Siapa punya mesin masa?
boleh pinjamkan pada aku?
kumahu pulang.
pulang menjenguk detik lalu.
saat ketika ku berenang,
dalam kantung di ruang kukuh itu.
saat ku terima peluk cium sulung dari dirinya.
paling mahu,
menjenguk detik menjadi si kecil dalam suam dakapan dia.
sudah itu,
akan aku minta dari kamu.
wahai si pemberi pinjam mesin masa,
izinkan kumiliki mesin masamu.
katakan saja apa, berapa, yang kau mahu gantinya.
sudah itu,
ketepi semua.
akan aku lenyapkan mesin masa dari dunia.
guna kapak besar yang dah tersimpan lama.
*senyum sampai mata jadi bertambah sepet*
kekallah aku si kecil itu.
jangan kau cari ku yang dulu.
tiada kau jumpa.
kerana akulah si anak kecil.
yang mahu diusap kepala oleh tanganmu.
2.18 pm 10/07/09
Irbid, Jordan
9.7.09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 komen:
aku punya mesin masa itu
tapi bayarannya
pasti kau takkan mampu
pecayalah
kau takkan mampu!
akibatnya
kau takkan bisa memilikinya
biar hanya aku yang punya
atau kamu mahu pinjamkan aku kapak besar miikmu?
mahu?
biar aku saja yang hancurkannya
biar aku saja yang musnahkannya
bolehkah?
sang pemilik mesin masa,
kau satu dalam beribu.
sudah lelah aku mencari.
dalam simpan kamu akhirnya.
jangan begitu wahai pemilik mesin masa.
jangan berkira sama aku.
andai kau mahu kapak besarku.
bawa aku bersama.
bersama musnahkan.
bersama lenyapkan dari dunia.
kerana tetap mahu aku jadi si anak kecil.
tetap mahu aku diusap kepala oleh tangannya.
perlu apa mesin masa??
walau diri ini kepingin mahu pulang
mahu penuhkan gersang hati ini dengan kasihnya
mahu lembutkan keras hati ini dengan tuturnya
kembali jadi kesayangan,
senantiasa dalam dakapan.
perlu apa mesin masa??
walau aku benci menempuh duri
benci sekali menahan pedih
perlu apa mesin masa??
kerna guris itu yang mengajar erti dewasa
dan sekuat mana esakan aku
seteruk mana sungkurnya aku
dia tetap di situ
sedia dengan senyumnya
`saya sayang mama saya!!!!!'
[p/s;angah,jgn gelakkn deh..poyo lak rase..haha]
hahah.
aku tetap.
mahukan mesin masa.
biar berperang dunia ke 3 dengan si pemilik mesin masa si pengemislaila.
tiada perlu bagi kamu?
kurang saingan bagi aku.
kerana mahu aku jadi si anak kecil.
tetap mahu aku diusap kepala oleh tangannya.
p/s:nak slr?angkut je la sebijik.kamu kan orang2 kayo.=)
eh,tak cukup canggih lg ker slr y dah ader tu?*jegil mata*
kalu dah tak sokka meh sini nak renovate jd mesin masa.hahahah.
best-best!
haha... makin ramai berpuisi
mahu menyelit juga lah~ :p
----------
bodoh,
menempah penjara masa.
bodoh,
naif tak berakal mengimpi sia-sia
bodoh,
mahu kekal bodoh seperti dulu.?
------
Kalau aku...
jurai suci kujejak mati.
berguru tegar sama alghazali.
Merobah zaman melawan A'si
Melihat kedepan siapa si Qaim al Mahdi
dan~
sempurnalah aku abdi Rabbi...
dan kau...
masih si bayi dibuai mimpi
masih si kecil digendong ummi
masih si budak diusap manja..
sedang Umar impikan pemuda rabbani~
hehe, semacam kaku..lama tak menconteng bahasa ~
hahahah.
-------
teperosok dalam penjara masa.
terus diperonyok.
ditampar berkali-kali.
*celik*
diam.
terkebil si kecil tanpa suara.
ralit si budak tiada kata.
bagaimana mahu diundur.
mesin masa sudah kembali menjadi unsur.
teruslah menjadi si bayi.
p/s:kaku la sangat~sampai buatku rasa betul bodoh.=P
haha, tapi tak masih tak dapat lawan kata2 sipeminjam mesin masa...ahaks
berguru dengan siapa?:p
huhu..
to baihaqi:
berguru di alam maya.berguru dengan puisi2, tulisan2 orang yang sudi.berguru dengan alam sama.plg utama rasa yang tuhan kurnia.
assalamualaikum angah..
den x roti la puisi2 bagai nih!
dah mcm org indon dah achik bace kat atas2 tu..
sket2 je la..
huhu~
btw,bittaufiq utk exam VB!
haha.
haah kan?
sbb org indonesia ckp bhs baku kot.
bittaufiq jua achik.doakan kita bersama.
huaa
terasa kecil btol aku disini..
sume teror2 berpuisi..
kdg2 kan dayah, susa tol nk tafsir ko nye poem nie..hehehe~
haha.
ko tu kecik la sgt~=P
betul ke?
maybe aku tak perasan sebab aku yang buat kot.
dah selalu puisi orang yang aku bca lg susah nak faham.hee~
dan*
puisi2*
Post a Comment