18.7.12

Semalaman

suatu malam lalu,

jujurnya sudah lama tak merasa seperti malam itu.kalau dulu waktu-waktu selalu menulis selalu saja merasakan sebegini.

bila peristiwa itu berlaku sewaktu diperselisihan, dilihat pada wajahnya, menyerbu masuk satu perasaan luar biasa sayu.luar biasa sebak.perlu meneruskan perjalanan tapi tak dapat menahan diri dari terus-terusan melihat dirinya.sampai di atas escalator masih liar mata mencari-cari mana pergi susuk tubuh itu.terlalu ingin tahu apa jadi padanya.telalu ingin menyelam hatinya.terlalu ingin katakan padanya 'Islam muliakan semua'.terlalu ingin menyamankannya dgn 'Allah melihat kita pada iman dan takwa sayang', 'berbahagialah kerana kamu muslim.moga Allah bersamamu setiap ketika'...

semalaman berlegar di fikiran.hanya pada Tuhan diserah untuk melindunginya.moga dunia ini suatu hari nanti maruah setiap insan walau siapa pun dia berada pada kedudukan selayaknya.

"...sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."49;13

"...
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela"-quoted

sehingga nanti..

18.5.12

Masak layu

Petiklah buah itu ketika mengkal,
agar tidak merosak pohonnya
agar tidak masam sebalik manis warna.
Jangan di tunggu hingga meranum.
Jangan juga dipetik ketika masih hijau.


Daie, murabbi.
Manusia bersederhanalah.


P/s: :') mega u r back.

Suriah;Kerana Perlu

Lewat video-video kesakitan,
Lewat foto-foto kezaliman,

Gambaran kenangan berganti-ganti
terpapar di skrin ingatan.
Kenangan 3 tahun lalu
sungguh negeri itu damai padanya.
Menyelak lembaran sejarah di tanahnya
di dalam kota penuh kaya kisah-kisah.
Terlalu hartawan dan pemurah buat
pencinta mahu mengkaji.

Lorong-lorong besar kecil
mesra menyapa.
Menghembus bayu dari laut
semangat Salahuddin.
Meniup angin gemilang
naungan Umayyah.

Mungkin aku yang tak melihat
atau tak terlihat 3 tahun lalu
disebalik aman sejahteranya ia
tapi sekurang-kurang ketenangan yang terlihatkan.

Dustalah aku tak mahu ia kembali
seperti kali terakhir aku meninggalkannya.
Sekurang-kurang.

Tapi
apa masih mahu lena berselimut
sedang hukum Tuhan diinjak-injak sang pimpinan?!
Apa masih kepingin harta dunia
jika pahala yang mahu dihadiahkan?!
Apa masih kempunan pada keselesaan
kalau yang dijanjikan itu syurga?!
Andai itu takdirnya kemenangan abadi
apa masih mengharap fana dunia ini?!

Saudaraku bersabarlah.
Tuhan ceritakan cinta.
Tuhan janjikan syurga.
Dia anugerahkan jalannya,
tapi memang tak mudah
sudah yang dijanji tiada di dunia.
Alangkah beruntung kalian,
selagi agamaNya mahu ditinggikan.

Alangkah beruntung kita,
selagi hidup
agamaNya terus diperjuangkan.



6.41am 19/05/12
seluas kasih mega

7.4.11

Kedua Kali

hari ini,
langit kelihatannya
lebih cerah.
malah bumi
hijaunya bertambah.
Tuhan,
tuntunlah bimbinglah
langkah ini.
sekali lagi.



07/04/11

nota:rajin sikit menulis boleh tak?baik.

14.11.10

Ertinya Faham

aku bimbang kawan aku bimbang,
yang sebenarnya
kita ini tak pernah faham.
tak pernah faham sebenarnya.

sebagaimana faham Ibrahim dan Ismail
pada ertinya.
taat mereka merela hati,
mengorbankan dan dikorban.

sebagaimana faham saudara kita
menjual harta nyawa segala
buat menjamin Al-Quds seada daya.

masakan bisa kita,
bertahun hidup
bermewahan bermanja-manjaan.

makna yang terlalu luas
tak terjangkaukan.
ianya pilihan.
cuba memahami
atau terus tak pedulikan.

dan bermewahan bermanja-manjaanlah kita
buat selamanya.



nurhdyh
14/11/2010

26.7.10

Tabah dan Sabar Tak Semudah Mengucapnya

Assalamualaikum wbt.

Pagi khabaran itu, aku tak berani untuk ucapkan 'bersabarlah' mahupun 'bertabahlah' padamu.Sesungguhnya belum lagi aku melalui semua itu.Aku tak tahu bagaimana malah bimbang andai ada kata-kata yang bisa menggurismu.Mungkin kerana itu smsku hanya sampai pada lewat malam itu.

Yang mampu hanyalah meminta pada Allah supaya tabah dan sabar sentiasa disampingmu, bersama kiriman-kiriman alfatiha buatnya.

i'm so sorry my bestfriend for your loss.may he rest in peace.



p/s:cepatlah, aku mahu pulang ke tanah air untuk bertemu mereka yang aku rindu-rindu.

5.7.10

Back to Normal

Assalamualaikum wbt :)

Today's my 1st day of summer semester.I'm feeling a bit awkward(this sounds'kacang lupakan kulit')Padahal baru 2 minggu lebih je tinggalkan Irbid.

No more unexpected and out of control situations.

No more not very well planned, adventurous journey.

No more very civilised peoples.

No more 'onar' can be doned:P

No more over-walking or running.

No more cheerful 'oh-la' greetings.

No more 'regu' or 'bahasa isyarat':P

No more bla bla bla...

It's the best journey ever.I'm looking for something like this next time.



p/s:masih tak sempat nak upload gambar and cerita serba sedikit.next entry insyAllah.