Tak soleh sungguhkan tajuknya entri ini, tapi jangan close tab dulu.

*jgn ckp meow ni hipokrit die betul2 happy cuma ada masalah senyum-depan-camera-selalu-fake:P*
Pernah tak?Ada masa kita terpikir kenapalah susah sangat nak jadi lebih baik.Sedangkan dalam hati memang cenderung ke arah perkara-perkara yang Allah suruh yang Allah suka benci perkara yang Allah larang.Tapi sebaliknya yang berlaku, perkara-perkara tersebut amatlah sukar untuk dizahirkan dengan perbuatan.
Untuk berubah kadang-kadang hipokrit itu perlu.
"pakai tudung memanglah wajib.tapi dia pakai tudung sebab tak nak orang pandang lain macam pada dia.tu tak ikhlas namanya kan?so whats the point?!"
Ada benarnya tentang hipokrit itu.Melakukan sesuatu syariat bukan kerana Allah tapi kerana manusia dan macam-macam lagi adalah salah satu definisi hipokrit.Definisi hipokrit yang saya tirutampal dari dictionary.com adalah seperti berikut:
1. a person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess, esp. a person whose actions belie stated beliefs.
2. a person who feigns some desirable or publicly approved attitude, esp. one whose private life, opinions, or statements belie his or her public statements.
Ya, ada sesetengah keadaan untuk merubah diri kita perlu hipokrit.Hipokrit juga perlulah sesuai pada tempatnya.
Biarlah untuk satu tempoh waktu kita rasa kita menipu diri sendiri.Kita kata kita bukan begini orangnya.Kita kata kita pura-pura soleh atau solehah depan orang ramai.
Perlu masa untuk berubah, bukan dengan sekelip dua kelopak mata.Kalau kita asyik cakap kita dah memang macam ni dah tak boleh nak buat apa, tanpa ada sedikit pun rasa atau usaha ke arah perubahan menuju kebaikan.Sampai bila kalau duduk saja?Takkan nak tunggu sampai turun malaikat dari langit untuk merubah kita jadi soleh atau solehah.Semua tahu benda ni mustahil(tidak jika dengan izin Allah)
Dalam tempoh kita hipokrit itu nanti akan sampai satu masa ia bukan lagi sebuah penipuan kerana satu hari hati kita secara rela bukan lagi paksarela melakukan sesuatu perkara baik yang selama ini dihipokritkan(ade ke perkataan ni?)
satu hari itu:
kita rasa tak sukalah pakai tudung tu,jarang dan singkat desis hati.sedangkan selama ini itulah tudung feveret kita.
rasa tak sedap hati bila tak baca al-quran satu hari.sebelum ini kita mengaji sebab kawan kita mengaji.kita jadi segan.
Rasa itu akan muncul.Kita perlu usaha.Mula-mula memang sakit dan banyak cabarannya tapi takkan kita mahu mengalah pada syaitan.
Paksa untuk kebaikan insyaAllah ikhlas akan datang mengiringi.Kalau tak paksa, tunggu keikhlasan datang, tanpa ada usaha untuk mengikhlaskan perbuatan, sampai bila-bila pun tak buat.
Kalau boleh "ma la yudraku kulluhu,la yutraku kulluhu"
'apa yang kamu tak boleh lakukan sepenuhnya, janganlah tinggalkan sepenuhnya'
Sikit-sikit lama-lama sempurnalah.insyaAllah.
:)
p/s:saya tahu ini mungkin tidak releven sama siapa-siapa.
p/s:mak kita belikan kain pasang untuk buat baju kurung@baju melayu raya.kita tak suka corak atau warnanya.kita kata terlalu retro.haha.tapi depan mak kita senyum dan cakap suka.pandai mak pilih.ini pun hipokrit.tapi orang kita panggil'jaga hati':)