29.3.09

Datang tiba-tiba

Assalamualaikum wbt.


Wah!lama betul tak mencoret di sini.Entri ini sekadar nak berkongsi rasa, berkongsi itukan sayang maknanya.(^_^)


Tiba-tiba rindu yang amat menjengah hati.Rindu nak menziarah Mekah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah, bersolat, beriktikaf, bertafakur di Masjid An Nabawi serta Masjidil Haram.Cara bercakap seakan dah pernah ke sana saja.Hakikatnya tak pernah lagi saya menjejakkan dua kaki ini di tanah itu namun saya didatangi kerinduan yang maha hebat.


Saya teringin sangat nak ke sana, merasa setiap degup jantung, menghela setiap hembus nafas, dan menapak setiap langkah di atas tanahnya.Bumi di mana kekasih Allah dilahirkan, membesar, berjuang dan pergi meninggalkan alam dunia.Bumi barakah yang didamba.


Kalau dulu masa saya kecil-kecil saya ingat Mekah adalah tempat untuk orang-orang tua saja yang pergi.hehe.Kedua-dua nenek saya ke Mekah masa saya masih kecil dan kalau orang lain yang pergi pun semuanya sudah agak berumur sebab itulah saya fikir begitu.=P Alhamdulillah di Malaysia kita berpeluang untuk mengerjakan haji atau umrah tanpa ada batas umur cuma orang tua diberi lebih keutamaan.Tapi berbeza keadaan di sini.Hanya orang yang sudah berumur 60 tahun keatas saja dibenarkan menunaikan haji.Entahlah, pelik juga polisi kerajaannya.


Hati berbunga-bunga saat dapat email akan dianjurkan umrah oleh persatuan.Seperti orang mengantuk disorong bantal(eh,bunyinya mcm tak dahsyat sgt saja.ada peribahasa y lebih dahsyat?).Masa tu saya dah berfikir-fikir(a.k.a berangan) akan pemergiaan saya ke sana nanti.Seronoknya.Kalau boleh saya mahu pergi dalam masa terdekat.Em.Mungkin sebelum pulang ke Malaysia hujung tahun ini.Namun apakan daya...


Sebenarnya, saya dah pernah tahu yang seorang perempuan untuk ke sana perlu ditemani mahram.huhu.Tapi tetap buat-buat tak tahu dan berfikir mungkin peraturan baru telah dikuatkuasakan dan segala macam kemungkinan lagi yang akan membolehkan saya pergi.=PApalah saya ni tetap nak letak harapan juga.Ish.


Tambahan pula, dari sini agak senang untuk ke sana.Murah pula tu.Sudah ada peluang tapi disebabkan syarat itu saya akur.Masih belum ada rezeki nampaknya.Jadi kepada sesiapa yang berpeluang, berkemampuan, cukup syarat dah segalanya.Silalah pergi ya.Sesungguhnya...

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
" Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid : Masjid al-Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa." (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)


"Ya Allah kau letaklah Masjid Al Aqsa di bawah perlindunganmu dari segala tipu daya dan kebodohan Yahudi zionist yang dilaknat".Mari kita sama-sama doa akan keselamatan masjid suci ini yang sekarang diambang bahaya angkara Yahudi Zionist.Tempat di mana berlakunya peristiwa Isra' Mi'raj dan merupakan qiblat pertama umat Islam.


Masjid An Nabawi dan sekitarnya(Madinah)

nota kaki 1:saya tunggu mereka datang.tp tak tahulah bila agaknya.mungkin 3 tahun lagi?(erk,2 tahun kot)

nota kaki 2:sangat suka dengan alunan ayat al-quran oleh sheikh saad al ghamdi.terutama surah al fatiha.sgt merdu.=)dengarlah.

p/s:mendengar alunan bacaan itu membuat saya terkenang suasana senja di SMKA TAHAP.ala...waktu muda2 dulu.

21.3.09

Selamat hari ibu, mak!

satu petang.
teringat aku pada dia.
ku utus pesanan rindu.
ajaib.
balasnya,
sedang merindu sama.

dua hati jauh terpisah.
lama tak bersua,
bertentang dua mata.
lama tak berdua,
bersilangan jemari.

rindu?
usahlah dikisah.
hanya hati yang tahu.
betapa rindu aku.
dakap cium, bebel senda,
marah sayang, rindu segala,
segala tentang dia.

ada satu rasa sama,
di saat yang serupa.
ajaib bukan?

ini hubungan istimewa.
dua hati terikat rapat.
dia bidadari jiwaku.
pembakar obor,
saat hampirku sungkur.

berbunga aku.
andai bahagia hatinya,
akan tingkahku.
berbunga hatiku,
saat kubawa jaya untuknya.

dia bertakhta di kalbu.
jangan kau pernah cemburu.
tempat kau dan dia,
berbeza.
tak mungkin disama.

dialah ibu yang dirindu.

ya Allah beriku kesempatan.
mahu membukti kasih.
mahu mencurah bakti.
aku mahu.
biarku tahu,
takkan setanding miliknya.

sedang nafas masih dihembus.
hargailah insan bernama ibu.
bahagiakan jiwanya.
tunjukkan sayangmu.
jangan kau malu.
berputih mata hitam nanti.
dia tiada gantinya,
kau tahu itu kan?

ini tulus dari aku,
pesanan sahabat buat sahabat.


nuhdyh
21/03/09 6.46am
Irbid,Jordan.

Nota kaki 1:credit untuk mizah for the information.kalau tak saya tak tahu pun yang hari ibu disambut pada 21 Mac di seluruh negara Arab.hehe.

Nota kaki 2:semalam saya terfikir akan sajak ini.pagi tadi saya selesai mencoret seluruhnya.tak sangka pula hari ini adalah hari ibu di sini.=)

Nota kaki 2:rindu emak.moga dia sentiasa dalam lindunganNya.

Nota kaki 3:zahirkanlah sayangmu pada mereka.=)sememangnya hari menyayangi ibu bukan satu hari ini saja.sayangilah ibu anda berhari-hari.=P

p/s:duh, tak dapat menahan diri dari mengepos entri ini.

18.3.09

Fatrah Imti7an

Assalamualaikum wbt.


Physiology -22/03/09
English 112 -28/03/09
Organic Chemistry -29/03/09
Histology-13/04/09
Anatomy-08/04/09


Peperiksaan datang lagi.Nampaknya saya akan tidak mencoret di sini buat seketika.Doakan saya dan kawan-kawan ya.=)


Nota kaki 1:target perlu berkadaran dengan usaha.ingat tu hidayah!harapan kedua mereka jangan sesekali dipersia.

Nota kaki 2:Ya Allah, permudahkanlah sahabat-sahabatku dalam segalanya.

Nota kaki 3:study hard, pray hard.

p/s:tengah belajar minum cappucino.tapi nampaknya mcm tak berkesan sangat.huhu.

16.3.09

Penyeluk Saku

Assalamualaikum wbt.

Tak tahu kenapa rasa nak letak tajuk tu.Mungkin kesan tindakan saya meletakkan purse dalam saku jaket yang saya pakai, saya pun terfikir, sangat mudah kalau ada penyeluk saku yang nak mengambilnya.Tapi saya tetap biarkan saja ia di situ dengan aman, cuma sesekali saya menjeling untuk memastikan ia masih selamat.Sebab apa saya tak simpan di tempat yang sudah pasti selamat?Sebab instint kuat mengatakan purse itu akan selamat.Saya ni memang.Suka berimaginasi lebih.Kadang-kadang berimaginasi melampau.=)


Penat mental la hari ni.Emosi sikit pagi tadi.Kena beralih tempat duduk je pun boleh bergenang dua mata.Tiada sesiapa yang bersalah dalam insiden pagi tadi tu.Tak rasa apa-apa tapi entahlah saya sendiri pun tak faham.Itulah saya cakap perempuan ni pelik sikit tapi istimewa.


Tadi saya nampak burung-burung kecil terbang dan mendarat.Comel.Ada dua kaki tapi ia tak berjalan macam manusia.Burung tu lompat-lompat.Ralit mata memandang burung-burung tu.Comel sungguh.


Nota kaki 1:ini apa yang berlaku hari ini.saya percaya pada kata hati.saya yakin ia adalah petunjukNya.

Nota kaki 2:nanti saya akan simpan purse di tempat yang pasti selamat tak mahu jadi mangsa penyeluk saku.

Nota kaki 3:ini entri mengarut a.k.a merapu.=P ayat tunggang-langgang.

8.3.09

Coretan Rindu Titis Terdalam

Hadirnya seorang Muhammad,
adalah bias cahaya buat likat gelita.
Adalah hembus udara buat cungap dalam lemas.
Adalah titis air buat kontang dalam gersang.
Segahlah sekalian dunia,
tersenyum berjiwa.

Kau manusia agung.
Kau insan mulia.
Kocak darah,
rembes peluh,
limpah kolam mata mulia pernah tumpah di sini.
Saat ini aku di sini.
Kemuliaan itu dapat aku lihat sirnanya,
kehebatan itu mampu aku rasa getarnya,
jejak langkahmu itu seperti sedang aku menapak di atasnya.
Rasa seakan meresap segenap saraf halus.
Kau semulia-mulia insan bernama Muhammad.

Namun jauh di sudut yang satu,
aku kecewa dengan hati.
Hampa dengan diri.
Kenapa tidak aku mampu kasih persis Abu Bakr?
Apa silap hingga tidak aku tega mempertahan persis Umar?
Di mana cela bukan aku si pelindung persis Nusaybah?
Bila waktu akan aku korban segala seperti Khadijah?
Sungguh aku hampa dengan diri.

Duhai kekasih Allah,
Sudikah dirimu mengira seorang aku umatmu?
Adakah mungkin syafaat tertinggi jadi dambaan?
Wujudkah layak untuk seorang aku?
Terdiam mengenang cinta pada seorang Muhammad.

Pemergian seorang Muhammad,
perginya bersama cahaya,
perginya bersama udara,
perginya bersama air.
Sesak mencungap,
rebah meraba,
lelah dahagalah dunia kembali.
Sendu hiba iring permergian suci.

Sungguh rindu itu mencengkam rongga,
kempunan mahu menatap wajah mulia.
Kepingin mahu membukti cinta tak semulia.
Mengharap mampu meniru akhlak pekerti nan indah.
Layangkanlah secebis pandanganmu pada aku di sana.
Ini kasih rindu titis terdalam dari aku buatmu.

*diam*


Bangun,
sedarlah dari lena wahai saudaraku.
Dunia sedang menanti seorang Muhammad.

nurhdyh
03/03/09 6.55am
Irbid,Jordan.

7.3.09

Bulat Bergolek

aku rasa.
ia hampir.
kerana itu aku berombak.
kadang tenang.
kadang gelora.
kau dan engkau.
pergi.
jangan kacau aku.
sementara saja.
jangan lama.

nurhdyh
9.49 am 07/03/09
Irbid Jordan

4.3.09

Tag dari Nabilah

Assalamualaikum wbt.


1. How old are you?
Sweet 18.muda lagi kan? =P.Lagi 44 hari umur saya akan menjadi 19.Ya Allah, I'm hitting 20! Tak sangka dan cuak.

2. Are you single?
Maybe.haha. =P (saje nak timbulkan spekulasi).Of course I'm single. Single is simple right? =)

3. At what age do you think you’ll get married?
Between 24 to 25.We plan Allah decides.Allahu 2a'lam.

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
Of course not because nobody with me now.haha.

5. If not, who do you want to marry?
Someone sentimental.haha.Jodoh yang dah Allah tetapkan adalah yang terbaik.InsyAllah.

6. Do you want a garden/beach or a traditional wedding?
Traditional.Macam biasa cukup.Dapat jamu orang makan dan sebarkan perkahwinan.Itu kan objektifnya.

7. Your ideal motive?
Tak terfikir.

8. Where do you plan to go on a honeymoon?
No where. Just want to spend all my leaves with him at our home and going to our relatives' houses after married hopefully. Then I'll follow him where ever he want to bring me. I don't care as long as I can be with him all the time.=P (tak boleh bla ayat menggeli)haha.

9. How many guests do you think you’ll invite?
Jiran tetangga, keluarga, saudara mara, sahabat handai mak ayah dan saya.Kiralah sendiri ada berapa.

10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
Simple and modest.Kita kan elok bersederhana,yang penting masjid yang dibina tu kekal sampai bila-bila.Tak gitu?=P

11. Do you want the traditional vows or something you’d make up on your own?
Cukup dengan apa yang ada masa nikah tu.

12. How many layers of cake do you want?
Tak kisah.Sebab masa tu nanti mesti tak selera sangat nak makan.(makan sikit je, nanti orang lain yang habiskan)haha.Maklumlah baru kahwin la katakan.(ayat geli lagi)=P

13. Do you prefer having your reception at a hotel or a simple place?
Kat depan rumah mak ayah atau kat kampong wan (emm…kalau kat kg. wan nanti ramai tak jumpa jalan pulak.hehe).Rumah wan saya tepi sungai Pahang tau.Rindu.

14. When do you want to get married, morning or evening?
Apa maksud get married? Nikah ke sanding?.haha.Malam lebih nyaman rasanya.Pagi pun best.Segar.Tiada sanding-sanding.

15. You’d rather have your reception outdoors or indoors?
Both.Outdoors sikit(tengah jalan.yang ditutup la)indoor sikit.Yelah takkan nak suruh semua duduk luar.Kenduri ni kan buat sekitar kawasan rumah saja.=)

16. Do you like a grand entrance for your bride?
No need.Payung pengantin yang pengapit pengang tu pun cukup.Yelah,mana tau tiba-tiba panas terik ke atau hujan ke.haha.Malaysia kan khatulistiwa.Harr biketirr.

18. Name the song/tune you’d like to play at your wedding.
Selawat yang pelbagai.Suka.(baru je terfikir idea ni.kalau tak pasang apa-apa nanti macam suram la pulak.kan?)

19. Are you a morning person or a night person?
Orang pagi kot.=P.So?(apa kaitan dengan wedding plan?!)

20. Do you want a solemn ceremony or a light one?
Macam biasa ikut adat tapi tak bertentangan dengan adab(syariat).

22. Describe your ideal husband/wife.
Someone sentimental.haha.lagi.Saling melengkapi antara satu sama lain.Kekurangan dia adalah kelebihan saya.Kekurangan saya adalah kelebihan dia.So sweet.=)

23. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
Bare hand.Kita kan orang Melayu.Sunnah Rasulullah jilat jari bukan jilat sudu.

24. Champagne or red wine?
Astagfirullah al 2'zim haram tu, minum bandung cincau nak tak?

25. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Days after.Berapa bulan lepas kahwin pon okay.Dekat-dekat je pon tak kisah yang penting meaningful and romantic.haha=P

26. Money or household items?
Money. With money you can buy anythings including household items but never love.

27. Who will pay for the bills?
Dia sepatutnya, tapi saya kan baik jadi kami bayar sama-sama la.=P

28. Are you ready for married life?
Not yet. I'm still young. Still lots of duties I've to do and still lots to learn.=)

29. Do you think you will still be a virgin until you get married?
InsyAllah.Maruah tu.Mana boleh buat main-main benda ni.huhu.

30. Will you always be true to your wife/husband?
InsyAllah.

p/s:Psst...dear,you can always count on me.=)

31. How many kids would you like to have?
Ikut rezeki dari Allah.The more the merrier.Mampukah?huhu

32. A new house for a newly wed or an old one?
Yang sedia ada cukup.Nanti dah tak muat baru pindah rumah baru,okay.

33. What kind of cuisine would you like for your wedding?
Masakan kampung Melayu.(bukan masakan kampung Arab ye!tapi mungkin nak sediakan jugak la baru ada kelainan)

34. Will you record your honeymoon in a CD or DVD?
Mana-mana pon okay.Yang penting ada memori tercipta.haha.Lagi satu saya nak upah photographer professional boleh?Tak kira nak juga.wee~(kalu ada contact photographer best bagi saya ye.murah-murah sudah kita kan kawan.hehe.)

35. Whose wedding plans would you like to know next?
Nobody.


Nota kaki 1:nah bella.penat aku buat ni tau demi kau.huhu.wajib beri comment.banyak-banyak.=P

Nota kaki 2:yang gambar tu aku malas buat sebab arahan tak lengkap a.k.a tiada.=P

Nota kaki 2:kurangkan kontroversi tingkatkan amalan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.=)

3.3.09

Dia Seorang Muhammad

Sejauh mana cinta kita pada seorang Muhammad?Cuba fikir dalam-dalam.Adakah melebihi sayang kita pada keluarga?Adakah melebihi sayang kita pada diri?Adakah melebihi sayang kita pada harta?Kalau ya, apa buktinya?Boleh kau buktikan?*diam*Baginda rasul junjungan yang diutus buat kita.Buat kita!Bukanlah untuk orang lain selain kita.Kitalah umat baginda.Sedarlah hati,celiklah mata seorang Muhammad itu manusia agung yang sepatutnya tak pernah pudar dari minda mahu hati walau sedetik.Tapi apa yang berlaku?Kenapa jadi begini?Mari koreksi diri.


Semaikan sayang buatnya.Suburkan cinta padanya.Ranumkan kasih untuk dirinya.



Nota kaki 1:bacalah Al-Fatihah kepada Dia Seorang Muhammad s.a.w.

Nota kaki 2:dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.

Nota kaki 3:jom sama-sama!=)

Nota kaki 4:ini tempelak untuk diriku yang selalu alpa...

1.3.09

Kali pertama selesaikan tag

Assalamuaalaikum wbt.

1. Anda rasa anda hot?

Of course not,sebab sekarang musim sejuk.=P
p/s:i think you should ask others about me.haha

Upload gambar kegemaran anda


3. Kenapa anda suka gambar ini?
Sebab ni gambar pertama saya edit yang saya suka hasilnya.Gambar-gambar dalam tu masa travel cuti semester lepas.

4. Bila kali terakhir kamu makan pizza?
2 hari lepas.Kauthar kawan saya yang suap, masa tu tengah basuh baju kat tingkat bawah tanah bangunan rumah saya.hehe.

5. Lagu terakhir yang kamu dengar?
Give Thanks to Allah by Zain Bhika.

6. Apa yang anda sedang buat sekarang ini selain menyelesaikan tag ini?
Menikmati a'sir burtuqal(orange juice) yang masam.

7. Selain nama kamu sendiri,apakah lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu?
Tiada.Saya suka orang panggil saya Hidayah.Kalau orang-orang Arab tanya nama saya,bila saya jawab,mereka akan cakap 'zai a'rabi' atau 'oh arabic name'.wee~


8. Tag lagi lima orang
1)Intan a.k.a adek
2)Hanisah
3)Safiqa Sapar
4)Kak ngah
5)Adilah


9. Siapa orang nombor satu?
Sahabat seperjuangan saya di sini.Mula kenal dia masa di INTEC.Saya panggil dia adek.
Dia panggil saya angah.

10. Orang nombor tiga ada hubungan dengan siapa?
Hubungan apa yang kamu maksudkan?Kalau kekeluargaan mestilah dengan keluarga dia.hehe.Kalau hubungan sejenis mestilah tidak sebab dia bukan pengkid.Kalau hubungan berlainan jenis, rasanya tiada.Jagalah hati, jangan kau kotori(nyanyi).wee~

11. Katakan sesuatu berkenaan org nombor lima.
Jiran sebelah bilik saya.hehe.Sejak masuk semester kedua saya selalu ke jaamia'h(U) bersamanya.

12. Bagaimana pula dengan orang nombot empat?
Sepupu saya.Sekarang kat Malaysia.Tak punya blog.haha

13. Siapakah orang nombor dua?
Sahabat seperjuangan semasa di bumi waqafan a.k.a KISAS.Bakal ke US tak lama lagi.Sedang buat persediaan di INTI college.


p/s:wahai org-org yang ditag anda tak perlu pun menyelesaikan tag ini terutamanya Kak Ngah.Kalau rajin silalah buat.


Nota kaki 1:saya rasa ramai yang dah buat tag ni.saya je yang agak ketinggalan.

Nota kaki 2:harap umai puas hati.hoho