27.3.10

Doktor Jiwa

Assalamualaikum wbt.

Photobucket

Pernah suatu hari saya beritahu sepupu yang nanti saya nak jadi doktor sakit jiwa(baca:psychiatrist).Lepas tu dia ejek-ejek.

"doktor sakit jiwa"

"doktor sakit jiwa, nenenene"

"argh budak, nak kena ni!"(dalam hati menyesal sebab tersalah cakap.tapi kalau cakap psychiatrist tak paham pula.kalau sebut "doktor penyakit jiwa" macam skema)
tapi secara positif saya ambil apa yang dia cakap tu sebagai doa yang satu hari nanti saya akan menjadi psychiatrist.iA.

Waktu semester 1 dulu salah seorang lecturer ada menyatakan yang psikologi adalah antara bidang yang amat penting pada abad ke 20 ini telah membarakan kembali semangat saya yang semakin terpadam dek berlalunya masa(lupa sebab asyik exam ja.mangsa sistem yang terlalu exam oriented)ish.

Bidang psikologi ni bukanlah mempelajari jiwa/mental itu secara langsung kerana sifatnya yang abstrak, tetapi psikologi membatasi pada manifestasi dan ekspresi dari jiwa/mental tersebut yakni berupa tingkah laku dan proses atau kegiatannya, sehingga psikologi dapat didefinisikan sebagai ilmu pengetahuan yang mempelajari tingkah laku dan proses mental.

Psikologi dalam bahasa Arab ialah ilmu nafs.Merupakan salah satu ilmu pada zaman keemasan Islam yang memiliki kemiripan dengan psikologi moden.Tokoh yang berperanan dalam ilmu ini antara lain, Al-Kindi dan Al-Farabi yang merupakan pencetus terapi musik.

Ada orang cakap psychiatry ni tiada apa-apa, tak penting dan kurang sumbangan kepada masyarakat kalau dibandingkan dengan pengkhususan2 perubatan yang lain.

Semua perkara ada kekurangan dan kelebihannya kan.

Pada pendapat saya masyarakat kita sendiri yang tak menggunakan peluang ini sebaiknya.Kadang-kadang skeptik terhadap pandangan masyarakat apabila ingin meminta nasihat pakar kaunseling atau pakar psikologi dan sebagainya.

Terlalu banyak 'jiwa' yang 'sakit' hari ini.Jiwa kita bagaimana?

p/s:psychiatry is one of the specialization in medical field.psychology=study of soul/mind.

p/s:cardiothoracic surgeon menarik juga.ngeh2.

25.3.10

Resepi pula

Assalamualaikum wbt.

P/s:Pula tu bukan makanan.ahaha.

Rahmah, hari tu kan awak ada minta resepi pizza(mentang-mentang baru beli furun elkahroba2.ceh)Saya segan sebenarnya.Pizza cikai je pon.Resepi pon telah di googled dengan kata kunci"resepi pizza mudah".Perkataan"mudah"jangan lupa.haha.

Tapi sebab awak, saya lampirkan resepi(telah diubahsuai sedikit sesuka hati sesedap rasa(kot))tersebut di sini ya.

Resepi ni katanya untuk 10 orang makan.Saya bajet-bajet sendiri jadi untuk makan 3 orang je.

KULIT PIZZA
* 500gm tepung gandum<---bajet ikut nak doh banyak mana
* 1/2 bungkus yis mauripan(kalau takda yis pergi kedai runcit lalu berkatalah kepada si pekedai"endak 5hamirah?")
* 1 Cawan air suam<---kurangkan ikut sukatan tepung
* 1/2 cawan minyak masak<---pon sama
* Garam secukup rasa
INTI PIZZA
* 6 Keping Daging burger(dilenyek)<---2/3 keping pun cukup.banyakkan kalau doh banyak
* 1 Tin Tomato puree<---2 sudu
* 1 Tin Marshroom (dihiris nipis)<---5 biji
* 2 Biji bawang besar(dipotong dadu)<---1/4 bawang
* 6 hot dog (dihiris)<---1
* Lada hitam serbuk, Oregano(pebenda ni?tak tahu.jadi saya mengabaikan kewujudannya), garam, gula secukupnya.
* Mozarella cheese ikut suka banyak mana
* Nenas<---potong kecil-kecil

Cara-cara

1. Untuk kulit.Gaul tepung bersama yis + garam + air suam uli hingga menjadi doh(uli bersungguh ok)
2. Masuk minyak dan uli lagi hingga sebati dan tak melekat di jari jemari biarkan doh naik sedikit uli lagi dan canaikan di atas dulang yg telah gariskan dgn butter dan ratakan sedikit tepung sebagai pelincir.ngeh2.
3. Untuk inti.Daging buger + tomato puree + mushroom + bawang besar + lada hitam + garam + gula + Oregano(tiada).Gaul sebati.
4. Letakkan inti di atas kulit pizza dan ratakan.Tabur hot dog dan cheese kalau nak letak nenas ke lada benggala ke...letak saja diatasnya...bila kulit dah naik sedikit bolehlah bakar dengan suhu 190"c selama 20 min(tambahla kalau nampak macam tak masak lagi atau suka yang rangup-rangup ke).
5. Okay.Pizza siap!

Tak dilupakan di sini saya kepilkan bersama gambar pizza cubaan kedua.Yang first buat tu jadi giant pizza.Tak berapa nak normal:P


sebelum.kurus dan putih.


selepas.kembang dan gelap.

18.3.10

Macam-macamlah

Assalamualaikum wbt.

Apabila sedar hak kita cuba-cuba dinafikan oleh sesetengah pihak, apakah yang akan kita dilakukan?

Tengoklah hak apa itu/itu apa?(yang mana satu betul?)Contohnya hak milik tanah ke?Hak penjagaan anak ke?Hak/bahagian makanan di dewan makan asrama ke?

Hum...pada pendapat penulis(cewah.tetiba tukar ganti nama.profesional sikit bunyinya)berkaitan hal-hal yang disebutkan di atas sudah pasti ramai yang berusaha mempertahankannya bukan?

Tapi bagaimana pula dengan hak mengundi?

*suasana sepi.lalu cengkerik pun berbunyi.

Penulis sebenarnya bukanlah mahu menceritakan apa yang berlaku di tapak mengundi di Jamiah yang berlangsung pada hari ini.Kisah tolak menolak tu kita tolak tepi(penulis lemas)

Sesungguhnya setiap undi kita adalah amat berharga bagi menentukan masa depan sesebuah persatuan atau negara dan sebagainya.Lebih-lebih lagi sahabat-sahabat serta penulis sendiri yang bakal memasuki umur boleh mengundi tahun hadapan oleh itu marilah kita sama-sama mendaftarkan diri ya.

Eh.Apa point penulis sebenarnya?

Oh.Kesimpulannya profesionallah dalam setiap perbuatan terutamanya ketika hari mengundi.Ish.Adakah mengadakan roadblock yang dahsyat dan pelik di depan pintu bilik undi sehingga para pengundi perlu bergaya seperti sedang bermain rugbi untuk masuk salah satu contoh profesionalisma?Kata first class minded people~(penulis yang kata ni)Ish sekali lagi.

Ah tensi, konspirasi, kontroversi semua ada.

Mari menenangkan diri dengan melihat gambar ini:

comel sgt.tak sanggup nak makan:)

p/s:ya Allah lindungilah kami dari kejahatan dunia.

6.3.10

Foto Mesir (2)

Assalamualaikum wbt.


Dalam banyak-banyak gambar ketika di Mesir yang ini paling saya suka:)

Photobucket
Kubu Salahuddin Al Ayubi di Kaherah.Dari atas bukit ini kita akan dapat lihat pemandangan kota Kaherah yang padat penduduknya.

Lepas turun Sinai singgah Uyun Musa, Wadi Arba3n, tinggalan kesan lembu Samiri, maqam Nabi Harun dan Makam Nabi Salleh.

Photobucket
Nampak tak ada 2 orang tengah tunggang lembu?

Photobucket
hidayah,syakina,anis,hazirah,hidayat(+ayuni n rubiah)
>Geng Jaulah Mesir '10<