23.2.10

Menyingkap Jendela Musa

Photobucket

dalam kehitaman malam.
di celah dua belahan batu.
aku berhenti dan berdiri.
lalu mendongak melihat ke atas.

Allah!
ini terlalu indah.
kanvas hitam dihias kerdip-kerdip hidup
bercahaya.

seketika.
aku biarkan pipi digigit-gigit
angin membeku.
hiba mengenang Musa.

diiring pekat malam yang dalam.
ditemani bayu yang kesejukan.
sendiri-sendiri menapak
demi menurut perintah tuhan.

"tapi mesti Allah bantu nabi Musa"

"betul"

tapi kepayahan mesti tetap ada.
kesusahan masih perlu ditempuh.
demi membina jiwa gagah di dalam Musa.
bekalan berhadapan kaumnya.

untuk menumbangkan yang batil
seterusnya menjulang kebenaran.
walau payah.
takkan pernah berhenti.



08/02/10
Jabal Musa

masih jauh
Photobucket
Ra'su Bahr, Dumyat

16.2.10

Tak sedar bila

dalam sekelip mata
ia pergi.
dan aku tak sedar bila.

tiba-tiba...
rindu merangkak dekat.

ah!
manusia...
selalu begini.
bila sudah tiada
baru nak merindu segala.


16/02/10

*gambar hiasan

tenggelam
Photobucket
Wadi El Rayyan, Fayoum

12.2.10

Entri bergambar tanpa spesifikasi(egypt part 1)

Assalamualaikum wbt.

the ship that never sinks
Photobucket

>Ra'su Bar(Dumyat)tempat bertemu air yang mengalir dari Sungai Nil dengan lautan Mediterranean.Surah Ar Rahman ayat 19 n 20.Ada mufasir yang berpendapat bhw y disebut dalam al quran itu adalah Terusan Suez dan Terusan Panama.Allahu taala a3lam.



dan matahari pagi mula menampakkan dirinya
Photobucket

>puncak Sinai@Jabal Musa.Jaulah Mesir '10

dan aku sepatutnya menaip catatan perjalanan lepas di sini tapi mush jaini mazaj.xde mood + malas.ya Allah kurniakanlah hidayah kepadaku.

dan mahu ucap banyak2 terima kasih pada nadh, raja, atiqah, hanan, nisa, k.biha dan k.insyirah(villa raihan)atas layanan baik sepanjang menumpang di rumah kalian.terharu.T_T