Assalamualaikum wbt.
sabda Rasulullah s.a.w"ummatku yang paling mengetahui tentang halal dan haram adalah muadz bin jabal"hadis riwayat tirmizi dan ibnu majah
Muadz seorang pemuda kacak, anak matanya hitam pekat dan rambutnya ikal.Kebijaksanaan Muadz terserlah berbanding pemuda-pemuda sebayanya.Seorang pendiam yang bila bertutur umpama keluar daripadanya cahaya dan butir-butir mutiara.Senyumnya pula ibarat sinar matahari.Begitulah serba sedikit tentang Muadz.
Muadz memeluk Islam tika berusia 18 tahun melalui Mus'ab bin Umair, merupakan golongan assaabiqeen(antara orang-orang terawal memeluk Islam ketika Islam datang)Terlibat dalam semua peperangan bersama-sama Rasulullah.Beliau telah diutus ke Yaman untuk menjadi tenaga pengajar oleh Rasulullah s.a.w.
Menyertai pembukaan kota-kota syam(Jordan, Lubnan, Syria, Palestin)ketika di bawah pemerintahan al farouq Umar bin Alkhattab.Umar pernah berkata"andai tiada muaz maka tiada apa-apalah umar"(sy tak pasti ayat sebenarnya tapi lebih kurang macam ni la maksudnya.menunjukkan betapa muaz berperanan besar ketika pemerintahan umar al khattab)
Salah seorang penghafaz dan pengumpul alquran.
sabda Rasulullah s.a.w"ambillah alquran daripada empat ibnu mas'ud, ubai, muadz bin jabal dan saalim maula abi huzaifah"
Dhorih salah seorang sahabat nabi ini telah saya ziarahi tak lama dulu.Bersebelahan dengan dhorihnya adalah dhorih Abdul Rahman bin Muadz bin Jabal.Anak lelaki Muadz yang turut syahid dalam wabak thoun Amwas ketika berusia 13 tahun.Muadz syahid ketika berusia 33 tahun ada juga yang meriwayat 38 tahun dalam wabak thoun(plague)Amwas tersebut.
Oh.Bertuahnya dia muadz bin jabal.Menjadi kesayangan Rasulullah s.a.w.
ps:dhorih maksudnya qubur yang ada jasad di dalamnya.kalau istilah maqam pula tak semestinya ada jasad di dalamnya mungkin tempat persinggahan dan macam-macam lagi.
ps2:marilah kita contohi pemuda bernama Muadz bin Jabal kerana walaupun umurnya tidak panjang tetapi sumbangannya terhadap Islam terlalu besar.Apa sumbangan yang telah kita beri sepanjang hampir 20 tahun dipinjamkan nyawa oleh Allah?
ps3:exam tak lama dah.jom belajar bersungguh-sungguh seperti mana bersungguh-sungguh Muadz bin Jabal mendampingi Rasulullah sehingga dapat memahami alquran dan syariat2 Islam dengan mantap.
1.12.09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 komen:
i like diz
skin:
byk lg info kan(leh google).tp x dpt nak taip semua.pnjg sgt nnti.pening nk bca(merujuk diri sendiri)
huhu.. lama tak jenguk sini. sihat ke adek kak iz yg sorg ni?
btw, nice post.
k.izz
tula k.izz nape x jguk.
:)
hamdalah.sehat.
Post a Comment