7.4.11

Kedua Kali

hari ini,
langit kelihatannya
lebih cerah.
malah bumi
hijaunya bertambah.
Tuhan,
tuntunlah bimbinglah
langkah ini.
sekali lagi.



07/04/11

nota:rajin sikit menulis boleh tak?baik.

14.11.10

Ertinya Faham

aku bimbang kawan aku bimbang,
yang sebenarnya
kita ini tak pernah faham.
tak pernah faham sebenarnya.

sebagaimana faham Ibrahim dan Ismail
pada ertinya.
taat mereka merela hati,
mengorbankan dan dikorban.

sebagaimana faham saudara kita
menjual harta nyawa segala
buat menjamin Al-Quds seada daya.

masakan bisa kita,
bertahun hidup
bermewahan bermanja-manjaan.

makna yang terlalu luas
tak terjangkaukan.
ianya pilihan.
cuba memahami
atau terus tak pedulikan.

dan bermewahan bermanja-manjaanlah kita
buat selamanya.



nurhdyh
14/11/2010

26.7.10

Tabah dan Sabar Tak Semudah Mengucapnya

Assalamualaikum wbt.

Pagi khabaran itu, aku tak berani untuk ucapkan 'bersabarlah' mahupun 'bertabahlah' padamu.Sesungguhnya belum lagi aku melalui semua itu.Aku tak tahu bagaimana malah bimbang andai ada kata-kata yang bisa menggurismu.Mungkin kerana itu smsku hanya sampai pada lewat malam itu.

Yang mampu hanyalah meminta pada Allah supaya tabah dan sabar sentiasa disampingmu, bersama kiriman-kiriman alfatiha buatnya.

i'm so sorry my bestfriend for your loss.may he rest in peace.



p/s:cepatlah, aku mahu pulang ke tanah air untuk bertemu mereka yang aku rindu-rindu.

5.7.10

Back to Normal

Assalamualaikum wbt :)

Today's my 1st day of summer semester.I'm feeling a bit awkward(this sounds'kacang lupakan kulit')Padahal baru 2 minggu lebih je tinggalkan Irbid.

No more unexpected and out of control situations.

No more not very well planned, adventurous journey.

No more very civilised peoples.

No more 'onar' can be doned:P

No more over-walking or running.

No more cheerful 'oh-la' greetings.

No more 'regu' or 'bahasa isyarat':P

No more bla bla bla...

It's the best journey ever.I'm looking for something like this next time.



p/s:masih tak sempat nak upload gambar and cerita serba sedikit.next entry insyAllah.

15.6.10

Episod akan datang...

Assalamualaikum wbt.


Wah, wah.Lama betul tak update, lama betul blog ni terabai.ceh(padahal tiap-tiap hari kau buka blog kan)

Alhamdulillah, segala exams telah pun berlalu.Markah pun dah memunculkan dirinya.Maka waktu-waktu sekarang adalah masa untuk bersyukur ya.Juga masa untuk refresh kembali diri, semangat dan segala-galanyalah sebelum mulanya summer semester lagi dua minggu.

Oleh itu, aku yang bakal membawa diri ke negara asing(eceh~)mengharapkan aku akan terus menulis di sini sekembalinya nanti dari kelana.Sebenarnya banyak yang nak diabadikan di sini, tapi...entahlah tak tahu apa kena sama aku.Segalanya tak terluah.Writer's block atau mental block, aku pun tak pasti.

Tak apalah.Apa yang dah berlalu(yang tidak elok)kita tinggalkan dan mulai episod baru.

Salam sayang.

p/s:

4.6.10

Mencair

mata mencair tanpa pasti.
dan aku terus-terusan
tercungap mencari.

lemas.
tolonglah berlalu pergi,
rasa ini.

minta jangan pernah singgah lagi.

25.5.10

Mujahadah?

pergi meninggalkan persekitaran yang dirasa tidak membantu dalam perubahan diri demi membina biah yang lebih solehah atau kekal didalamnya dan berusaha ke arah perubahan dan penambahbaikan.

ya biah solehah itu penting.tapi tak selalunya kita akan punya pilihan di kehidupan akan datang.

kekal didalamnya dan berusaha ke arah perubahan.kita mungkin jadi lebih kuat atau sebaliknya.ianya pilihan.