawan minyak masak<---pon sama
* Garam secukup rasa
INTI PIZZA
* 6 Keping Daging burger(dilenyek)<---2/3 keping pun cukup.banyakkan kalau doh banyak
* 1 Tin Tomato puree<---2 sudu
* 1 Tin Marshroom (dihiris nipis)<---5 biji
* 2 Biji bawang besar(dipotong dadu)<---1/4 bawang
* 6 hot dog (dihiris)<---1
* Lada hitam serbuk, Oregano(pebenda ni?tak tahu.jadi saya mengabaikan kewujudannya), garam, gula secukupnya.
* Mozarella cheese ikut suka banyak mana
* Nenas<---potong kecil-kecil

Cara-cara

1. Untuk kulit.Gaul tepung bersama yis + garam + air suam uli hingga menjadi doh(uli bersungguh ok)
2. Masuk minyak dan uli lagi hingga sebati dan tak melekat di jari jemari biarkan doh naik sedikit uli lagi dan canaikan di atas dulang yg telah gariskan dgn butter dan ratakan sedikit tepung sebagai pelincir.ngeh2.
3. Untuk inti.Daging buger + tomato puree + mushroom + bawang besar + lada hitam + garam + gula + Oregano(tiada).Gaul sebati.
4. Letakkan inti di atas kulit pizza dan ratakan.Tabur hot dog dan cheese kalau nak letak nenas ke lada benggala ke...letak saja diatasnya...bila kulit dah naik sedikit bolehlah bakar dengan suhu 190"c selama 20 min(tambahla kalau nampak macam tak masak lagi atau suka yang rangup-rangup ke).
5. Okay.Pizza siap!

Tak dilupakan di sini saya kepilkan bersama gambar pizza cubaan kedua.Yang first buat tu jadi giant pizza.Tak berapa nak normal:P


sebelum.kurus dan putih.


selepas.kembang dan gelap.

5 komen:

rahmah malas sign in said...

salam cik dayah subr~

agak tharu di situ kamu mngabadikn name sye dpt post.. hua3
tq2.. nnti beble free2 sye tringin gak nk wat..
kdg2 kite rase dak2 just08 ni ade ala2 mak2 sket la...
tukar2 resepi.. haha..
bgus3,.. sume mngasah skill masak..
penting tuh! ngee~
btw, klu len kali wat jgn lupe jmput okeh ;)

megaa said...

rahmah:

same2.
hehe.biasala tu nama pun perempuan.
suka main masak2 dr kecik lg kan.ngeh2.

kita kena practice utk masak cepat, sedap dan pelbagai sbg persiapan utk kehidupan akn dtg.ewah.

umairah said...

wahhh...pandainye die..nanti bole srh dayah masakkan tuk umai lak..hehe..=)

megaa said...

umai:

hehe.mne ade pandai.sikit2 bolela.

iA.mestila boleh.ble nk jumpe ni?huhu.

nuramiliaz said...

dayah..bestnye..
nk kene try nie..thnx.. =)