7.11.09

Kembali ke negeri abadi

Assalamualaikum wbt.
Photobucket

Seminggu dua belakangan ini sudah beberapa kali menerima berita kepulangan insan-insan yang pernah muncul dalam episod hidup saya biarpun seketika biarpun hanya pada sekilas pandangan.Pulangnya mereka untuk selama-lama, menunaikan janji dengan pemilik agung.

Sakit, sihat, tua, muda bukan isunya.Bila tiba detik yang dijanji maka kembalilah kita pada Dia.Bagaimana caranya?Di mana tempatnya?Bila waktunya?Segalanya dalam pengetahuan Tuhan.Apa yang ada di dunia ini, apa jua kuasa yang dimiliki takkan mampu menangguhkan detik waktu itu tak mampu juga mempercepatkannya walau sekerdip kelipan mata.

Kematian adalah peringatan.Kematian adalah ruang muhasabah diri yang masih bernyawa.

Kadang-kadang kita semacam lupa dunia ini, kehidupan ini, hanyalah sementara.Kita lupa yang kehidupan sedang kita lalui adalah persinggahan semata-mata.Matlamat jangka panjang kita kadang kala tak menjangkau untuk kehidupan selepas persinggahan ini.

Mereka sudah.Bila pula akan tiba saat kita?

Bersediakah aku sekarang?!

p.s:al fatihah buat sahabatku izaifah bt jailani, ibu sahabatku siti nabilah bt adnan dan suami ustazahku ustzh nik hazifah.

4 komen:

fieqa said...

yeah.aku suker post nie..

betul.betul.betul.

lately ramai y telah pergi, y byk kene mengena ngn kita..

isyh2.
kejap je kan ALLAH tarik nyawa..


moge ini memberi pengajran kat kita y masih hidup nie..

~ dunia adalah jambatan akhirat~

hedayah said...

fieqa:
haah kan.

tak dpt bygkan mcm mna keadaan kita nanti.
huhu.

moga hidup mati kita ini dalam keimanan pada Allah n rasul.
moga mati kita nanti sentiasa dlm jihad demi Islam.

amin.

Anonymous said...

syukran dayah..
mereka sudah selesai.
kite xtau lg nnt camne..
sme2 kite jalani khidupan dgn baek.

-bella-

megaa said...

betul.
hanya doa2 y mampu kite hulurkan sbgai tanda ingtn.

insyAllah.
berusha utk hidup sebagai hamba sesempurna mungkin.

ps:do ur best in exam k!;)