Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

18.3.10

Macam-macamlah

Assalamualaikum wbt.

Apabila sedar hak kita cuba-cuba dinafikan oleh sesetengah pihak, apakah yang akan kita dilakukan?

Tengoklah hak apa itu/itu apa?(yang mana satu betul?)Contohnya hak milik tanah ke?Hak penjagaan anak ke?Hak/bahagian makanan di dewan makan asrama ke?

Hum...pada pendapat penulis(cewah.tetiba tukar ganti nama.profesional sikit bunyinya)berkaitan hal-hal yang disebutkan di atas sudah pasti ramai yang berusaha mempertahankannya bukan?

Tapi bagaimana pula dengan hak mengundi?

*suasana sepi.lalu cengkerik pun berbunyi.

Penulis sebenarnya bukanlah mahu menceritakan apa yang berlaku di tapak mengundi di Jamiah yang berlangsung pada hari ini.Kisah tolak menolak tu kita tolak tepi(penulis lemas)

Sesungguhnya setiap undi kita adalah amat berharga bagi menentukan masa depan sesebuah persatuan atau negara dan sebagainya.Lebih-lebih lagi sahabat-sahabat serta penulis sendiri yang bakal memasuki umur boleh mengundi tahun hadapan oleh itu marilah kita sama-sama mendaftarkan diri ya.

Eh.Apa point penulis sebenarnya?

Oh.Kesimpulannya profesionallah dalam setiap perbuatan terutamanya ketika hari mengundi.Ish.Adakah mengadakan roadblock yang dahsyat dan pelik di depan pintu bilik undi sehingga para pengundi perlu bergaya seperti sedang bermain rugbi untuk masuk salah satu contoh profesionalisma?Kata first class minded people~(penulis yang kata ni)Ish sekali lagi.

Ah tensi, konspirasi, kontroversi semua ada.

Mari menenangkan diri dengan melihat gambar ini:

comel sgt.tak sanggup nak makan:)

p/s:ya Allah lindungilah kami dari kejahatan dunia.

21.1.10

Things to do during winter break:

Assalamualaikum wbt.


1)memorizing quran and the madah for quran test.(sempat ke?)

2)deco deco my room.(serta kerja2 membanteras all fungi and molds in the house.yeah)

3)hal2 kesetiausahaan.uhu.(before going to egypt)

4)cooking.(tauhu telur should be no.1 in the list.heh.)

5)painting.(i'll do my own homemade paint.ceh.mentang2 baru jumpe resepi.tetiba rasa malas yang ni)

6)a big frame with small frames of different sizes photos.apa eh nama specific benda ni?ade ke?collage?!i dont think so.(after egypt.hopefully~)

7)handmade birthday card for each of my girlfriends(wah.besar cita2.moga jd kenyataan.heh)


gambar hiasan sumbangan ikhlas mr google.


ps :harap kerajinan akan berkadar langsung dengan semangat masa termuncul idea nak buat benda2 semua ni.uhu.especially the last 3 things.hoyeah!

ps2:deco-deco means vacuum kapet, mengelap perabot(gigih betul perkataan mengelap.aha), menyusun atur dan kemas mengemas segala.bukanlah deco2 bersama eric leong mahupun deco2 celcom berbaloi-baloi.

20.1.10

لا تقل يا رب عندي همّ كبير بل تقل يا همّ عندي رب كبير

Assalamualaikum wbt.

Dengan exam yang berbaki lagi 3 subjek mari teruskan perjuangan teman-temanku.Jangan jemu jangan penat kerana di hujung jalan nanti pasti bertemu pelangi.Ya Allah pinjamkan kami kekuatan dan kesabaran menempuh jalan ini hingga ke akhirnya.Ya Allah kurniakan kami keputusan yang terbaik:)


ps:moga dapat menyusuri perlembahan Nil dengan hati yang gembira cuti nanti.oh.tak dapat bersabar lagi(haha.skema)

ps:sape perasan quote dari lecture note #24 genetics itu?:P

29.12.09

Why do you choose to be a doctor?

"because...




i want to be a politician"



jawapan yang paling unik pernah saya dengar(dari salah seorang kawan Dr.anonymous masa dia study dulu)

:)

what a tough batu loncatan!haha.

ps:nad.igt tak ape name Dr.anonymous yang hensem tu.aku lupe la.hehe.n pasal masuk OT tu sgt malu.huwa.

ps2:sori.tak habis2 post pasal ni.hehe.

26.12.09

Kenapa anda memilih bidang perubatan?

Assalamualaikum wbt.

amaran:bahan bacaan kali ini agak panjang dari kebiasaan(yang dah berkurun dalam draft)

Pada satu malam yang dingin sedang aku borak-borak dengan Farah(selalu pulak jadi watak dalam entri aku).Tiba-tiba dia tanya satu soalan...

"syu tudrusin(awak belajar apa)?"

"aik.dah lame kite kenal(ces.lama la sgt~)tak tahu lagi ke aku belajar ape.huhu.mungkin dia lupa kot pernah tanya"aku berkata dalam hati.

"oh.tibb.tibb basyari@tibb waljarohah(oh.medic.medicine and surgery)"aku jawab sambil berusaha menebalkan sebutan ba'.

"so2ab soh?(susah! betulkan?)"farah inginkan kepastian.

"aiwah.so2ab kteerr...(ya.susah sgt...)"aku mengia.tapi sebenarnya taklah susah kot bagi orang yang sangat rajin belajar dan menghafal.uhuk.

"lesh tudrusin tibb(tapi kenapa awak belajar medic)??"farah macam pelik.aku cakap medic susah.tapi kenapa still ambil medic.gosh...

"err..."aku terkapai-kapai nak jawab soalan tu.uhuk2.sebab aku pun tak pasti apa jawapannya.so topik perbincangan ditukar ke bab yang seterusnya.heheh.

Persoalannya di sini ialah kenapa aku memilih perubatan?Kenapa aku masih memilihnya sedangkan aku sudah tahu konsikuensinya ketika belajar dan bekerja.Kenapa?

Kamu-kamu yang sedang membaca yang ambil medic juga dentistry ada jawapan?

*flashback zaman dulu2.setahun lebih yang lepas.

Aku pernahlah merasa, tapi sedikit je kot percentnya dari kehidupan seorang HO(housemenship@doktor latihan siswazah)masa attachment untuk apply scholarship JPA dulu.Pergi hospital punch in pkul 7 pagi punch out pukul 2 PAGI(masa daftar tu kami diberi punch card pertama before bekerja dalam hidup kami.hehe)selama 5 hari di Hospital Temerloh.Kena tidur kat kuarters HO sepatutnya tapi aku tidur rumah Nad kuarters hospital juga tapi kuarters specialist.hehe.Tq Nad.

Maaf tidak dapat bercerita mengikut kronologi.

Seharian berdiri round wad ikut HO.Sakit gila tapak kaki, longgar rasa lutut ni.Berjalan pun laju(dah macam lumba jalan kaki)takpun berlari anak kehulu kehilir ikut doktor buat kerja.Bila ada peluang dapat duduk, muka masing-masing penuh nikmat gayanya.haha.

Dah macam nak menangis tapi tak menangis lagi la.Belum jadi doktor betul.Kena marah dengan pakar yang ingat kami medical student duduk huha-huha luar wad.Sedangkan kami hanyalah budak2 hingusan lepasan SPM masa tuh.huhu.Pastu terus insaf then ikut je HO yang ditugaskan jaga kami.

Menyaksikan proses kelahiran secara normal(ketegangan yang aku rasa dalam labour room(bilik bersalin)sama kot macam contraction yang dilalui wanita tu.Nervous sungguh yang mana setelah baby tu lahir dan ditunjukkan pada ibunya tak semena-mena aku emosi terlebih.Meleleh.uhuk2.Aku buat2 mata masuk habuk+dah mengantuk.nad perasan jugak.ces.haha.

Round2 wad orthopedik yang berbau hanyir besi+daging.Lepas tu duduk bersama doktor2 jabatan orthopedik untuk mendengar case presentation dalam bilik yang sempit.Terasa diri sangat kerdil weh duduk kat situ.Sudahlah duduk depan tengah2 pula tu doktor2(HO ada MO ada specialist ada consultant pon ada)lain sekeliling.FYI kami satu group yang buat attachment tu 3 orang saja.Semua sekali ada dalam 13 orang rasanya.

Lepak-lepak jabatan forensik(posting hari pertama ni)aka bilik mayat sampai 2 pagi(tak sampai pun sbb MA(medical assistant)bg balik awal tapi still kena tggu pukul 2 pagi sebab nak punch out).Tengok mayat yang dah bertahun-tahun tak ada orang tuntut.Warnanya hitam dan bau macam belacan.Serius.Pastu tengok mereka uruskan mayat mangsa langgar lari.Dahsyat hancurnya.Otak bertaburan melekat kat seluar dia warna kuning-kuning macam mayonis.Dari mandi sampailah dikapankan cuma kami tak sempat masa menjahit(MA tu cakap.hish rugi kamu tak sempat tengok saya menyulam malam tadi)sebahagian besar kepala dan anggota mangsa yang cedera.Tengok bilik dan peralatan otopsi.Menggerunkan.Tak tahu kenapa aku sebenarnya cuak tapi cover sebab Nad macam bersemangat dan tak cuak langsung.Aku pegang je lengan dia.

Dan bila balik bilik malam tu.Aku terbayang-bayang muka orang tu.Lama jugaklah before dapat betul-betul tidur.huhu.

Masuk OT(operation theatre)tengok abortion of ectopic pregnancy(kandungan di luar rahim).Kes cuci rahim sebab masih ada sisa uri(placenta)yang masih tertinggal.Tengok prosedure laparoscopy nak tahu sebab apa wanita tu tak boleh mengandung.Macam-macamlah.

Dekat wad obstetrics and gyne.Tengok dr. buat VE(vaginal examination)untuk tahu luas mana dah bukaan pintu rahim untuk melahirkan bayi.Nad terkejut.haha.Aku nampak.Dia pula pegang lengan aku.Seriau babe for beginners macam kita-kita ni.haha.Doktor tu pun ajarlah macam mana nak predict.Kalau 2 jari luasnya = 3 cm bukaan.I still remember that.Sebab masa dia suruh teka aku jawab 2 cm.hoho.

Duduk jabatan kecemasan yang rilek masa tu.Kebetulan.Menonton tv sampai tertidur di ruang menunggu wad la.Kenangan betul.Rindu.

*back to the present

Betulkah aku suka dengan semua benda-benda ni?
sleepless night.working long hours.mendedahkan diri kepada bermacam jenis infections.macam-macam lagilah.malas nak senarai.

Inikah yang aku nak sebenarnya?
*menung jauh-jauh*

Aku serahkan jawapan pada Allah.Sesungguhnya Dia Maha Tahu tentang segala.

Ya.Inilah takdir aku.Sudah Allah tentukan yang terbaik buat setiap ciptaanNya.Aku perlu berusaha ke arah itu.Yosh!!



Remember that Allah always does things right.

ps:terkilan sebab tak dapat tengok C-sec(cesarean section).dah lewat sgt malam tu baru ada kes.aku dan nad dah tertidur atas kerusi kat labour room tuh.nak tengok yang real punya.huwa.mereka dpt tengok.

ps2:baru-baru ni marathon tgok c-sec byk2 kat youtube.haha.apa kejadahnya.

ps3:hello, hidayah!takde kerja yang senang kat dunia ni kalau nak jadi senang dunia akhirat.baeklah.

7.12.09

Winter time

The other me:hidayah, can you please stop eating?

it's Me:okay.*munching*

The other me:*giving the evil-eye look*

it's Me:okaaay.okaay.*munching a bit slower*

The other me:....


ps:pathology exam tomorrow morning.

26.11.09

Eiduladha 1430

*seminggu sebelum

"sumti?(awak puasa?)"tanya farah.

"ma sumtu alyoum.ley?(hari ni tak.kenapa?)"aku jawab sambil senyum-senyum.

"bukrah syahr zulhijj.nm.mush bukrah.ba3da bukrah.yaomul arbi3a'(esok dah masuk bulan zulhijjah.eh.bukan esok.lusa.hari rabu)"farah menjawab.

"anjad!(yeke)"aku.

"sanah madi sumtu tis2ah ayyam.awwal zulhijj ila youm tasiah(tahun lepas aku puasa 9 hari.hari pertama hingga hari ke 9.)"farah menerangkan.

"oh.enti mabsuthah!(bagusnya awak)"aku puji sikit kasi die up sikit.hehe.

"sumti?(awak puasa?)"farah tanya sekali lagi.

"insyAllah"aku balas dgn azam dalam hati, dia senyum dan aku kembali meneruskan pembacaan.

Farah ni anak jiran sebelah rumah kami.Ada la beberapa kali datang rumah tumpang internet buat kerja sekolah dia.Mula-mula ingat dia baya-baya kami, rupa-rupanya baru 15 tahun.oh.

*10 zulhijjah 1430

Sayup-sayup kedengaran takbir bergema memenuhi alam.

Pagi tu bangun awal dari hari-hari biasa.Gosok baju semua dan buat apa-apa yang patut dan aku calling2 sapa-sapa yang nak pergi masjid sama tapi takde sapa yang angkat.Ada sedikit kecewa di situ.hehe.Takpelah aku dah rancang nak pergi masjid Fayha' yang dekat je dgn rumah.So aku buat buat keputusan pergi sendiri je.

Keluar je rumah, oh sejuknya, kabus2 air keluar dari hidung, mulut apatah lagi.

Jalan seorang diri di negara asing menimbulkan rasa syahdu dalam hati.Di hari raya pulak tu, ironi.Mata pun berkaca-kaca.Ni yang aku suka tentang jalan sendiri-sendiri.Ada masa untuk reflect diri.

Aku tengok jam.Oh, dah lambat.Masjid dah berhenti bertakbir dan imam sedang menerangkan kaifiat solat sunat eiduladha.Aku baru separuh perjalanan ke masjid.

"ya Allah,sempatkanlah aku.Sempatkanlah aku."doa dalam hati sambil berlari-lari anak dan berbaju kurung.

Dan ada lagi orang-orang lain turut menyertai aku sebenarnya.hehe.

Alhamdulillah dapat solat di masjid dan tak masbuk.Aku sempat.Alhamdulillah syukur.Masjid memang sangat penuh, dewan muslimat padat.Aku solat pun dah berhampiran tangga.Ada yang solat atas tangga dan sampai luar masjid pun ada.

Usai solat aku tinjau2 dewan muslimat tengok2 kot ada budak melayu.Oh.takda.Aku masuk dalam-dalam sikit pastu duduk dikelilingi makcik2 arab untuk dengar khutbah.Susah nak taip macam mana perasaan aku masa tu.

Keluar dari masjid terserempak dengan kawan2 dan senior2.Bersalaman dan saling bermaafan.Balik ke rumah dan seterusnya makan(makan yang aku dan housemate masak malam raya).Eiduladha ni sunnahnya makan lepas solat sunat vice versa dgn eidulfitr.
Rendang ayam, kuah kacang dan ketupat nasi sudah cukup menimbulkan suasana pagi raya kami.

Seterusnya pergi beraya rumah kawan2.

Petang raya dan esoknya kami ada aktiviti memotong melapah dan memotong daging binatang korban.Korban yang dilakukan oleh pelajar Malaysia dan kemudian diagih-agihkan ke semua komuniti Melayu di sini.Dan hari ini hari ke-3 ada sambutan eiduladha oleh persatuan pelajar Malaysia.

Begitulah kisah raya kali ini.

Walaupun eidulladha tak semeriah eidulfitr tapi ada makna yang lebih agung disebaliknya.Syukur kepada Allah eiduladha masih terpelihara kesuciannya.Baca sini.

Photobucket

Marilah sama-sama kita variasikan erti sebuah pengorbanan.

ps:khas ntok ko piqa.kalu tak mesti dah x semangat nak taip entri ni:P

7.11.09

Kembali ke negeri abadi

Assalamualaikum wbt.
Photobucket

Seminggu dua belakangan ini sudah beberapa kali menerima berita kepulangan insan-insan yang pernah muncul dalam episod hidup saya biarpun seketika biarpun hanya pada sekilas pandangan.Pulangnya mereka untuk selama-lama, menunaikan janji dengan pemilik agung.

Sakit, sihat, tua, muda bukan isunya.Bila tiba detik yang dijanji maka kembalilah kita pada Dia.Bagaimana caranya?Di mana tempatnya?Bila waktunya?Segalanya dalam pengetahuan Tuhan.Apa yang ada di dunia ini, apa jua kuasa yang dimiliki takkan mampu menangguhkan detik waktu itu tak mampu juga mempercepatkannya walau sekerdip kelipan mata.

Kematian adalah peringatan.Kematian adalah ruang muhasabah diri yang masih bernyawa.

Kadang-kadang kita semacam lupa dunia ini, kehidupan ini, hanyalah sementara.Kita lupa yang kehidupan sedang kita lalui adalah persinggahan semata-mata.Matlamat jangka panjang kita kadang kala tak menjangkau untuk kehidupan selepas persinggahan ini.

Mereka sudah.Bila pula akan tiba saat kita?

Bersediakah aku sekarang?!

p.s:al fatihah buat sahabatku izaifah bt jailani, ibu sahabatku siti nabilah bt adnan dan suami ustazahku ustzh nik hazifah.

30.10.09

Does anybody know what is the drug for homesickness?

I cant find it in my pharmacology textbook.*sigh*


i miss u when i am across the sea.
its too far.
its too long.
i cant even see your smile.
*sigh*
the smile that i miss the most.




i miss you being at my side.
i miss you mak.
i miss you ayah.

i miss home.......

ps:mohon doa utk kami yang bakal exam di sini.please.tq:)
ps2.i know.i sound childish.

19.10.09

Dari Mata Aku

Tadi,
petang.
Dalam perjalanan ke kelas quran.

Satu pemandangan buat aku tersenyum sendiri-sendiri.

:)

Di sebalik teksi kuning di depan rumah itu aku lihat ada beberapa orang anak lelaki berlari-lari anak.
Gelak tawa mereka hiasi suasana petang.

Tiba-tiba keluar seorang lelaki dengan tergesa-gesa sambil sebelah tangannya mengendong seorang bayi perempuan yang comel.

Kemudian ditariknya tangan salah seorang anak lelaki di depan rumahnya itu.
Tangannya dipegang dengan kemas lalu disepak-sepak punggung anak lelaki itu dengan kakinya yang berkasut beberapa kali sambil berkata sesuatu yang tidak jelas di pendengaran aku.
Dia usaha untuk melepaskan diri.
Namun,
sama sekali gagal.
Sedikit cemas.
Setelah itu ditariknya pula anak lelaki yang kedua.Lalu dilakukannya lagi perkara sama.





Dua anak lelaki tersebut berlalu dari lelaki tadi sambil mereka mengekek ketawa apabila dilepaskan.

Aku senyum.

Haha.gelak dalam hati seraya bermonolog...
'oh macam ni eh orang arab bergurau dengan anak.gila ganas'


Tapi aku dapat nampaklah pada sepak-sepak si bapa itu ada sesuatu.
Sesuatu yang kita panggil sayang dan kasih.
Aww.

9.5.09

Not Feeling Well

Assalamualaikum wbt.


Runny nose...


Watery, itching eyes...


Spinning head...


Sore throat...(one, two, three, one, two, three. Testing.Testing)


SWELLING GUM... (thinking of bunga cengkih n air garam petua Biah.hoho)


I think I'm having welcoming-wisdom-teeth-to-the-world fever.huu~


Note: for the first one it was yesterday.no more running nose today because it is blocked.

Note: at the moment I'm eating salatoh (a kind of salad in Arabic).


P/s: to my friends: get well soon. Allah yu3tiikumul aafiah.