3.3.09

Dia Seorang Muhammad

Sejauh mana cinta kita pada seorang Muhammad?Cuba fikir dalam-dalam.Adakah melebihi sayang kita pada keluarga?Adakah melebihi sayang kita pada diri?Adakah melebihi sayang kita pada harta?Kalau ya, apa buktinya?Boleh kau buktikan?*diam*Baginda rasul junjungan yang diutus buat kita.Buat kita!Bukanlah untuk orang lain selain kita.Kitalah umat baginda.Sedarlah hati,celiklah mata seorang Muhammad itu manusia agung yang sepatutnya tak pernah pudar dari minda mahu hati walau sedetik.Tapi apa yang berlaku?Kenapa jadi begini?Mari koreksi diri.


Semaikan sayang buatnya.Suburkan cinta padanya.Ranumkan kasih untuk dirinya.



Nota kaki 1:bacalah Al-Fatihah kepada Dia Seorang Muhammad s.a.w.

Nota kaki 2:dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.

Nota kaki 3:jom sama-sama!=)

Nota kaki 4:ini tempelak untuk diriku yang selalu alpa...

0 komen: