Showing posts with label Jordan. Show all posts
Showing posts with label Jordan. Show all posts

18.3.10

Macam-macamlah

Assalamualaikum wbt.

Apabila sedar hak kita cuba-cuba dinafikan oleh sesetengah pihak, apakah yang akan kita dilakukan?

Tengoklah hak apa itu/itu apa?(yang mana satu betul?)Contohnya hak milik tanah ke?Hak penjagaan anak ke?Hak/bahagian makanan di dewan makan asrama ke?

Hum...pada pendapat penulis(cewah.tetiba tukar ganti nama.profesional sikit bunyinya)berkaitan hal-hal yang disebutkan di atas sudah pasti ramai yang berusaha mempertahankannya bukan?

Tapi bagaimana pula dengan hak mengundi?

*suasana sepi.lalu cengkerik pun berbunyi.

Penulis sebenarnya bukanlah mahu menceritakan apa yang berlaku di tapak mengundi di Jamiah yang berlangsung pada hari ini.Kisah tolak menolak tu kita tolak tepi(penulis lemas)

Sesungguhnya setiap undi kita adalah amat berharga bagi menentukan masa depan sesebuah persatuan atau negara dan sebagainya.Lebih-lebih lagi sahabat-sahabat serta penulis sendiri yang bakal memasuki umur boleh mengundi tahun hadapan oleh itu marilah kita sama-sama mendaftarkan diri ya.

Eh.Apa point penulis sebenarnya?

Oh.Kesimpulannya profesionallah dalam setiap perbuatan terutamanya ketika hari mengundi.Ish.Adakah mengadakan roadblock yang dahsyat dan pelik di depan pintu bilik undi sehingga para pengundi perlu bergaya seperti sedang bermain rugbi untuk masuk salah satu contoh profesionalisma?Kata first class minded people~(penulis yang kata ni)Ish sekali lagi.

Ah tensi, konspirasi, kontroversi semua ada.

Mari menenangkan diri dengan melihat gambar ini:

comel sgt.tak sanggup nak makan:)

p/s:ya Allah lindungilah kami dari kejahatan dunia.

26.11.09

Eiduladha 1430

*seminggu sebelum

"sumti?(awak puasa?)"tanya farah.

"ma sumtu alyoum.ley?(hari ni tak.kenapa?)"aku jawab sambil senyum-senyum.

"bukrah syahr zulhijj.nm.mush bukrah.ba3da bukrah.yaomul arbi3a'(esok dah masuk bulan zulhijjah.eh.bukan esok.lusa.hari rabu)"farah menjawab.

"anjad!(yeke)"aku.

"sanah madi sumtu tis2ah ayyam.awwal zulhijj ila youm tasiah(tahun lepas aku puasa 9 hari.hari pertama hingga hari ke 9.)"farah menerangkan.

"oh.enti mabsuthah!(bagusnya awak)"aku puji sikit kasi die up sikit.hehe.

"sumti?(awak puasa?)"farah tanya sekali lagi.

"insyAllah"aku balas dgn azam dalam hati, dia senyum dan aku kembali meneruskan pembacaan.

Farah ni anak jiran sebelah rumah kami.Ada la beberapa kali datang rumah tumpang internet buat kerja sekolah dia.Mula-mula ingat dia baya-baya kami, rupa-rupanya baru 15 tahun.oh.

*10 zulhijjah 1430

Sayup-sayup kedengaran takbir bergema memenuhi alam.

Pagi tu bangun awal dari hari-hari biasa.Gosok baju semua dan buat apa-apa yang patut dan aku calling2 sapa-sapa yang nak pergi masjid sama tapi takde sapa yang angkat.Ada sedikit kecewa di situ.hehe.Takpelah aku dah rancang nak pergi masjid Fayha' yang dekat je dgn rumah.So aku buat buat keputusan pergi sendiri je.

Keluar je rumah, oh sejuknya, kabus2 air keluar dari hidung, mulut apatah lagi.

Jalan seorang diri di negara asing menimbulkan rasa syahdu dalam hati.Di hari raya pulak tu, ironi.Mata pun berkaca-kaca.Ni yang aku suka tentang jalan sendiri-sendiri.Ada masa untuk reflect diri.

Aku tengok jam.Oh, dah lambat.Masjid dah berhenti bertakbir dan imam sedang menerangkan kaifiat solat sunat eiduladha.Aku baru separuh perjalanan ke masjid.

"ya Allah,sempatkanlah aku.Sempatkanlah aku."doa dalam hati sambil berlari-lari anak dan berbaju kurung.

Dan ada lagi orang-orang lain turut menyertai aku sebenarnya.hehe.

Alhamdulillah dapat solat di masjid dan tak masbuk.Aku sempat.Alhamdulillah syukur.Masjid memang sangat penuh, dewan muslimat padat.Aku solat pun dah berhampiran tangga.Ada yang solat atas tangga dan sampai luar masjid pun ada.

Usai solat aku tinjau2 dewan muslimat tengok2 kot ada budak melayu.Oh.takda.Aku masuk dalam-dalam sikit pastu duduk dikelilingi makcik2 arab untuk dengar khutbah.Susah nak taip macam mana perasaan aku masa tu.

Keluar dari masjid terserempak dengan kawan2 dan senior2.Bersalaman dan saling bermaafan.Balik ke rumah dan seterusnya makan(makan yang aku dan housemate masak malam raya).Eiduladha ni sunnahnya makan lepas solat sunat vice versa dgn eidulfitr.
Rendang ayam, kuah kacang dan ketupat nasi sudah cukup menimbulkan suasana pagi raya kami.

Seterusnya pergi beraya rumah kawan2.

Petang raya dan esoknya kami ada aktiviti memotong melapah dan memotong daging binatang korban.Korban yang dilakukan oleh pelajar Malaysia dan kemudian diagih-agihkan ke semua komuniti Melayu di sini.Dan hari ini hari ke-3 ada sambutan eiduladha oleh persatuan pelajar Malaysia.

Begitulah kisah raya kali ini.

Walaupun eidulladha tak semeriah eidulfitr tapi ada makna yang lebih agung disebaliknya.Syukur kepada Allah eiduladha masih terpelihara kesuciannya.Baca sini.

Photobucket

Marilah sama-sama kita variasikan erti sebuah pengorbanan.

ps:khas ntok ko piqa.kalu tak mesti dah x semangat nak taip entri ni:P