14.11.10

Ertinya Faham

aku bimbang kawan aku bimbang,
yang sebenarnya
kita ini tak pernah faham.
tak pernah faham sebenarnya.

sebagaimana faham Ibrahim dan Ismail
pada ertinya.
taat mereka merela hati,
mengorbankan dan dikorban.

sebagaimana faham saudara kita
menjual harta nyawa segala
buat menjamin Al-Quds seada daya.

masakan bisa kita,
bertahun hidup
bermewahan bermanja-manjaan.

makna yang terlalu luas
tak terjangkaukan.
ianya pilihan.
cuba memahami
atau terus tak pedulikan.

dan bermewahan bermanja-manjaanlah kita
buat selamanya.



nurhdyh
14/11/2010

26.7.10

Tabah dan Sabar Tak Semudah Mengucapnya

Assalamualaikum wbt.

Pagi khabaran itu, aku tak berani untuk ucapkan 'bersabarlah' mahupun 'bertabahlah' padamu.Sesungguhnya belum lagi aku melalui semua itu.Aku tak tahu bagaimana malah bimbang andai ada kata-kata yang bisa menggurismu.Mungkin kerana itu smsku hanya sampai pada lewat malam itu.

Yang mampu hanyalah meminta pada Allah supaya tabah dan sabar sentiasa disampingmu, bersama kiriman-kiriman alfatiha buatnya.

i'm so sorry my bestfriend for your loss.may he rest in peace.



p/s:cepatlah, aku mahu pulang ke tanah air untuk bertemu mereka yang aku rindu-rindu.

5.7.10

Back to Normal

Assalamualaikum wbt :)

Today's my 1st day of summer semester.I'm feeling a bit awkward(this sounds'kacang lupakan kulit')Padahal baru 2 minggu lebih je tinggalkan Irbid.

No more unexpected and out of control situations.

No more not very well planned, adventurous journey.

No more very civilised peoples.

No more 'onar' can be doned:P

No more over-walking or running.

No more cheerful 'oh-la' greetings.

No more 'regu' or 'bahasa isyarat':P

No more bla bla bla...

It's the best journey ever.I'm looking for something like this next time.



p/s:masih tak sempat nak upload gambar and cerita serba sedikit.next entry insyAllah.

15.6.10

Episod akan datang...

Assalamualaikum wbt.


Wah, wah.Lama betul tak update, lama betul blog ni terabai.ceh(padahal tiap-tiap hari kau buka blog kan)

Alhamdulillah, segala exams telah pun berlalu.Markah pun dah memunculkan dirinya.Maka waktu-waktu sekarang adalah masa untuk bersyukur ya.Juga masa untuk refresh kembali diri, semangat dan segala-galanyalah sebelum mulanya summer semester lagi dua minggu.

Oleh itu, aku yang bakal membawa diri ke negara asing(eceh~)mengharapkan aku akan terus menulis di sini sekembalinya nanti dari kelana.Sebenarnya banyak yang nak diabadikan di sini, tapi...entahlah tak tahu apa kena sama aku.Segalanya tak terluah.Writer's block atau mental block, aku pun tak pasti.

Tak apalah.Apa yang dah berlalu(yang tidak elok)kita tinggalkan dan mulai episod baru.

Salam sayang.

p/s:

4.6.10

Mencair

mata mencair tanpa pasti.
dan aku terus-terusan
tercungap mencari.

lemas.
tolonglah berlalu pergi,
rasa ini.

minta jangan pernah singgah lagi.

25.5.10

Mujahadah?

pergi meninggalkan persekitaran yang dirasa tidak membantu dalam perubahan diri demi membina biah yang lebih solehah atau kekal didalamnya dan berusaha ke arah perubahan dan penambahbaikan.

ya biah solehah itu penting.tapi tak selalunya kita akan punya pilihan di kehidupan akan datang.

kekal didalamnya dan berusaha ke arah perubahan.kita mungkin jadi lebih kuat atau sebaliknya.ianya pilihan.

24.5.10

Hidup

hidup akan mula kurang makna bila berada dalam satu-satu rutin terlalu lama.it's the time to escape.even for a while.

hidup terlalu mahal untuk dibazirkan.

22.5.10

...

kirimkan aku kekuatan.
untuk minit-minit terakhir ini.

dan hanya pada Tuhan,
aku kembalikan.

8.5.10

Antara Lafaz dan Diam

Assalamualaikum wbt.

Msg dr si anak:
"selamat hari ibu, mak.hehe.terima kasih jaga sy dari kecik sampai besar.syg mak"


Tett..Tett...

Reply msg si ibu:
"terima kasih ingat mak"

............................

Sebak pulak rasa.

Pada asalnya saya bukanlah orang yg senang nak luahkan rasa sayang atau apa-apa perasaan sekalipun.Malu.Tapi sejak jauh merantau dan duduk jauh dari keluarga rasa malu nak sebut perkataan sayang tu dah berkurang.Kot.

Saya tahu ada antara kita yang dalam keluarga memang sudah dibiasakan.Ada juga yang memang tak biasa pun nak cakap sayang2 segala ni.Ada juga sampai nak bermesra dgn mak ayah pun malu.

Apa-apa pun hanya Allah yang tahu dalam hati kita macam mana.Tapi kalau boleh sekali sekala kita cakaplah pada orang yang kita sayang tu betapa kita sayang pada dia.

Perasaan bila ada orang ucap dia sayang kita itu lain okay even kita dah tahu dia mmg syg kita:)Contohnya macam dapat msg dari mak berbunyi "miss u darling".Aw.Dalam hati ada taman.Berbunga-bunga:)

Ucaplah sebelum terlambat.Takut nanti ada rasa terkilan dalam hati bila satu hari orang yang kita sayang itu sudah tiada.



p/s:ucaplah sayangmu pada yang selayaknya dan halal shj.

p/s2:bagi saya kalau nak ucap biarlah sekali sekala sebab kalau selalu o sentiasa nilainya macam sedikit berkurang.

17.4.10

Malam Hari Lahir

malam itu
di malam hari lahirku.
kau menegur di tetingkap maya.
menaip selamat hari lahir
buat aku.

lewat kata-katamu
aku tersedu sendiri.
tanpa kamu mengetahui.

ah.
tetingkap itu tidaklah secanggih mana
kerna tak bisa sampaikan rasa.

terima kasih sahabat.
terima aku seada-ada.

cuma...
adakala kurasa kita seakan jauh.

salahlah aku sebenarnya.
takkan pernah terasing dua jiwa
yang terjalin keranaNya.

terimalah kasihku untukmu.
untuk segalanya.



18/04/2010
nurhdyh

dedikasi khas buat insan-insan yang sudi bersahabat jua berteman dengan saya di
sepanjang perjalanan yang berusia 20 tahun ini.

saya tak punya apa.sekadar kasih sayang, yang ada masa sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

andai ada tersalah tingkah tersilap bicara maafkan saya.halalkanlah makan minum yang mungkin telah menjadi darah daging di mana-mana.halalkan juga hak seorang sahabat yang mungkin tak terlaksana.

p/s:sayang korang semua.terima kasih untuk parti kejutan(kejutan ke.hehe)

16.4.10

Terlalu

ada masa dia semacam terlalu yakin
akan hidup lagi berpuluh tahun.

hingga lupa bila-bila bisa
dipisah ruh di dalam jasad.

dia leka di banyak ketika.
terlalu asyik
dengan entah apa.

ikatlah hatinya Tuhan.
biar tetap di tempat yang satu.

simpullah jiwanya Tuhan.
biar kekal pada asal diciptakan.
biar jelas arah tujunya.

biar sedar selalu dari mana datang
dan ke mana akan perginya dia.

ampunkanlah dirinya ini.



15/04/10

27.3.10

Doktor Jiwa

Assalamualaikum wbt.

Photobucket

Pernah suatu hari saya beritahu sepupu yang nanti saya nak jadi doktor sakit jiwa(baca:psychiatrist).Lepas tu dia ejek-ejek.

"doktor sakit jiwa"

"doktor sakit jiwa, nenenene"

"argh budak, nak kena ni!"(dalam hati menyesal sebab tersalah cakap.tapi kalau cakap psychiatrist tak paham pula.kalau sebut "doktor penyakit jiwa" macam skema)
tapi secara positif saya ambil apa yang dia cakap tu sebagai doa yang satu hari nanti saya akan menjadi psychiatrist.iA.

Waktu semester 1 dulu salah seorang lecturer ada menyatakan yang psikologi adalah antara bidang yang amat penting pada abad ke 20 ini telah membarakan kembali semangat saya yang semakin terpadam dek berlalunya masa(lupa sebab asyik exam ja.mangsa sistem yang terlalu exam oriented)ish.

Bidang psikologi ni bukanlah mempelajari jiwa/mental itu secara langsung kerana sifatnya yang abstrak, tetapi psikologi membatasi pada manifestasi dan ekspresi dari jiwa/mental tersebut yakni berupa tingkah laku dan proses atau kegiatannya, sehingga psikologi dapat didefinisikan sebagai ilmu pengetahuan yang mempelajari tingkah laku dan proses mental.

Psikologi dalam bahasa Arab ialah ilmu nafs.Merupakan salah satu ilmu pada zaman keemasan Islam yang memiliki kemiripan dengan psikologi moden.Tokoh yang berperanan dalam ilmu ini antara lain, Al-Kindi dan Al-Farabi yang merupakan pencetus terapi musik.

Ada orang cakap psychiatry ni tiada apa-apa, tak penting dan kurang sumbangan kepada masyarakat kalau dibandingkan dengan pengkhususan2 perubatan yang lain.

Semua perkara ada kekurangan dan kelebihannya kan.

Pada pendapat saya masyarakat kita sendiri yang tak menggunakan peluang ini sebaiknya.Kadang-kadang skeptik terhadap pandangan masyarakat apabila ingin meminta nasihat pakar kaunseling atau pakar psikologi dan sebagainya.

Terlalu banyak 'jiwa' yang 'sakit' hari ini.Jiwa kita bagaimana?

p/s:psychiatry is one of the specialization in medical field.psychology=study of soul/mind.

p/s:cardiothoracic surgeon menarik juga.ngeh2.

25.3.10

Resepi pula

Assalamualaikum wbt.

P/s:Pula tu bukan makanan.ahaha.

Rahmah, hari tu kan awak ada minta resepi pizza(mentang-mentang baru beli furun elkahroba2.ceh)Saya segan sebenarnya.Pizza cikai je pon.Resepi pon telah di googled dengan kata kunci"resepi pizza mudah".Perkataan"mudah"jangan lupa.haha.

Tapi sebab awak, saya lampirkan resepi(telah diubahsuai sedikit sesuka hati sesedap rasa(kot))tersebut di sini ya.

Resepi ni katanya untuk 10 orang makan.Saya bajet-bajet sendiri jadi untuk makan 3 orang je.

KULIT PIZZA
* 500gm tepung gandum<---bajet ikut nak doh banyak mana
* 1/2 bungkus yis mauripan(kalau takda yis pergi kedai runcit lalu berkatalah kepada si pekedai"endak 5hamirah?")
* 1 Cawan air suam<---kurangkan ikut sukatan tepung
* 1/2 cawan minyak masak<---pon sama
* Garam secukup rasa
INTI PIZZA
* 6 Keping Daging burger(dilenyek)<---2/3 keping pun cukup.banyakkan kalau doh banyak
* 1 Tin Tomato puree<---2 sudu
* 1 Tin Marshroom (dihiris nipis)<---5 biji
* 2 Biji bawang besar(dipotong dadu)<---1/4 bawang
* 6 hot dog (dihiris)<---1
* Lada hitam serbuk, Oregano(pebenda ni?tak tahu.jadi saya mengabaikan kewujudannya), garam, gula secukupnya.
* Mozarella cheese ikut suka banyak mana
* Nenas<---potong kecil-kecil

Cara-cara

1. Untuk kulit.Gaul tepung bersama yis + garam + air suam uli hingga menjadi doh(uli bersungguh ok)
2. Masuk minyak dan uli lagi hingga sebati dan tak melekat di jari jemari biarkan doh naik sedikit uli lagi dan canaikan di atas dulang yg telah gariskan dgn butter dan ratakan sedikit tepung sebagai pelincir.ngeh2.
3. Untuk inti.Daging buger + tomato puree + mushroom + bawang besar + lada hitam + garam + gula + Oregano(tiada).Gaul sebati.
4. Letakkan inti di atas kulit pizza dan ratakan.Tabur hot dog dan cheese kalau nak letak nenas ke lada benggala ke...letak saja diatasnya...bila kulit dah naik sedikit bolehlah bakar dengan suhu 190"c selama 20 min(tambahla kalau nampak macam tak masak lagi atau suka yang rangup-rangup ke).
5. Okay.Pizza siap!

Tak dilupakan di sini saya kepilkan bersama gambar pizza cubaan kedua.Yang first buat tu jadi giant pizza.Tak berapa nak normal:P


sebelum.kurus dan putih.


selepas.kembang dan gelap.

18.3.10

Macam-macamlah

Assalamualaikum wbt.

Apabila sedar hak kita cuba-cuba dinafikan oleh sesetengah pihak, apakah yang akan kita dilakukan?

Tengoklah hak apa itu/itu apa?(yang mana satu betul?)Contohnya hak milik tanah ke?Hak penjagaan anak ke?Hak/bahagian makanan di dewan makan asrama ke?

Hum...pada pendapat penulis(cewah.tetiba tukar ganti nama.profesional sikit bunyinya)berkaitan hal-hal yang disebutkan di atas sudah pasti ramai yang berusaha mempertahankannya bukan?

Tapi bagaimana pula dengan hak mengundi?

*suasana sepi.lalu cengkerik pun berbunyi.

Penulis sebenarnya bukanlah mahu menceritakan apa yang berlaku di tapak mengundi di Jamiah yang berlangsung pada hari ini.Kisah tolak menolak tu kita tolak tepi(penulis lemas)

Sesungguhnya setiap undi kita adalah amat berharga bagi menentukan masa depan sesebuah persatuan atau negara dan sebagainya.Lebih-lebih lagi sahabat-sahabat serta penulis sendiri yang bakal memasuki umur boleh mengundi tahun hadapan oleh itu marilah kita sama-sama mendaftarkan diri ya.

Eh.Apa point penulis sebenarnya?

Oh.Kesimpulannya profesionallah dalam setiap perbuatan terutamanya ketika hari mengundi.Ish.Adakah mengadakan roadblock yang dahsyat dan pelik di depan pintu bilik undi sehingga para pengundi perlu bergaya seperti sedang bermain rugbi untuk masuk salah satu contoh profesionalisma?Kata first class minded people~(penulis yang kata ni)Ish sekali lagi.

Ah tensi, konspirasi, kontroversi semua ada.

Mari menenangkan diri dengan melihat gambar ini:

comel sgt.tak sanggup nak makan:)

p/s:ya Allah lindungilah kami dari kejahatan dunia.

6.3.10

Foto Mesir (2)

Assalamualaikum wbt.


Dalam banyak-banyak gambar ketika di Mesir yang ini paling saya suka:)

Photobucket
Kubu Salahuddin Al Ayubi di Kaherah.Dari atas bukit ini kita akan dapat lihat pemandangan kota Kaherah yang padat penduduknya.

Lepas turun Sinai singgah Uyun Musa, Wadi Arba3n, tinggalan kesan lembu Samiri, maqam Nabi Harun dan Makam Nabi Salleh.

Photobucket
Nampak tak ada 2 orang tengah tunggang lembu?

Photobucket
hidayah,syakina,anis,hazirah,hidayat(+ayuni n rubiah)
>Geng Jaulah Mesir '10<

23.2.10

Menyingkap Jendela Musa

Photobucket

dalam kehitaman malam.
di celah dua belahan batu.
aku berhenti dan berdiri.
lalu mendongak melihat ke atas.

Allah!
ini terlalu indah.
kanvas hitam dihias kerdip-kerdip hidup
bercahaya.

seketika.
aku biarkan pipi digigit-gigit
angin membeku.
hiba mengenang Musa.

diiring pekat malam yang dalam.
ditemani bayu yang kesejukan.
sendiri-sendiri menapak
demi menurut perintah tuhan.

"tapi mesti Allah bantu nabi Musa"

"betul"

tapi kepayahan mesti tetap ada.
kesusahan masih perlu ditempuh.
demi membina jiwa gagah di dalam Musa.
bekalan berhadapan kaumnya.

untuk menumbangkan yang batil
seterusnya menjulang kebenaran.
walau payah.
takkan pernah berhenti.



08/02/10
Jabal Musa

masih jauh
Photobucket
Ra'su Bahr, Dumyat

16.2.10

Tak sedar bila

dalam sekelip mata
ia pergi.
dan aku tak sedar bila.

tiba-tiba...
rindu merangkak dekat.

ah!
manusia...
selalu begini.
bila sudah tiada
baru nak merindu segala.


16/02/10

*gambar hiasan

tenggelam
Photobucket
Wadi El Rayyan, Fayoum

12.2.10

Entri bergambar tanpa spesifikasi(egypt part 1)

Assalamualaikum wbt.

the ship that never sinks
Photobucket

>Ra'su Bar(Dumyat)tempat bertemu air yang mengalir dari Sungai Nil dengan lautan Mediterranean.Surah Ar Rahman ayat 19 n 20.Ada mufasir yang berpendapat bhw y disebut dalam al quran itu adalah Terusan Suez dan Terusan Panama.Allahu taala a3lam.



dan matahari pagi mula menampakkan dirinya
Photobucket

>puncak Sinai@Jabal Musa.Jaulah Mesir '10

dan aku sepatutnya menaip catatan perjalanan lepas di sini tapi mush jaini mazaj.xde mood + malas.ya Allah kurniakanlah hidayah kepadaku.

dan mahu ucap banyak2 terima kasih pada nadh, raja, atiqah, hanan, nisa, k.biha dan k.insyirah(villa raihan)atas layanan baik sepanjang menumpang di rumah kalian.terharu.T_T

30.1.10

Bepergian

assalamualaikum wbt.

agak lama tak menaip sesuatu di ruang ini.
entri sekadar menandakan aku akan bepergian selama 12 hari 11 malam mulai esok.
moga berjalan lancar semua dan Allah redha dengan perjalanan ini.
dan kemudian akan kembali dengan jiwa yang gagah demi sebuah perubahan.
iA.

nurhidayahmuhamadsubri.

21.1.10

Things to do during winter break:

Assalamualaikum wbt.


1)memorizing quran and the madah for quran test.(sempat ke?)

2)deco deco my room.(serta kerja2 membanteras all fungi and molds in the house.yeah)

3)hal2 kesetiausahaan.uhu.(before going to egypt)

4)cooking.(tauhu telur should be no.1 in the list.heh.)

5)painting.(i'll do my own homemade paint.ceh.mentang2 baru jumpe resepi.tetiba rasa malas yang ni)

6)a big frame with small frames of different sizes photos.apa eh nama specific benda ni?ade ke?collage?!i dont think so.(after egypt.hopefully~)

7)handmade birthday card for each of my girlfriends(wah.besar cita2.moga jd kenyataan.heh)


gambar hiasan sumbangan ikhlas mr google.


ps :harap kerajinan akan berkadar langsung dengan semangat masa termuncul idea nak buat benda2 semua ni.uhu.especially the last 3 things.hoyeah!

ps2:deco-deco means vacuum kapet, mengelap perabot(gigih betul perkataan mengelap.aha), menyusun atur dan kemas mengemas segala.bukanlah deco2 bersama eric leong mahupun deco2 celcom berbaloi-baloi.

20.1.10

لا تقل يا رب عندي همّ كبير بل تقل يا همّ عندي رب كبير

Assalamualaikum wbt.

Dengan exam yang berbaki lagi 3 subjek mari teruskan perjuangan teman-temanku.Jangan jemu jangan penat kerana di hujung jalan nanti pasti bertemu pelangi.Ya Allah pinjamkan kami kekuatan dan kesabaran menempuh jalan ini hingga ke akhirnya.Ya Allah kurniakan kami keputusan yang terbaik:)


ps:moga dapat menyusuri perlembahan Nil dengan hati yang gembira cuti nanti.oh.tak dapat bersabar lagi(haha.skema)

ps:sape perasan quote dari lecture note #24 genetics itu?:P

13.1.10

Ku bertembung pelangi di hujung jalan sana

Assalamualaikum wbt.

Pagi ini aku berjalan ke rumah ustazah bertemankan langit nila berawan gebu.Persis gula kapas.Subhanallah, indahnya ciptaanMu.

Photobucket
Jordan di musim sejuk.

Photobucket
Salji o salji bila kau nak turun?aku dah lama tak makan ABC.(ish.sejuk2 mcm ni teringat abc!?)

Photobucket
Terima kasih bunga kecil masih setia belum layu menanti aku.(heh)


Dah lama rasa nak shooting(ceh)depan rumah.Sejak musim luruh mula menjengah lagi.Akhirnya baru hari ini betul2 rajin.Sebenarnya sebab perlu ke kelas quran buat aku rajin keluarkan kamera.Shoot beberapa keping sebelum pergi kemudian aku pun lambat sikit sampai.ehe.

ps:kami di sini sedang menghadapi exam akhir semester ini.mohon doa kalian semua ya.semoga semuanya berjaya dengan cemerlang:)