26.2.09

Aku sayang sama kamu

Assalamualaikum wbt.


Saja nak meluah rasa kali ni.Saya dah jatuh sayang pada blog ni.Saya sayang blog saya.=)Biarlah orang nak kata apa.Buruk ke,template tak menarik ke,entri tak membina ke,newbie ke,nothing ke dan sebagainya.Saya tak kisah sebab sayang saya tanpa sebab,okay.haha.Saya suka awak blog,awak beri saya ruang untuk berkongsi,ruang untuk mengarut,ruang untuk bercerita,ruang untuk jumpa kawan-kawan.=)


Hilang rasa resah bila blog beri ruang untuk saya meluah.Terpatri kenangan indah bila blog beri ruang untuk saya mencoret memori.Lega dirasa bila blog beri ruang untuk saya berkongsi pandangan yang tak seberapa.Walaupun tak sampai 2 bulan lagi pertemuan kita.Suka.Oleh itu,sebagai penghargaan saya nak beri nama pada blog saya ni.haha.(penghargaan ke ni?)Apa ya?Ada idea tak?Boleh la bagi cadangan anda di bahagian comment.Nanti saya pertimbangkan.


Nota kaki 1:terima kasih jadi pendengar setia bebelan saya.dah la saya tak pandai menulis.

Nota kaki 2:mood tengah ceria.okay,nak sambung kerja.daa~

Hari ini kau datang riang

Assalamualaikum wbt.


Hari ini saya keluar dari rumah berseorangan untuk menuju ke jaamia'h.Buat pertama kalinya.hehe.Dari pintu rumah lagi saya sedar yang saya tak punya duit kecil untuk menaiki coaster(sejenis pengangkutan awam seperti van tapi jauh lebih besar ) dan bas.Hanya memerlukan 55 Qirsh.Saya ada 20 dinar saja duit yang paling kecil nilainya dalam purse.20 dinar sekeping=2000 Qirsh.huhu."Orang coaster tu mesti tak ada duit baki kalau awal-awal pagi macam ni"saya bermonolog dalaman.haha.


Dalam berjalan menuju jalan besar(tempat tunggu coaster) saya singgah di sebuah kedai roti.Tak lapar pun sebenarnya.Saya beli satu roti bernilai 25 Qirsh dengan harapan dapat baki duit kecil.hehe.Tak logik sungguh bayar dengan 20 dinar.Maaf la pakcik saya memang ada itu saja.Kecewa,dia suruh saya bayar kemudian.Kira hutang dulu la tapi tak masuk buku 555.Sendiri mau ingat,okay.


Saya pun pergilah menayang muka di tepi jalan dengan sekeping 20 dinar di tangan.Buat muka kasihan sikit supaya pemandu coaster simpati dan berhenti untuk menumpangkan saya.haha.Tak perlu pun sebenarnya.Saya tunggu coaster tapi teksi-teksi pula yang banyak meng'hon' saya.Pelawa naik.Saya pun buat muka blurr dan buat-buat tak nampak tanda tak mahu.=P


Fikir punya fikir setelah coaster yang di nanti tak muncul-muncul saya tahan teksi memandangkan duit besar di tangan ni.Setelah sampai destinasi saya pon tanya'3indak furotoh?'(ada duit kecik?).'Bastanna.'(jap) pakcik teksi tu jawab.Korek punya korek ada rupanya duit kecil.Hoyeah!. Saya pun menyerbu bas dengan rasa lega ada duit kecil.Bayangkan kalau pakcik teksi atau pakcik coaster atau pakcik bas suruh saya hutang juga.Susah la saya nak bayar nanti.Banyak kerja pulak la.huhu .


Awal-awal dulu saya agak terkejut juga bila singgah kat sebuah kedai ni saya tak punya duit kecik(asyik-asyik takde duit kecik je,bukan la kaya mana pon.hehe) pakcik tu suruh saya bayar kemudian.Sedangkan saya tak kenal pun pakcik tu,apatah lagi dia.Sure la dia tak kenal saya.Rumah saya pun bukannya dekat dengan kedai tu.Jauh.Kemungkinan untuk tidak lagi ke kedai tu memang tinggi.=P


Kesimpulannya,bila orang percaya pada kita jangan pula kita cuba menghilangkan kepercayaan tu.Bukan senang nak dapat kepercayaan orang ni tau.Kan?Bila dah berhutang bayar la balik,okay.=)


Nota kaki 1:saya rasa pekedai-pekedai yang begini hanya berserah pada rezeki dari Allah,kalau hutang itu dilangsaikan adalah rezeki untuknya.Kalau tidak dia halalkan saja kot.Sebagai sedekah mungkin.hehe.Teori sendiri.

Nota kaki 2:tajuk takde kaitan dengan cerita.=P.

Nota kaki 3:gembira.parcel dah selamat sampai rumah.alhamdulillah.mak dan ayah suka tengok gambar-gambar yang dipos tu.saya pon suka sebab mak ayah gembira.

Nota kaki 4:ini penting.dah 6 bulan saya menetap di Jordan ni.setengah tahun tu.selamat ulangbulan rakan-rakan seperjuangan.=).

23.2.09

Hijau itu damai


Assalamualaikum wbt.


Saya jatuh hati.Jatuh hati pada kehijauan sepanjang perjalanan ke jaami'ah.Rasa tenang dengan pemandangan seluas mata melihat itu.Waktu saya mula-mula sampai, sepanjang perjalanan hanyalah padang jarak padang tekukur di kiri dan kanan.Tapi ada juga penempatan dan kebun-kebun pohon zaiton yang merimbun di sekitarnya.Masakan tidak kerana saya sampai di sini dulu pada musim panas. Sejak musim sejuk tiba kelihatan rumput-rumput kecil hijau segar mula melata memenuhi permukaan bumi.Hujan yang turun membawa sebuah penghidupan rupanya.=)Sebuah penghidupan yang menyumbang kepada penghidupan yang lain.Namun penghidupan itu pasti akan bertemu pengakhirannya satu masa nanti. Memerhati,merenung dan berfikir mendekatkan jiwa kepada pencipta yang esa.


"Dan di bumi Allah terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah)bagi orang-orang yang yakin, dan(juga)pada dirimu sendiri.Maka apakah tidak kamu memperhatikan?"
~Adz-Dzariyat:20-21


Saya telah ditag oleh Umai dan Nisah sebenarnya tapi tak buat-buat pun lagi.InsyAllah ada kelapangan nanti saya buat.Takde mood lagi nak selesaikan tag.Kenapa ya?Sepatutnya freshie macam saya ni la yang bersemangat.hehe.



Nota kaki 1:sejak kebelakangan ni selalu terimbas detik-detik mula menjejakkan kaki di sini.Segala terasa terlalu asing saat itu.Tapi hari ini terasa ia adalah takdir terindah dariNya buat diri.

Nota kaki 2:Malaysia tetap di hati.Tak sabar sangat nak balik!=)

18.2.09

Kebencian vs kecintaan

Assalamualaikum wbt.


Saya tak merokok dan tak akan merokok.Saya allergy dengan asap rokok.Pening.Loya.Semua ada.Saya sangat tak suka orang merokok.Noktah.huhu.Terutamanya yang merokok tak kena tempat!

Situasi 1:
Di dalam teksi yang dipasang pendingin hawanya kerana hujan.
Tingkap tertutup rapat itu sudah pasti.

Situasi 2:
Di tempat-tempat awam yang berpendingin hawa.Tempat yang tak berpendingin hawa tu usah cerita la.huh.

Situasi 3:
Di dalam bas di jaamia'h (universiti), bas menuju ke jaamia'h, bas pulang dari jaamia'h.Grrr...(tahan kebengangan)

Situasi 4:
Di tangga-tangga dan cafe' jaami'ah.


Banyak kali saya dan kawan saya menaiki teksi kemudian si pemandu merokok.Kawan saya yang sangat tidak tahan lalu membuka tingkap penumpang belakang.Bila si pemandu tu sedar dia pon jeling-jeling kat kami di belakang.

"eh ko pehal?nak cari gadoh ke?ko ingat bau asap rokok ko tu wangi sangat?kami kat belakang ni mati kelemasan karang sape nak tanggung.hish, tak puas hati betul la!"saya merungut dalam hati je.=P(tak pandai nak susun ayat arab sebenarnya,kalau pandai pun macam la berani sangat nak cakap.huh)


Kesimpulannya semua tempat mereka nak merokok.Tak tahu nak cakap apa,memang dah jadi macam salah satu keperluan hidup bagi mereka untuk merokok.Kalau tak merokok mati.Geram.Orang yang tak bersalah macam saya dan ramai lagi sebenarnya menjadi mangsa.Pulang dari jaamia'h habis pakaian berbau asap rokok.Geram lagi.Itu belom kira kesan terhadap kesihatan orang sekeliling.Geram lagi dan lagi.Paling menjengkelkan bila ternampak perempuan yang merokok.Apa nak jadi la...


Lagi satu yang saya tak suka,buang sampah merata-rata.Sampah sebesar-besar alam mereka buang di depan khalayak tanpa ada secebis pun rasa bersalah.Kesian tukang sapu sampah tak pernah usaha mereka dihargai.Malah menambah beban sedia ada.Menjaga kebersihan itu sebahagian dari iman bukan?Jadi apa yang kamu buat?Tolong kutip sampah bertaburan di tepi jalan?.Jangan harap.Tunggu sampai kucing bertanduk pun kau tak akan jumpa.Yang ada hanyalah manusia yang tugasnya membersihkan kawasan sekitar bandar.


Peristiwa di satu pagi:

'Saya sedang duduk di dalam bas menunggu bas penuh.Melihat keluar dari dalam bas melalui tingkap lalu terlihat akan seorang pemuda kacak dan rakan-rakan sedang makan makanan ringan sambil berborak rancak(dan merokok semestinya), setelah habis dengan selamba badaknya dia melepaskan plastik makanan itu ke bumi.Di depannya sedang terbongkok-bongkok seorang pakcik tukang sapu sampah mengutip sampah berhampiran dengan mereka.Dikutipnya plastik makanan tadi dengan rasa apa di hati saya tak tahu.Tapi yang saya tahu ketika itu saya sangat merah menahan kebengangan.huh.Tong sampah pakcik tu depan mata mereka saja.'


Nota kaki 1:didiklah anak-anak anda dari kecil supaya menjaga kebersihan ya.

Nota kaki 2:Jamana(lu'lu'ah kabirah/big pearl)my new friend.Jordanian.She's very beautiful.Amani.Palestinian.Also my new friend.
Aisha.Somalian.My new friend too.=)

Nota kaki 3:ketinggalan zaman ke kalau tak suka tengok orang permpuan merokok?

16.2.09

Penangan buku

atlas of anatomy and anatomy textbook of mine.=)
Assalamualikum wbt.


Gembira.Saya dah punya buku anatomi sendiri tapi lengan saya sakit semuanya kerana 2 buah buku tu.huhu.Berat sungguh.Lepas habis kuliah di jaamia'h(universiti)terus saya menuju ke kedai buku.Saya belek-belek sikit lepas tu terus bayar sebab semalam dah tengok.Saya teman kawan saya membeli buku-buku tu.Sengaja tak mahu beli sekali sebab semalam saya membeli beras 5kg.Bayangkan kalu saya bawa buku-buku tu dengan beras 5 kg.Mesti orang-orang di sekeliling akan simpati melihat saya.=P


Masa berjalan pulang dari kedai buku tadi angin sangat kuat.Dahsyat betul kain(skirt) ditiup angin menyebabkan saya berjalan tersekat-sekat.Hakikatnya skirt tu memang pun menyekat kaki untuk melangkah panjang walaupun tanpa angin kuat.huh.Habis tudung berterbangan menghalang pandangan sudah la dengan mengendong 2 buah buku tu lagi.Di tambah pula pasir-pasir yang berterbangan ditiup angin,pedih mata menahan angin dan pasir.Nasib baik ada cik bulu mata membantu.hehe.Rasa lega dah sampi rumah.Badan terasa penat melawan rintangan angin lebih-lebih lagi jalan menuju ke rumah saya agak berbukit sedikit.


Nota kaki 1:masa untuk berehat.



15.2.09

Beri aku petunjukMu

Assalamualaikum wbt.


Dalam hidup di dunia ni Allah uji kita dengan macam-macam cara.Kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang kita sedang diuji sebenarnya.Ada juga yang buat-buat tak sedar.Kemungkaran ditopengkan atas dasar agama.huh.'Trend Menghilangkan Rasa Berdosa'artikel di saifulislam.com ada bicara akan isu ini.


Kita rasa besar sungguh ujian Allah pada kita bila jasad kesakitan sedangkan ujian Allah lebih besar masa jasad itu sihat. Apa yang kau buat dengan badan masa kau sihat?lewatkan solat?tinggal baca al-quran?buat perkara lagha(melalaikan)?Kalau kau sakit Allah beri ruhsah(keringanan).Betul kan?


Kita rasa Allah tak adil bila menduga kita dengan kehilangan orang tersayang sedangkan ujian itu lebih besar ketika jasad orang kesayangan kita masih bernyawa.Apa yang kau buat masa dia masih hidup?berbuat baik?sakitkan hati dia?kutuk dia belakang-belakang?.Bila dia dah tiada hanya doa diharapkannya.Itupun ikut belas kasihan kau.Kalau kau ingat kau doa kalau tak tiadalah.Betul kan?


Kita rasa besar sungguh ujian Allah untuk melawan nafsu dari melakukan kemungkaran.Tanpa kita sedar ujian melihat kemungkaran di depan mata lagi besar sebenarnya.Kalau kau buat mungkar itu hal kau dan tuhan.Tapi kalau kau nampak itu hal kau,dia dan Dia.Allah akan soal kau di akhirat nanti.Ada kau usaha cegah?ada kau cuba tegur?ada kau beri nasihat?Kalau itu antara kau dan tuhan sesungguhnya pintu taubat sangat luas.Berdoalah, pintalah ampun jangan pernah kau jemu kerana Allah tidak akan jemu mendengar rayuan hambanya sehinggalah kau sendiri yang sudah jemu.


Nota kaki 1:kenapa perlu aku tahu itu.sirr yang tak sepatutnya diketahui yang kini menjadi beban dibenak.Allah sedang bicara sama aku supaya ubah mungkin.tapi aku tak tahu macam mana!

Nota kaki 1:semoga itu hanyalah sebuah ilusi.takut dipersoal usahaku.saya sayang kawan-kawan lebih-lebih lg kamu di situ.bantu aku tuhan sedarkanlah dirinya.

14.2.09

Tersingkap sebuah sirr

Assalamualaikum wbt.


Rasa geli hati sungguh hari ni.Perasaan bercampur baur jugak la sebenarnya.Dia tunggu saya.Biar betul,tak pernah saya tahu pun.Tak bagi apa-apa hint macam mana saya nak tahu.Hish, pelik sungguh.Lepas tu cakap saya tak tunggu dia,dia je yang tunggu saya.Dia cakap lagi dah tunggu saya lama sangat.Lain kali bagi tahu la awal-awal senang nak bicara. Saya tak kisah cuma kesian dia tunggu saya sorang-sorang tanpa saya tahu dia sedang menunggu.


Kalau ini betul-betul benar.Saya cuma ingin ucap satu.Saya minta maaf buat kamu tunggu.Dan saya akan cakap jangan tunggu kalau nak cepat.Sebab saya memang tak boleh masa sekarang.Saya tak bersalah sebab saya tak tahu.Tapi dalam hati tetap ada rasa tu.huhu.Moga kamu jumpa yang sebaiknya.


Okay,yang lepas biarkan berlalu bawa konklusinya saja ke depan.Jangan biarkan dirimu diselubungi misteri.haha.Our deepest regrets are words unsaid and things undone. So, say whatever you thought wisely and do whatever good things you want to do. Without any doubt.okay?.


Nota kaki 1:yakinlah hati masa yang kamu ada mmg cukup untuk jalankan semua tanggungjawab.kenapa nak ragu-ragu lagi.syuh2...syaitan berambus kau.saja nak bolak-balikkan hati manusia!huh.

Nota kaki 2:tiada kontroversi di sini.ya Allah jauhkanlah aku dari tindakan 'trend menghilangkan rasa berdosa'.taknak.