Hadirnya seorang Muhammad,
adalah bias cahaya buat likat gelita.
Adalah hembus udara buat cungap dalam lemas.
Adalah titis air buat kontang dalam gersang.
Segahlah sekalian dunia,
tersenyum berjiwa.
Kau manusia agung.
Kau insan mulia.
Kocak darah,
rembes peluh,
limpah kolam mata mulia pernah tumpah di sini.
Saat ini aku di sini.
Kemuliaan itu dapat aku lihat sirnanya,
kehebatan itu mampu aku rasa getarnya,
jejak langkahmu itu seperti sedang aku menapak di atasnya.
Rasa seakan meresap segenap saraf halus.
Kau semulia-mulia insan bernama Muhammad.
Namun jauh di sudut yang satu,
aku kecewa dengan hati.
Hampa dengan diri.
Kenapa tidak aku mampu kasih persis Abu Bakr?
Apa silap hingga tidak aku tega mempertahan persis Umar?
Di mana cela bukan aku si pelindung persis Nusaybah?
Bila waktu akan aku korban segala seperti Khadijah?
Sungguh aku hampa dengan diri.
Duhai kekasih Allah,
Sudikah dirimu mengira seorang aku umatmu?
Adakah mungkin syafaat tertinggi jadi dambaan?
Wujudkah layak untuk seorang aku?
Terdiam mengenang cinta pada seorang Muhammad.
Pemergian seorang Muhammad,
perginya bersama cahaya,
perginya bersama udara,
perginya bersama air.
Sesak mencungap,
rebah meraba,
lelah dahagalah dunia kembali.
Sendu hiba iring permergian suci.
Sungguh rindu itu mencengkam rongga,
kempunan mahu menatap wajah mulia.
Kepingin mahu membukti cinta tak semulia.
Mengharap mampu meniru akhlak pekerti nan indah.
Layangkanlah secebis pandanganmu pada aku di sana.
Ini kasih rindu titis terdalam dari aku buatmu.
*diam*
Bangun,
sedarlah dari lena wahai saudaraku.
Dunia sedang menanti seorang Muhammad.
nurhdyh
03/03/09 6.55am
Irbid,Jordan.
8.3.09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 komen:
wo0o0oo0o~
ni yg menang ni..hehe..tahniah2!
gle terpendam bakat ko..baru skrng kutahu :p
akhirnya kau tahu.haha.
thanks.=)
aku pun baru sedar tulis sjk buat aku lega.
p/s:terima kasih Allah atas segala.
assalamualaikum dayah!.. yeay! kak iz dah smpi sini.. ni rupanya yg menng tu.. tahniah2..
dayaahhhh...
best la sajak ni~
bangge aku ade kwn cm ko...
hu2..
wat sjk utk aku lak~
=p
to kak iz:
wsalam.
hoyeah!akhirnya jejak jugak kat sini.hehe.
biasa-biasa je ni tak setanding la dgn sajak
lagukan cintamu ke angkasa tu.
best.=)
anyway.thanks...
to nadhirahyusof:
naaddd...
best ke?
aku pun tak tau camne aku boleh
tetiba minat bersajak-sajak.=P
nanti aku buat ye.=P
p/s:lame tak nmpk ko.busy ye?.moga
dipermudah segala.ko dah nak
balik mesia kan.tak lme dah.huu~
sajak ni byk sgt kekurangannye.
sape-sape nak komen @ ulas dialu-
alukan dengan sangat.
dayahhhhh
tidak kusangka
kamu sunnguh bijak
mengeluarkan bait2
yg indah lg puitis
huhuhu~
menang ye?tahniah! tahniah! hee
anyway,zul link blog dayah ok?
selamat berblogging!
truskan menulis n bersajak
ehehe
to zulaikha:
haha.
malu.
tak bagus mna pon sajak tu.
anywy,terima kasih.
huhu.
link la.anda dialu-alukan.=)
nampaknye ni kena
stop blogging jap.
exam...
p/s:insyaAllah.bittaufiq zul.
nak komen gak..
sajak ni bagus..
teruskan berkarya..
tp, x faham pasal sajak secara umumnya..
mana yg lagi sedap, wat byk pengulangn pkataan ke @ xyah wat pengulangn kata?
musykil yg komen dalam e-mel tuh..
tp kt lagi suka klu ada pengulgn coz mcm kt teknkn la sesuatu pkara 2..
p/s:Nusaybah..hidupnya untuk Islam..
em.
betul.
gaya pengulangan boleh menampakkan kesungguhan maksud y ingin disampaikan.
tapi kalu dah banyak sgt nanti jadi tak
sedap n hambar pulak.
kene ikut kesesuaian la kot.hehe.
kte pon bukannye pandai bab2 sajak menyajak neh.=P
p/s:jom jadi Nusaybah.
salam dayah :)
best2
nak mintak dicopy untuk dikongsi bole?
jzkk
Post a Comment