31.7.09

Asa

kadang-kadang ada penat untuk bernafas.
pernah juga kadang-kadang,
lelah pada dunia.

dalam masa sama kadang-kadang.
ada yang jerih mengepam dada,
untuk udara.
ada yang tak pernah henti,
berasa.
sedang dunia memang kelabu untuk dia.
dari ekor mata mereka.

engkau yang terlebih untung sebenarnya.

nurhdyh
dari jendela
Irbid

29.7.09

Sentimental

Assalamualaikum wbt.

Kata orang bila rindu pada seseorang datang menjengah:

"tengok atap rumahnya pun jadilah~"

------

Saya rindu pada mereka.
Sangat.

Rindu tempat saya membesar.Rindu Temerloh.
Rindu tanah tumpah darah saya.Saya rindu Malaysia.

Tadi semangat guna google earth.Terubat bila melihat walaupun hanya gambar yang tak berapa jelas(salah internet yang lebih siput dari siput).Terlihatkan nama-nama tempat yang familiar itu cukup buat hati ini menari keriangan.

Dalam masa sama saya ber'msg' dengan emak.

msg balas hampir akhir dari emak:

"bye nak tdo dah agr jmpa org d Jordan"


:)

lepas tu saya cerita perihal saya guna google earth.

balas emak:

"oh ya ke.blh lah mak kluar duduk ats atap bye2 org dsana"

comel.

Saya tahu dia rindu.Saya lagi rindu~

:(

26.7.09

Nur ya nur kasih...

"but I've left Islam for a very long time"

"but Islam will never leave you, come with me my son"

sedikit sedutan dialog dari drama bersiri 'Nur Kasih' episod 09 bahagian 4/4, minit 01:37 hingga 02:20(youtube)

saya cukup tersentuh dengan adegan yang tak sampai seminit itu.berulang kali saya replay:p



yang saya jumpa:

1)Islam tak rugi apa-apa bila kita meninggalkannya, tapi kitalah manusia yang paling rugi di atas muka bumi dan di akhirat kelak.

2)Islam datang untuk memuliakan manusia.

3)Orang yang macam Adam tak boleh dilayan dengan kehinaan atau kejelikan tapi dengan sebuah kebaikan yang tak dijangka mampu menimbukan keinsafan dengan sendirinya. Inilah yang terbaik dan akan meninggalkan kesan yang paling mendalam.

4)Bila dalam kesusahan manusia akan kembali kepada fitrah.Fitrah bergantung pada satu kuasa yang menguasai segala.Itulah Allah.

p/s:bagi yang mengikuti drama ini dari awal mungkin lebih terasa.bukanlah saya mengangkat drama ini sebagai drama terbaik.banyak sangat lagi kekurangan dari segi penjagaan aurat dan sebagainya.tapi ada banyak nilai yang boleh kita ambil.

p/s:bagi saya senimatografi drama ini terbaik!two thumbs up:)

p/s:kenapa saya ni rajin sangat pula update blog?

24.7.09

Tawaran hebat menanti

Assalamualaikum wbt.

Tajuk dah macam jualan besar-besaran akhir tahun dah.Sebenarnya ini tawaran buat pembaca blog(cewah.pembaca la sangat~)ini sama ada secara senyap ataupun bising:p

Kepada sesiapa yang berminat nak poskad dari saya(mcm la ada yang berminat.takpelah saya tiba-tiba jadi baik dan rajin pula kali ini), sila-silalah tinggalkan alamat anda di kotak ulasan@email@ym@msg ye.Taip alamat dengan betul.Jangan bagi alamat rumah untuk disewa atau dijual pula.

Ada ke orang buat hantar poskad minta alamat sampai promosi macam ni?

Takpelah.Senang kerja.Nanti boleh hantar banyak-banyak terus.Takdelah asyik menempel muka kat barid(post office)tu.

Tak suprise?

Em...nanti time poskad tu sampai kamu berlakonlah terkejut macam tak tahu apa-apa langsung tentang poskad dari obersi itu.Boleh tunjuk kat orang-orang kampung <---ini nad yang cakap.haha.

p/s:tawaran hebat menanti anda di sini-di sini(echo effect):D

Ketika

dan bila di ketika ini.
aku mudah berkecil rasa.
air mata jadi murahan.
meleleh bagai tak tertahan.
macam budak kecil hingusan.

bukan salah kamu.
tapi kata itu sedikit menghiris.
untuk aku di ketika ini.

engkau enggan.
waktu aku paling perlu.

benda kecil cuma.
tapi bukan pada aku di ketika ini.
maafkan aku.

ku hanya minta bantu wahai kamu~


10.35pm 24/07/09
Irbid, Jordan

23.7.09

Poskad

Assalamualaikum wbt.



Lama tak post apa-apa di blog.Rindu rasa.Hampir seminggu lebih.Sekarang tengah kering idea tapi tetap mahu tulis sesuatu.

Hari-hari lepas berjalan seperti biasa.

Tadi saya dapat poskad dari Mesir.Gembira.Nad mesti dah sampai rumah kan sekarang?

Moral sepanjang seminggu lepas:

1)tambahlah dalam doa kita pd Allah, moga dipertemukan dengan orang baik-baik dalam menguruskan kehidupan seharian.beberapa hari lalu saya terharu dengan 2 orang pakcik Arab ni.bersungguh mereka menolong kami dan tidak pula cuba mengambil apa-apa kesempatan.alhamdulillah.=)

2)hubungilah ibu dan ayah selalu walaupun kita tak punya idea nak cakap apa kadang-kadang.emak ayah.saya rindu~

3)setelah beberapa bulan masa meninggalkan episod tragis akhir tahun 2008 dan awal tahun ini di bumi Palestina, kita seakan lupa.kita yang dulunya paling berkobar memboikot sudah sedikit demi sedikit memberi alasan untuk tidak memboikot.kita yang pada masa itu tak pernah lupa dalam setiap doa mendoakan mereka tapi hari ini semakin berat bibir untuk mendoakan.sedang Yahudi tak pernah berhenti memikirkan strategi memusnahkan kita.tak pernah berhenti cuba merobek kesucian Masjid Al-Aqsa hingga saat ini.mengapa kita harus berhenti?

KAWAN-KAWAN MARI KITA BERSAMA TERUSKAN USAHA MEMBOIKOT.BERSAMA DOAKAN AL-QUDS TERUS TERPELIHARA DAN SESUNGGUHNYA KEMENANGAN YANG NYATA ITU ADALAH MILIK ISLAM.BERSAMA IKHLASKAN HATI MEMBELANJA HARTA UNTUK MEMBANTU MEREKA, SAUDARA KITA.DAN BUAT YANG SEDAR, BERSAMA TIMBULKAN KESEDARAN SESAMA KITA.TERUSLAH.

p/s:jangan biarkan ruh perjuangan itu semakin pudar dimamah masa~

p/s:nad.jamin ke aku tak sesat kalu guna peta kat poskad ko tu bila aku datang mesir nanti?haha.

9.7.09

Siapa punya mesin masa?

Siapa punya mesin masa?
boleh pinjamkan pada aku?

kumahu pulang.
pulang menjenguk detik lalu.

saat ketika ku berenang,
dalam kantung di ruang kukuh itu.

saat ku terima peluk cium sulung dari dirinya.

paling mahu,
menjenguk detik menjadi si kecil dalam suam dakapan dia.

sudah itu,
akan aku minta dari kamu.
wahai si pemberi pinjam mesin masa,
izinkan kumiliki mesin masamu.
katakan saja apa, berapa, yang kau mahu gantinya.

sudah itu,
ketepi semua.
akan aku lenyapkan mesin masa dari dunia.
guna kapak besar yang dah tersimpan lama.

*senyum sampai mata jadi bertambah sepet*

kekallah aku si kecil itu.
jangan kau cari ku yang dulu.
tiada kau jumpa.

kerana akulah si anak kecil.
yang mahu diusap kepala oleh tanganmu.

2.18 pm 10/07/09
Irbid, Jordan

8.7.09

...

lemas jiwa.
kurang rasa.

penat,
tanpa kerja.

jemu,
tanpa selalu.

mahu hembus nafasmu.
ke dalam aku...

2.7.09

Terkilan

Assalamualaikum wbt.

'one leera'
'one leera'

Suara nyaring seorang makcik tua menarik pandangan saya ke arahnya di ketika saya sedang keluar dari pintu pagar itu.

Dia melambai-lambai menunjukkan barang yang dijeritkan 'one leera'.Saya melihat ke arahnya.Melihat juga pada barang yang dilambai-lambaikannya itu.

Dia duduk di tepi jalan berhadapan dengan pintu pagar.Di depannya terhampar tikar lusuh yang menempatkan beberapa barang jualan yang disusun rapi.Kain kecil jarang bersegi tiga berwarna terang yang saya tak tahu apa fungsinya.

Tiba-tiba terbit rasa simpati yang sangat.Kelihatan dhaif.Dia bersungguh mencari rezeki halal dengan tulang empat kerat sendiri dan tidak meminta-minta seperti yang lain.

Ikutkan rasa mahu saya hampiri dia berikan 'one leera' ambil barang itu dan berlalu dengan rasa lega.Tapi sebaliknya yang berlaku, saya melepasinya begitu sahaja sambil memikirkan apa saya nak buat kalau saya beli itu.

Beberapa ketika selepas itu, masih terngiang-ngiang suara nyaringnya melaung 'one leera' pada saya.Tak tahu kenapa tapi saya rasa terkilan sangat sebab gagal menjernihkan matanya yang penuh pengharapan.Mungkin jika saya membelinya ia akan jadi 'one leera' dia yang pertama buat hari itu.huu~

Ya, saya terkilan.Apalah sangat nilai 'one leera' tu hidayah...

nota 1:'leera' adalah mata wang turki.

nota 2:saya hanya mampu berdoa agar dia Allah kurniakan rezeki yang lebih.

nota 3:ajarkan aku jadi uthman bin affan si dermawan~

Oh, ada anugerah la.

Assalamualaikum wbt.



task 1:done.

1:orang yang bg saya award ni nama dia zulaikha.orang panggil dia zul.orang pertama yang jadi pengikut saya(follower).=P

2:kami bakal berjiran.saya akan pindah ke duwwar kubbah tak lama lagi.zul, kena datang tolong kemas ye.=P

3:saya suka gambar dia yang tengah angkat tangan berdoa dalam sebuah masjid di Turkey.pecah perut gelak.gila 'fake'.haha.zul, jangan marah.

4:antara orang terawal yang saya kenal dalam dunia blogging.

5:masa kat intec saya tak kenal sangat zul.bila datang sini saya mula mengenal hati budinya.cewah.

6:extra.suka shopping ngan zul.hari tu jalan sampai kaki melecet.dahsyatkan.haa, dia suka shopping beg.hari tu sampai 2 biji sekaligus dia angkut.=P

task 2:done

1:kalau tak suka satu benda atau perkara, saya akan diam.tapi saya selalu diam bukan sebab tak suka apa-apa tapi sebab tiada idea.

2:tak pandai berterus terang.terlalu risau akan menguris perasaan sesiapa sampai menguris perasaan sendiri.

3:jadi blurr bila berada di tempat yang ramai orang.santai bila bilangan manusia berpatutan.

4:sensitif.mudah'hujan'.

5:sentimental.perkara sekecil serangga di mata mereka boleh jadi amat besar di mata saya(maknanya)

6:saya satu-satunya anak mak dan ayah.orang kata 'mesti manja ni'.mak jawab 'haah'.tapi saya tak rasa pun yang saya manja.pelik.

7:suka yang puitis.jatuh hati dengan bahasa langit.tapi bukanlah yang bergaya tipikal.

8:mudah bosan dengan sesuatu gadget setelah semua di'explore'.

9:tak up-to-date sangat dengan lagu-lagu atau apa-apa jenis nasyid.dengar lagu yang dekat di hati berulang-ulang kali pun takpa.

10:mahu berubah jadi yang lebih baik.

task 3:done.

10 penerima?!banyak sungguh.sekali description tu.oh.no.no.no(gaya gerak2 jari telunjuk)

nak bagi kat nad la.sebab blog dia entri-entrinya selalu yang bermanfaat.bila la saya nak jadi macam dia*sigh*

juga nak bagi fieqa dan nisa dan umai dan dila.(org2 yang ada dalam kotak pengikut)=P

p/s:kalu rajin buatlah.tak paksa.kalu buat tinggalkanlah pesan.boleh saya lihat.