29.4.09

Dekat Walau Jauh

Dekat Walau Jauh

Bila dalam hati ada tuhan.

Sekecil benda yang kau lihat,
kau nampak tuhan.
Sesayup bunyi yang kau dengar,
kau dengar tuhan.
Sehalus perisa yang kau rasa,
kau rasa tuhan.

Bila dalam hati ada tuhan,
subhanAllah unik ciptaanNya.
MasyaAllah agung kuasaNya.

Bila dalam hati ada tuhan.
Setiap detikmu hanya dengan tuhan.

Dia suruh berfikir.
Supaya kau dekat walau kau jauh.

nurhdyh
10.40 a.m 29/04/09
J.U.S.T Irbid, Jordan.

nota 1:kelas embryology pg td buat saya berfikir.Allah, kompleksnya penciptaan manusia.

nota 2:we learn about gastrulation and neurulation in the 3rd week of human development.

nota 3:moga semakin kita kenal diri, semakin kita kenal penciptanya.insyaAllah.

26.4.09

Bercakap tentang ummah (2)

Assalamualaikum wbt.

Tak tahu nak mula dari mana.Okaylah.Emm..merujuk entri lepas rasanya kita dah tahu apa masalah ummah dan kita juga dah tahu cara untuk menyelamatkan ummah.Tidak lain dan tidak bukan iaitu hanyalah dengan islam.Islam yang keseluruhannya.Sempurna.


'so?!(jegil mata dan kening terangkat sikit)ish...mana lah i tahu nak da'wah2 orang ni.siapalah i ni kan.orang biasa2 je.lainlah u orang kuat agama' kata orang biasa2 saja.



'huish...saya tak layak.saya sendiri pon tak bagus mana.nanti orang cakap saya bajet bagus saja' kata orang kuat agama.



'aku tak suka la sibuk-sibuk urusan orang.biarlah dia nak buat apa pun.suka hati mak bapak dia la.aku peduli apa' kata orang tiada peduli dalam kamusnya.



Susah la kalau macam ni.Semua tak nak ambil tahu.Apa nasib ummah kita akhir nanti.Takkan nak biarkan saja sejarah terhadap umat nabi-nabi terdahulu berulang.Tapi awas!Semua akan terima padahnya bukan yang buat maksiat sahaja.Semua!Tak kira dia orang biasa-biasa saja, kuat agama atau orang tiada peduli.


Ya Allah, betapa beruntungnya kita umat nabi Muhammad s.a.w.Balasan terhadap tingkah kita sama ada baik atau buruk ditangguhkan hingga hari akhirat.Cuba bayangkan, apa yang patut jadi pada ummah kita yang homoseksual, lesbian, sumbang mahram, seks luar tabii,' hina al-quran, berbunuh-bunuhan sedangkan kaum nabi luth 3laihissalam yang homoseksual itu dihukum dengan gempa dan diterbalikkan bumi tempat tinggal mereka hingga menjadi tempat paling rendah di dunia iaitu Laut Mati.Astargfirullah al 3zhim.


Hurm...apa yang saya nak buat ni?tolonggg...


Perkara paling penting sekali yang perlu kita buat adalah didik diri, bina aqidah yang betul-betul mantap.Untuk ke arah perubahan tak boleh secara mendadak ubah sikit-sikit.Contoh, sebelum ni kita solat sekali je sehari, seminggu seterusnya cubalah solat 2 kali pula sehari dan seterusnya hinggalah sempurna(contoh ini mungkin agak tidak sesuai.kamu fikirlah sendiri ya contoh yang kamu suka.point di sini hanyalah beransur-ansur ke arah perubahan).


Sesuatu itu bila kita ulang sampai 40 kali insyaAllah akan jadi habit dan bila kita tinggalkannya akan ada rasa kosong di jiwa(tanda2 kesan peralihan).(^_^)


Dalam mendidik jiwa ni kita perlukan bantuan orang-orang di sekeliling.Carilah kawan-kawan yang kita rasa mampu tolong.Kalau tiada cuba flashback balik mana-mana guru kita di bangku sekolah dulu yang boleh bimbing kita dan ramai lagi.Tapi perlu hati-hati sekarang banyak orang yang cuba salah guna, menjadikan agama sebagai alat untuk kepentingan diri.Ini hanyalah alternatif kalau latar belakang keluarga tidak membantu.


Tapi macam mana?ish...tapi boleh ke aku ni nak berubah?alaa...tapi i tak macam u budak sekolah agama.huhu.bla...bla...bla...dan macam-macam lagi jenis tapi.


Jawapannya.Kalau kita betul-betul nak insyAllah Allah permudahkan jalannya.Tapi kalau acuh tak acuh, tinggal harapan sajalah.Kita sebenarnya bukan nak sangat pun sekadar nak menghilangkan rasa berdosa.Insaflah.

bersambung~

nota 1:saya sedang cuba.ini peringatan untuk diri sendiri.kalau ada yang bermanfaat alhamdulillah.

nota 2:bunyi entri ni jadi semacam aje.saya tak pandai menulis.kalau ada silap harap betulkan.

23.4.09

Bercakap tentang ummah

Assalamualaikum wbt.
Tak perlu kita pandang jauh-jauh.Lihat saja pada realiti masyarakat di Malaysia tercinta hari ini.Kalau kita dengar berita dan ada usaha untuk ambil tahu tentang masyarakat kadang-kadang boleh bingung jadinya memikirkan.Ya Allah, apa dah jadi ni?Kenapa begini?Apa kejadahnya?


Ummah sedang tenat!


Sedarlah semua ummah kita sedang tenat!Penyakit wahan sedang melanda dengan agresif.Habis dimamah lahap organ-organ vital ummah.Penyakit wahan adalah cinta dunia sampai jadi hamba dan takut mati hingga jadi hamba dunia seolah akan hidup 1000 tahun.Tiada usaha sedia bekalan akhirat.


Cuba kita fikir di mana logiknya tingkah ummah sekarang.Contoh paling jijik seorang ayah merogol rakus anaknya, dijadikan hamba nafsu serakah(mungkin ini pun dah jadi biasa, astargfirullah)Anak menderhaka ibu bapa.Rasuah menyelimuti lapisan masyarakat.Kerosakan atas muka bumi.Remaja hidup bertuhankan nafsu.Tak usah diulas panjang, semua orang tahu hal ini agaknya.Itupun kalau hidup ada peduli.Selalunya kita hari ini hidup cuma untuk diri semata, tiada peduli dalam kamus.Belajar, berjaya, kerja, dapat duit, beli rumah besar kereta besar, kahwin, dapat anak, tua, pencen dan akhirnya hidup tenang bahagia selama-lamanya.


Oh!Terlalu stereotaip.


Hey, hey, bangunlah kawan.Takkanlah mahu jadi stereotaip sama.Ummah sedang perlu rawatan.Jangan ditambah penyakit.Jauh beza sungguh kalau dibanding hidup kita dengan Rasulullah yang hidup baginda hanya untuk ummah.Kita ada?.


'Sungguh, telah ada pada(diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(iaitu)bagi orang yang mengharap(rahmat) Allah dan (kedatangan)hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah(dlm masa susah dan senang)'~al-ahzab 21.



Antibody ummah terlalu lemah, teras dalaman utama dah goyah sebab tu jadi begini.Antibody itu aqidah.Bila aqidah mudah goncang, jadilah muslim hanya pada nama, kerana lahir dalam keluarga Islam dan bla..bla..bla.Sudahlah aqidah sedia macam tiang reput dimakan anai puluhan tahun ditambah pula dengan serangan godaan syaitan, idealogy menyesat, dan strategi yahudi.Ranap.


Sekarang bukan masa untuk cari siapa salah.Ibu bapa?Guru?Kawan?Artis?Pemimpin?.Argh, usah menunding jari!Lihat pada diri.Sekurang-kurangnya kita sedar akan hal yang berlaku ini.Cara nak selamatkan ummah ini hanya dengan islam.Hanya dengan islam.Islam itu mestilah yang syumul maksudnya sempurna.Bukan sebahagian islam dan sebahagian lagi kafir.Contoh bab kahwin dan harta ambil cara islam, bab pemakaian serta ahklak macam haram.Yang senang dan ada kelebihan saja mahu diangkat.


'wahai orang-orang yang beriman!Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu'~al-baqarah 208.



bersambung~

nota 1:saya sedang cuba.

19.4.09

Lapan Belas April

Lapan Belas April

Senja ini syahdu.
Dalam lidah membunyi huruf berbaris,
didatangi aku semacam rasa.
Jauh dari sudut paling dalam.
Sukar aku lokasikan.
Sukar aku coretkan.

Dalam syahdu,
menitis ia atas helaian.
Sejurus kututup naskhah itu.
Membiar ia terus berlari,
di kulit pipi.

Apa tingkah aku selama ini?
Apa usaha aku setakat ini?
Perintah dan larangNya,
ada aku turut sepenuh?
Gundah jiwa memikir.

Di senja syahdu ini,
genap 19 tahun diberi ruang nafas.
19 tahun dikurnia nikmat,
tiada tertanding.

Terbau aku sesal.
Jarang hati mempamer syukur.

*diam*


Aku masih ada masa mungkin.
Tak guna menyesal cuma.
Tekad senja ini,
usaha mengapai sempurnanya hamba.

Allah.
Aku damba semata redhaMu.
Tuntun aku jadi manusia yang Kau mahu.
Aku rayu.
Kembalikan aku dalam sebenar iman.

nurhdyh
8.46 p.m 17/04/09
Irbid, Jordan

18.4.09

Hari Gembira

Assalamualaikum wbt.

Malam tu, saya dah tidur. Tiba-tiba bella datang bilik dengan gaya ala-ala penjual barang kosmetik, tutup lampu, kejut saya dan tutup mata saya.Saya adalah blurr mamai masa tu.Dia pun bawa saya pusing-pusing kat tangga dan sekitar sakan.Perkara sama berlaku pada ijan cuma bezanya tika itu ijan sedang membuat popia untuk program esok hari bukannya tidur macam saya.haha.

Lepas tu kami ditolak dengan ganas masuk satu bilik yang menyeramkan.Jeng.Jeng, Jeng(macam ni ke nak tulis bunyi, cam buruk je)

Penutup mata dibuka....

'suprise!!!'mereka.

'arrr!!'saya sambil menutup muka.
Saya dan ijan disembur sejenis bahan kimia yang tak merbahaya.Orang panggil benda tu apa ya?Alaa...yang macam salji dan sesuatu yang panjang-panjang bewarna hijau.hehe.habis rambut dan seluruh badan kami diselaputi benda itu.(@_@)

'happy birthday to you....(sampai habis) sanah helwah ya....(sampai habis)'mereka.

Sambutan hari lahir yang ke-19 ini adalah yang paling bermakna bagi saya.Serius.Terima kasih semua yang sudi bersusah payah mengadakan suprise party malam tadi.Saya hargainya dengan hati.(^_^)

Saya berkongsi tarikh lahir dengan Ijan, kawan saya.Jadi semalam adalah 2 in 1 party.Terima kasih maryam, dayat, ain, ira, arfie, uchu, adeq, anje, dayah, mizah r, mizah f,izzah, nuha, bella, rahmah, gee, dila, achik, anis, yuni, skin, suha, farah, along, k.long dan ramai lagi.Siapa-siapa yang namanya tertinggal boleh tinggalkan pesanan kat kotak komen ye.=P

Pagi 18 April tu dalam perjalanan ke program miniclinic saya dapat panggilan dari mesir.Nad, terima kasih kerana masih ingat hari lahir aku.cewah.Aku tunggu hadiah dari ko.Jawab exam elok-elok.

Tak lupa juga buat semua yang mengirimkan ucapan melalui medium yang pelbagai, di sini saya ingin mengucapkan terima kasih, maaf zahir dan batin.(cam ucapan hari raya je).

nota 1:kek-kek dan makanan malam tu semua home made.sedap okay.jangan tak tahu.kalau ada sesiapa nak buat tempahan boleh hubungi saya.=P

nota 2:you all gave me assurance that i'm right where i belong.

p/s:'malam tu agak emosi.mereka buat hati terasa haru.sayang kamu semua dengan sangat.'~saya~

16.4.09

Istimewa

Assalamualaikum wbt.

Suatu hari dalam perjalanan balik dari jaamiah(universiti)saya berselisih seorang insan yang buat hati saya tersentuh dan buat saya rasa betul-betul bersyukur dengan apa yang saya miliki.Insan itu sempurna rupa parasnya, lengkap anggota kecuali keadaan kedua-dua upper limbsnya(tangan) yang agak not well developed.Diagnosis saya dia mengalami kekurangan itu sejak lahir lagi.(*_*)


Berjalan elok sempurna macam rakan-rakan sebayanya bagaikan tiada apa yang kurang pada dirinya.Kagum.Ya Allah, selama ini aku selalu merungut dengan apa yang aku miliki selalu tak bersyukur dengan apa yang Allah beri.Sedangkan ramai lagi insan-insan lain yang lebih kekurangan.Bersyukurlah wahai manusia, kau terlalu sempurna penciptaanNya.Kekurangan itu hanya secebis dugaan dariNya buat insan-insan istimewa.


Ada satu hari ketika saya dalam bas, saya duduk dibahagian yang agak hadapan.Saya nampak seorang lelaki yang agak kurang sempurna fizikalnya naik.Si konduktor bas seakan berusaha membantunya, tatkala dia menghulurkan syiling untuk membayar tambang.Si konduktor menolak dengan baik.Kiranya dia boleh naik free la.


Tapi si lelaki tu tetap berkeras nak bayar tambang.Sampai macam nak menangis wajahnya.Mungkin dia tak mahu naik bas free kerana belas kasihan orang melihat keadaannya.Ibrahnya pada saya, layanlah mereka sama seperti kita layan orang lain supaya mereka rasa tiada yang kurang.Mereka mahu buktikan yang mereka mampu untuk berdikari sama.Tetapi bukanlah bermaksud tidak membantu jika mereka dalam keadaan memerlukan.~


nota 1:belajar dari kehidupan adalah suatu yang mampu menjadi muhasabah bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran.

nota 2:ibadah sunnah dan lafaz kalimah alhamdulillah adalah antara uslub syukur.

15.4.09

Semakin Faham

Assalamualaikum wbt.

Kenapa dengan tajuk entri ni?.Sebenarnya ia berkaitan dengan kecintaan baru saya yang saya cakap dalam entri lepas.Saya semakin faham perasaan seorang ibu dengan kehadiran cinta baru saya tu.(^_^)


Faham bagaimana resah hati seorang ibu membiarkan anaknya bersendirian.haha.(bajet macam baru dapat anak pulak)=P.Untuk pengetahuan semua cinta baru saya itu adalah 3 ekor ikan comel yang baru juga la saya beli.Ini baru je anak ikan kalau anak sendiri nanti macam mana entah.(*_*).Bangun dari tidur je terus saya menjenguk balang mereka untuk memastikan mereka masih hidup.hua2.Lepas tu terus saya pasangkan air pump untuk pengudaraan dan bagi makan.Balik dari kuliah dan sebelum tidur sekali lagi saya pasangkan air pump mereka.

Pagi tadi terkejut sangat.(@_@)

'Dayah, ikan ko mati!' jerit Suha.

'Huh?!' saya(suara masih belum boleh dikeluarkan dengan jelas).

Masa tu saya masih atas katil.Mengantuk.huhu.Saja Suha kenakan saya.Cuak gila masa tu.Kalau tak mesti saya tidur lagi dan akan lambat ke kuliah.haha.


Seronok tengok the tigers berenang-renang lincah.Lebih-lebih lagi bila balik dari kuliah.Dah lama saya nak beli ikan peliharaan tapi ada saja kekangan masa dan entah apa-apa lagi.Jadi saya pun pelihara jelah ikan kat blog.hehe.Ingat tak kat template lama dulu saya ada letak gadget kolam ikan.wee~


Akhirnya,dapat jugak pelihara ikan sebenar.Sekarang tanggungjawab saya dah bertambah, ada 3 nyawa baru perlu saya jaga.haha.The tigers saya tu kecik-kecik saja.Risau pun ada kadang-kadang.Kawan tolong tengok-tengokkan mereka ya bila saya tiada.nota 1:inilah the tigers.(sori, kualiti gamba henset je)=P

nota 2:kejar belajar.ganbatte!