27.1.09

A few words are just enough

Assalamualikum wbt.


Terasa ingin menulis.Menulis tentang sesuatu yang selama ini hanya saya perhatikan.Terbukti bahawa pembacaan memberi impak yang besar terhadap cara berfikir seseorang.'aku buku aku'memetik tajuk sajak nukilan seorang insan yang saya suka akan cara penulisannya.Tertarik sungguh saya dengan tajuk itu.Apa yang dibaca pasti akan mempengaruhi seseorang kalau tidak banyak mungkin secebis itu ada.Ini hanyalah pandangan peribadi.

Bercakap tentang pembacaan,terfikir saya akan cara penulisan yang mampu membuat pembaca bersama merasai apa yang dirasa penulis ketika itu.Cara penulisan yang bersahaja amat menarik perhatian saya.Dari teknik penceritaan yang mudah tapi hidup tersirat sebuah hikmah yang jelas tanpa memerlukan ayat yang panjang berjela.Saya sangat terkesan dengan tulisan-tulisan sebegini.Mengajak kita berfikir tanpa disuruh mahupun dipaksa.Mungkin sebab ini juga saya sangat sukakan sajak-sajak atau apa-apa saja jenis puisi.Bait-baitnya ringkas tetapi mendalam maksud dan erti.Mengajak kita untuk berfikir dan terus berfikir.Dan setiap orang akan mentafsirkannya dengan cara yang tersendiri.

Suka saya kaitkan dengan hidup kita sehari-hari,untuk menegur atau menasihati seseorang pelukah kita menegur secara terus?.Benar ada ketikanya perlu,tapi bagi saya cukuplah dengan beberapa patah perkataan yang ringkas dan padat.Maksud yang ingin disampaikan itu mungkin lebih halus senang menusuk ke jiwa dan lebih dalam kesannya.Tapi awas tak semua orang berkesan dengan cara ini.Bijak sungguh cara orang-orang dulu menggunakan bahasa.Pantun,gurindam,cerita-cerita rakyatdijadikan medium.Tanpa kita sedar puisi yang indah itu terkandung sindiran yang sungguh bermakna.Hal ini tak dapat dinafikan lagi sebab Al-Furqan iaitu kalam Allah sendiri menggunakan teknik penceritaan kisah-kisah umat terdahulu untuk memberikan pengajaran kepada umat seluruh alam.

Sejak kebelakangan ni,saya rasa ingin mempelajari bahasa-bahasa lain.Tapi saya masihperlu memantapkan lagi bahasa yang saya ada sekarang.InsyAllah kalau ada rezeki dan peluang tidak akan saya lepaskan.Ini juga adalah antara impak dari pembacaan saya kira.Membaca entri,artikel dan pandangan di blog-blog banyak mempengaruhi dan mendidik saya supaya menghargai bahasa.


Nota kaki 1:terasa macam menulis karangan Bahasa Melayu la pulak.

Nota kaki 2:saya dah mula cuti semesti hari ni.gembira.=)

15.1.09

M untuk maaf

Assalamualaikum wbt.

Kali ni saya nak minta maaf sebab rumah saya ni tak siap kemas lagi.huhu.Almaklumlah penulis amatur.=P.Beginner saja.Lagipun sekarang sibuk dengan final exam.Nanti cuti nanti saya akan buat sesuatu. Okay?.=)


Nota kaki 1:hish.macam la ada orang baca blog ni.perasaan.(aku tulis ni untuk diri sendiri okay.)

Rindu Dengan Sangat

Assalamualaikum wbt.



Dada terasa penuh.Nafas mula tersekat di kerongkong.Bahang kehangatan terasa di seluruh muka.Kolam mata tak dapat dibendung lagi.Saya peluk emak erat-erat,saya menangis bagaikan anak kecil yang tak mahu ditinggalkan.Saya menangis dan memeluk seperti mana ketika saya dan emak di lapangan terbang Kuala Lumpur dahulu di saat ingin berlepas ke Jordan.Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.

Saya baru saja pulang ke Malaysia,tiba-tiba saya dipanggil menyertai satu program(ala-ala kem) cuma 3 hari sahaja tp rasa sangat sedih apabila tiba waktu untuk emak meninggalkan saya disitu.Sudahlah baru saja sampai tiba-tiba ada saja aktiviti yang akan mengurangkan waktu saya dengan keluarga.Saya pun tak pasti apa agaknya tujuan program itu diadakan.Tambahan lagi, peserta-peserta yang terlibat seperti tidak peduli dengan kehadiran saya.Terasa keseorangan.Itu saya kesalkan juga.Rumah yang sangat saya rindu masih belum sempat saya jejak.

Dahsyatnya saya menangis sehinggakan saya terasa panas dan tersedar.Oh,ada air mata mengalir di pipi.Mimpi.Saya bermimpi.Setelah terjaga dari tidur,kerinduan yang amat kepada emak, ayah dan keluarga tetap menekan dada.Saya terus menangis dan menangis(di bawah selimut)=).

Inilah kali kedua saya bermimpi akan keluarga saya sejak berada di sini.Saya memang jenis yang kurang bermimpi.Memang boleh kira la berapa banyak kali saya mimpi,itupun sangatlah susah nak ingat semula dengan jelas.Sebelum ini saya bermimpi balik kampung dan berjumpa dengan saudara-mara(peristiwa-peristiwa selanjutnya sudah tak berapa ingat.lihat.hihi).Rindu dengan sangat.

Saya bangun dan duduk atas katil dengan dada yang masih sebak dan mata yang masih bergenang.Setelah reda saya bersiap-siap untuk ke universiti.Dalam melangkah menuju ke universiti tertanya-tanya saya pada diri"pernahkah aku menangis begitu sekali kerana rindu pada kekasih Allah?""selalukah aku menangis sedahsyat itu kerana rindu dan takut kepada Dia?".Insaf.


Nota kaki 1:mungkinkah mimpi sampai menangis adalah tindak balas fisiologi badan untuk mengeluarkan adrenalin yang berlebihan?=)(cuak exam final kot.hehe)

Nota kaki 2:rindu pada keluarga.(ini fakta bukan main-main)=P.

10.1.09

Suara Mereka



ayah
mana ibu,mana abang
di mana kakakku,di mana adikku
kenapa cuma berdua kita yang tinggal
kenapa rumah kita diroboh
kenapa sekolah kami diruntuh ayah

ayah
kita kan ada batu
kita kan ada kayu
kumpullah sebanyak mampu ayah
akan aku lempar batu dan kayu
hingga roboh rumah mereka
hingga runtuh sekolah mereka

ayah
aku tak gentar pada kebalnya kereta itu
aku tak cemas melihat roket meluru

ayah
bersandar aku kerana luluhnya jiwa
bagai diracik sehalus zarah
tak tercapai dek akal insani
tiada wujudkah belas dalam hati
walau secebis cuma
di mana juga saudara kita yang lain ayah
andai mereka lupa
biarlah
biar mereka bersoal jawab di sana

ayah
kesatlah air mataku dan air matamu
pimpinlah tanganku
mari bersama lempar batu dan kayu
ayuh,tuntun langkahku
mempertahan akan hak yang satu.

nurhdyh
9.40 pm 10/1/2009
Irbid Jordan

7.1.09

Jangan diucap Selamat Tinggal

Assalamualaikum wbt.


"next week will be our last class and we'll say goodbye to each other.insyAllah"dr. hussein.

Tiba-tiba saya rasa sebak tp sikit je,emm...mudah betul hati tersentuh.Kadang-kadang saya sendiri pon tak faham kenapalah mudah sgt mata ni bergenang.Malahan sekecil dan semudah mana pon kata-kata atau tindakan seseorang tu mampu menyesakkan dada saya.Terasa jugak rimas bila dalam situasi tu.Kawan-kawan di sekeliling cool je,saya pulak emosi terlebih.Tapi itulah kelebihan seorang yang bergelar wanita dianugerahkan Allah airmata untuk dititiskan walaupun tanpa sebab yang nyata.Begitu jauh beza dengan kaum yang lagi satu tu.huhu.=P

Oklah,sebenarnya nak cerita yang semester pertama saya dah hampir tamat.huray.Tapi final exam sedang menanti dengan muka ceria.huhu.Banyak kena ulangkaji,saya kena ulangkaji betul-betul!Rasa sekejap pulak bersama rakan-rakan sealiran di kelas-kelas,namun memori bersama mereka tetap dekat di hati.hehe.

Pejam celik pejam celik dah hampir 5 bulan saya berada di Jordan,dah hampir 5 bulan saya menuntut di Jordan University of Science and Technology,dah hampir 5 bulan saya meninggalkan bumi bertuah Malaysia dan yang paling penting dah hampir 5 bulan juga saya berjauhan dengan keluarga.Pantas juga masa berlalu rupanya.Emm,rindu pada mereka.

Harapnya saya dapat melalui exam kali ni dengan jayanya. Mak, ayah, wan, saudara-mara, cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah, kawan-kawan doakan kami ya.;)


Nota kaki 1:tak sabar nak cuti semester.huray!pergi 'jelajah jordan'

Nota kaki 2:menanti-nanti saat masuk semester 2.tapi rasa cuak menanti tasjil(daftar jadual sem 2).are u ready for the battle friends?!heheh.

6.1.09

"coretan sebuah perjalanan"

Assalamulaikum wbt.


"coretan sebuah perjalanan"blog kedua saya, sebelum ni ada"rehlah hayati"(my life journey)tp tak sampai berapa minit pon wujud dah saya hapuskan.Tiada satu pon lg entri yang sempat saya tuliskan.haha.Sebab?Abaikan.=P


Dah lama asyik membaca blog orang lain,niat nak punya blog sendiri memang ada tapi faktor kemalasan menguasai diri.huhu.Oklah kali ni harapnya saya akan berjaya dengan misi terbaru.Semoga "coretan sebuah perjalanan"ini akan membawa manfaat kepada orang lain dan diri saya sendiri khususnya.


nota kaki 1:alhamdulillah

nota kaki 2:boleh jadi kenangan di hari tua nanti.hehe.=)