26.5.09

Tutup Kedai

Assalamualaikum wbt.




Kedai ditutup buat sementara waktu, bagi laluan final exam.Fokus2.Belajar2.Menuju dean list.Kena tampung.huu~Doa.Usaha.Doa.Tawakal.Doa.Ya Allah, permudahkanlah sahabat-sahabatku dalam menghadapi final exam ini.Kurniakan mereka ketenangan di mana jua mereka berada di muka bumiMu.Bantu kami ya Allah.

nota:tak jamin sampai bila.entah2 esok dah bukak balik.=P

25.5.09

Intabeh a.k.a Perhatian

Assalamualaikum wbt.

'hari ni aku keluar rumah dalam trauma.trauma pada lelaki.terutamanya yang arab.huhu.tapi bukan sebab diapa-apakan.aku jadi trauma bila baca nasihat kakak senior aku kat blog dia.mereka sangat menakutkan bila musim panas katanya.sebelum ni aku ambil mudah saja.takkan la jadi macam tu fikir aku.tapi jangan main-main.malang tidak berbau.hanya badan yang berbau.=Pserius aku sangat takut dengan lelaki.tolong.walaupun dia sebenarnya baik.adakah aku dah berburuk sangka?tapi kita kena ambil langkah berjaga-jaga'

apa nak buat pabila:

1)kamu nampak lelaki tu pandang semacam kat kamu-->buat muka kerek nak mati.lepas tu lempar pandangan kamu jauh-jauh dari dia.jalan cepat-cepat.

2)ada orang lelaki entah apa-apa call kamu tak sudah-sudah-->divertkan saja call itu kepada kenalan lelaki dalam contact kamu.insyaAllah dia akan stop.malangnya henset aku takde butang fungsi divert.huu~boleh juga kalu reject call'

3)elakkan duduk di sebelah lelaki didalam bas ke jaamiah.malangnya tadi aku terpaksa duduk sebelah lelaki.tak sempat aku nak turun semula.bas dah jalan.sudah la aku trauma.tapi aku tengok di tangannya ada nota medic.dia mesti budak medik.doa aku orang educated akan behave educated gak.huhu.alhamdulillah.

4)lagi satu harap kita dapat behave bila di perjalanan.jangan dok huha2.jaga aurat.jangan jadi catalyst!

5)lain kali la sambung.

nota 1:kata ganti diri dah berubah.

nota 2:kalu aku bad mood orang mudah perasan kenapa ek?huhu.maaf.tak berniat pon.tolong ajar aku mcm mana nak bagi protein2 ni tidak terlalu mangawal emosi.

nota 3:tiba-tiba aku rasa sangat fragile.aku perlukan........doa yang terbaik.jangan berhenti.insyaAllah akan tiba masanya.

21.5.09

Jangan Lagi Ditunggu

Rumput segah menghijau,
beransur mengering kuning.

Pesona bunga melata liar.
Ada yang merah,
yang kuning,
yang putih dan yang ungu.
Indah.
Keluar mencari mentari.
Setelah pergi sejuk membeku.

Hari ini menjadi sama semua,
mula perang tiada bernyawa.

Musim lepas menjengah kembali.
Bukti sepurnama nafas,
di tanah ini.

Musim berubah sudah.
Aku?
Engkau?

Mahu ditunggu lagi berubah?

*hembus*
Sampai bila entah.

Pesan Dia.
Andai datang hidayah itu,
akan lapang rasa didada.

Jangan lagi ditunggu.


nurhdyh
22/05/09 9.02a.m
Irbid,Jordan

18.5.09

Musim Panas dan Aiskrim

Assalamualaikum wbt.

Fuuh...alhamdulillah sampai rumah akhirnya.Kat luar tu panas betul.Bila dah sampai rumah rasa macam tak nak keluar sampai bila-bila(ada unsur hiperbola).Ini baru 33 darjah celcius.Hidayah tolong.Tolong jangan merungut tak tentu pasal dengan kepanasan.InsyaAllah ada hikmahnya.

Alhamdulillah hari ni hari akhir 2nd exam bagi 2nd semester.Exam practical ni memang menguji emosi la saya rasa.Menguji tahap kecuakkan anda dan menilai tahap ingatan anda dalam masa singkat(memandai je).Itulah, kalau cuak dan panic tak bertempat macam mana nak jadi doktor.Macam mana nak bekerja kat emergency department nanti.Satu kesilapan kecil saja boleh buat melayang nyawa insan tak bersalah.Jadi, latih diri anda supaya tenang dalam setiap tindakan dalam apa jua situasi ya.Mula dari sekarang okay.

Tadi dalam perjalanan pulang dari jaamiah saya singgah pasar.Beli barang-barang keperluan dapur yang dah ketandusan(terasa mcm isteri solehah).hehe.Dari jauh saya dah nampak kedai2 menjual aiskrim.Erm...memang sinonim la dengan cuaca terik tapi tak sedar yang diri tu batuk tak berapa nak elok lagi.

Saya pun meninjau-ninjau aiskrim dari tempat display tu seperti orang yang dah 7 tahun tak makan aiskrim.Ala...aiskrim yang di'scoop' tu.Si pekedai hanya memerhatikan tingkah saya dari dekat.Tunjuk punya tunjuk, perhati baik punya kat tempat display tu akhirnya dengan tak semena-mena saya mintak aiskrim diluar tempat display, yang dalam kon(y murah sebenarnya)=P.Semangat pakcik tu gelakkan saya okay.Saya pun nak tergelak sbb dengar gelak dia.ahahah.(^_^)

nota 1:merepek je hari ni.

nota 2:hello, final exam histo tinggal 2 mmg je lagi.berusaha!usaha sungguh-sungguh.

nota 3:nak pergi jauh dari alam realiti sekejap.salam.

p/s:gambar asikrim tuh nampak tak tempting langsung la pulak.huu~

12.5.09

Buat Bunda Dari Anakanda

Assalamualaikum wbt.

Melihat lambakan entri sempena hari ibu di blog-blog membuatkan saya rasa ingin mencoret tema berkaitan juga.Pada mulanya terasa tak mahu, biar saja tercoret dalam hati tapi tangan tetap gatal.

.....................................................................................

'kalau ikutkan rasa macam tak nak bagi je dia pergi'-emak-
saya terdengar emak berbual di telefon dengan adiknya(mak tam)

'rasa hati nak suruh dia belajar kat sini je'-emak-
saya terdengar pula perbualan emak dengan ayah di dapur.

Ini sehari dua sebelum berangkat ke Jordan.Saat itu hanya sebak yang menyelubungi.Tak mampu saya luahkan tapi di dalam saya menjerit sekuat hati.

'kalau mak rasa macam tu, *&%# rasa berkali2 ganda perkara yang sama'
'*&%# tak nak pergi mak!'

'aku tak mahu hari itu menjelang.aku harap ada keajaiban akan berlaku'
'masa, tolonglah berdetik seperlahan mungkin.aku mahu lama dengan emak.kalau boleh kau berhenti terus.aku mahu bersama selamanya'

Saya faham betapa beratnya hati dia untuk melepaskan saya pergi seperti beratnya hati ini mahu meninggalkan dirinya.Bermacam perkara bermain di kepala masa itu.

....................................................................................

Buat bunda ratu hati anakanda:

Selamat hari lahir mak.(11 Mei)
Selamat hari ibu, mak.

Rindu sangat kat mak.
Rindu nak peluk mak.

*nanges*

Mak, maafkan segala salah silap anak mak ni.

Masa kecik saya jahat.
Pernah buat mak menangis sebab malas bangun untuk mandi di pagi hari untuk ke sekolah @ tadika.Penat mak kejut saya.huu~

Kalau tak dapat barang yang saya nak mulalah muncung sepanjang hari(nenek cakap sampai boleh simpul muncungnya).Merajuk dengan mak.Bercakap pun dalam nada mahu tak mahu je.huu~

Mak jarang marah saya.Saya tak pernah dipukul.Tapi sekali kena tegur terus terasa hati.Senyap.huu~

Masa tu saya masih belum berfikir guna akal.Si anak sering tak mengerti tindakan si ibu.Setiap perkara yang mak buat semuanya bersebab.Dia tahu yang terbaik untuk kita dengan naluri yang telah Allah campakkan dalam hati setiap insan bergelar ibu.

.....................................................................................

Ketika ini, kalau boleh ingin saya terbang sekarang juga untuk mendakap emak yang jauh di sana.Wahai burung, adakah yang sudi meminjam sayap buatku bertemu ibu?

Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan kasih sayangmu padanya.Berkatilah hidupnya Ya Allah.Letaklah dirinya dalam perlindunganMu.

Allah, berilah aku peluang untuk berbakti padanya yang tak mungkin aku gelar ini membalas jasa, kesempatan untuk menghadiahkan bahagia seperti mana bahagia yang dia beri padaku malah lebih dari itu dan masa untuknya seperti perhatiannya buat aku dulu, kini dan selama.

mahu aku.
dia tahu.
yang aku.
amat sayang,
dirinya itu.

nota 1:masa kecik2, xdela kecik sgt saya tidur peluk mak(blushing)'nak lOk''nak lOk'mak selalu ajuk saya masa kecik bila minta dipeluk.

nota 2:dulu sampai darjah bape ek saya tak ingat,makan pun bersuap.mak y suap tiap petang balik dari sekolah.sampai hari ni mak masih lagi cerita kisah dulu2.rindu nak suap saya agaknya.heheh.

9.5.09

Not Feeling Well

Assalamualaikum wbt.


Runny nose...


Watery, itching eyes...


Spinning head...


Sore throat...(one, two, three, one, two, three. Testing.Testing)


SWELLING GUM... (thinking of bunga cengkih n air garam petua Biah.hoho)


I think I'm having welcoming-wisdom-teeth-to-the-world fever.huu~


Note: for the first one it was yesterday.no more running nose today because it is blocked.

Note: at the moment I'm eating salatoh (a kind of salad in Arabic).


P/s: to my friends: get well soon. Allah yu3tiikumul aafiah.