Showing posts with label tribute. Show all posts
Showing posts with label tribute. Show all posts

7.11.09

Kembali ke negeri abadi

Assalamualaikum wbt.
Photobucket

Seminggu dua belakangan ini sudah beberapa kali menerima berita kepulangan insan-insan yang pernah muncul dalam episod hidup saya biarpun seketika biarpun hanya pada sekilas pandangan.Pulangnya mereka untuk selama-lama, menunaikan janji dengan pemilik agung.

Sakit, sihat, tua, muda bukan isunya.Bila tiba detik yang dijanji maka kembalilah kita pada Dia.Bagaimana caranya?Di mana tempatnya?Bila waktunya?Segalanya dalam pengetahuan Tuhan.Apa yang ada di dunia ini, apa jua kuasa yang dimiliki takkan mampu menangguhkan detik waktu itu tak mampu juga mempercepatkannya walau sekerdip kelipan mata.

Kematian adalah peringatan.Kematian adalah ruang muhasabah diri yang masih bernyawa.

Kadang-kadang kita semacam lupa dunia ini, kehidupan ini, hanyalah sementara.Kita lupa yang kehidupan sedang kita lalui adalah persinggahan semata-mata.Matlamat jangka panjang kita kadang kala tak menjangkau untuk kehidupan selepas persinggahan ini.

Mereka sudah.Bila pula akan tiba saat kita?

Bersediakah aku sekarang?!

p.s:al fatihah buat sahabatku izaifah bt jailani, ibu sahabatku siti nabilah bt adnan dan suami ustazahku ustzh nik hazifah.