Assalamualaikum wbt.
Pernah suatu hari saya beritahu sepupu yang nanti saya nak jadi doktor sakit jiwa(baca:psychiatrist).Lepas tu dia ejek-ejek.
"doktor sakit jiwa"
"doktor sakit jiwa, nenenene"
"argh budak, nak kena ni!"(dalam hati menyesal sebab tersalah cakap.tapi kalau cakap psychiatrist tak paham pula.kalau sebut "doktor penyakit jiwa" macam skema)
tapi secara positif saya ambil apa yang dia cakap tu sebagai doa yang satu hari nanti saya akan menjadi psychiatrist.iA.
Waktu semester 1 dulu salah seorang lecturer ada menyatakan yang psikologi adalah antara bidang yang amat penting pada abad ke 20 ini telah membarakan kembali semangat saya yang semakin terpadam dek berlalunya masa(lupa sebab asyik exam ja.mangsa sistem yang terlalu exam oriented)ish.
Bidang psikologi ni bukanlah mempelajari jiwa/mental itu secara langsung kerana sifatnya yang abstrak, tetapi psikologi membatasi pada manifestasi dan ekspresi dari jiwa/mental tersebut yakni berupa tingkah laku dan proses atau kegiatannya, sehingga psikologi dapat didefinisikan sebagai ilmu pengetahuan yang mempelajari tingkah laku dan proses mental.
Psikologi dalam bahasa Arab ialah ilmu nafs.Merupakan salah satu ilmu pada zaman keemasan Islam yang memiliki kemiripan dengan psikologi moden.Tokoh yang berperanan dalam ilmu ini antara lain, Al-Kindi dan Al-Farabi yang merupakan pencetus terapi musik.
Ada orang cakap psychiatry ni tiada apa-apa, tak penting dan kurang sumbangan kepada masyarakat kalau dibandingkan dengan pengkhususan2 perubatan yang lain.
Semua perkara ada kekurangan dan kelebihannya kan.
Pada pendapat saya masyarakat kita sendiri yang tak menggunakan peluang ini sebaiknya.Kadang-kadang skeptik terhadap pandangan masyarakat apabila ingin meminta nasihat pakar kaunseling atau pakar psikologi dan sebagainya.
Terlalu banyak 'jiwa' yang 'sakit' hari ini.Jiwa kita bagaimana?
p/s:psychiatry is one of the specialization in medical field.psychology=study of soul/mind.
p/s:cardiothoracic surgeon menarik juga.ngeh2.
27.3.10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 komen:
smoga sentiasa bertaut ingat pd Allah :)
kita punyai cita-cita yg sama..haha :P
oleh kerana bidang psikiatri adalah yg paling mendekati sains sosial.. :D
goodluck
anonymous:
terima kasih.ingatkan saya y selalu lupa ini.smoga awk juga begitu:)
baihaqi:
oleh kerana sudah terjerumus(baca:pilihan sendiri)dalam sains tulen haruslah tidak melepaskan peluang ke arah yang hampir sains sosial kan:D
moga apa y dicitakan jadi nyata.iA.
haha.. tepat sekali.
moga tercapai cita-cita insyaAllah.
Post a Comment