26.11.09

Eiduladha 1430

*seminggu sebelum

"sumti?(awak puasa?)"tanya farah.

"ma sumtu alyoum.ley?(hari ni tak.kenapa?)"aku jawab sambil senyum-senyum.

"bukrah syahr zulhijj.nm.mush bukrah.ba3da bukrah.yaomul arbi3a'(esok dah masuk bulan zulhijjah.eh.bukan esok.lusa.hari rabu)"farah menjawab.

"anjad!(yeke)"aku.

"sanah madi sumtu tis2ah ayyam.awwal zulhijj ila youm tasiah(tahun lepas aku puasa 9 hari.hari pertama hingga hari ke 9.)"farah menerangkan.

"oh.enti mabsuthah!(bagusnya awak)"aku puji sikit kasi die up sikit.hehe.

"sumti?(awak puasa?)"farah tanya sekali lagi.

"insyAllah"aku balas dgn azam dalam hati, dia senyum dan aku kembali meneruskan pembacaan.

Farah ni anak jiran sebelah rumah kami.Ada la beberapa kali datang rumah tumpang internet buat kerja sekolah dia.Mula-mula ingat dia baya-baya kami, rupa-rupanya baru 15 tahun.oh.

*10 zulhijjah 1430

Sayup-sayup kedengaran takbir bergema memenuhi alam.

Pagi tu bangun awal dari hari-hari biasa.Gosok baju semua dan buat apa-apa yang patut dan aku calling2 sapa-sapa yang nak pergi masjid sama tapi takde sapa yang angkat.Ada sedikit kecewa di situ.hehe.Takpelah aku dah rancang nak pergi masjid Fayha' yang dekat je dgn rumah.So aku buat buat keputusan pergi sendiri je.

Keluar je rumah, oh sejuknya, kabus2 air keluar dari hidung, mulut apatah lagi.

Jalan seorang diri di negara asing menimbulkan rasa syahdu dalam hati.Di hari raya pulak tu, ironi.Mata pun berkaca-kaca.Ni yang aku suka tentang jalan sendiri-sendiri.Ada masa untuk reflect diri.

Aku tengok jam.Oh, dah lambat.Masjid dah berhenti bertakbir dan imam sedang menerangkan kaifiat solat sunat eiduladha.Aku baru separuh perjalanan ke masjid.

"ya Allah,sempatkanlah aku.Sempatkanlah aku."doa dalam hati sambil berlari-lari anak dan berbaju kurung.

Dan ada lagi orang-orang lain turut menyertai aku sebenarnya.hehe.

Alhamdulillah dapat solat di masjid dan tak masbuk.Aku sempat.Alhamdulillah syukur.Masjid memang sangat penuh, dewan muslimat padat.Aku solat pun dah berhampiran tangga.Ada yang solat atas tangga dan sampai luar masjid pun ada.

Usai solat aku tinjau2 dewan muslimat tengok2 kot ada budak melayu.Oh.takda.Aku masuk dalam-dalam sikit pastu duduk dikelilingi makcik2 arab untuk dengar khutbah.Susah nak taip macam mana perasaan aku masa tu.

Keluar dari masjid terserempak dengan kawan2 dan senior2.Bersalaman dan saling bermaafan.Balik ke rumah dan seterusnya makan(makan yang aku dan housemate masak malam raya).Eiduladha ni sunnahnya makan lepas solat sunat vice versa dgn eidulfitr.
Rendang ayam, kuah kacang dan ketupat nasi sudah cukup menimbulkan suasana pagi raya kami.

Seterusnya pergi beraya rumah kawan2.

Petang raya dan esoknya kami ada aktiviti memotong melapah dan memotong daging binatang korban.Korban yang dilakukan oleh pelajar Malaysia dan kemudian diagih-agihkan ke semua komuniti Melayu di sini.Dan hari ini hari ke-3 ada sambutan eiduladha oleh persatuan pelajar Malaysia.

Begitulah kisah raya kali ini.

Walaupun eidulladha tak semeriah eidulfitr tapi ada makna yang lebih agung disebaliknya.Syukur kepada Allah eiduladha masih terpelihara kesuciannya.Baca sini.

Photobucket

Marilah sama-sama kita variasikan erti sebuah pengorbanan.

ps:khas ntok ko piqa.kalu tak mesti dah x semangat nak taip entri ni:P

6 komen:

fieqa said...

dayah!!..

wah.aku suker giler dayah post ko yg nie!!
serious suka..

especialy part first2 tu..
y bahasa2 arab tu..

terbelit2 lidah aku nk sebut..hohoo..
best la pulak..

isyh3...
lme dah x blaja bhsa arab..
untung nye korang..
xpe2..
semua adlah y terbaek!!


hihi..
aku terharu..^_^

hehe..=)

cite byk2 lagi la dayah eh!!!!

hihihihikk..=DD

shiedahkamil said...

jd karton aku..haha

nurhdyh said...

fieqa:
takdir y Allah dah tentukan dlm hidup kita semua pastinya y paling cantik.

terpulg pd kite mcm mna nak mengindahkanye lg.kan?

insyaAllah:)

salu ak ade je cite.tp bile tgguh2.jd lupe.heheh:P

shiedah:

hehe.comey kan.

fieqa said...

wah, best ayat ko..
thanks ingatkan..:)

hehe..nt ko ade lagi cite, share lagi yer!
especially, cerita sal orang2 arab n bnde2 y related ngn dia la..xpon life as medical student..
best jgak nk thu..
ak ade usha2 blog kwn2 ko y kt just gaks..best gak bce blog dak medic ni..hehe..=D
..

arfie said...

suka gambar tu.. lagi2 bl saya ada di dalamnya.. (gurau je)

megaa said...

fieqa:

insyAllah.

best ke life as a medical student?!
maybe...

hihih.

arfie:

sy suka jugak.

tp org y dok blakg2 muka tak berapa jelas lorh...

x dapet den nk nolong.